Part 17

1 0 0
                                    

"BODOH betul!"

"Kenapa dengan kau?" soal Iqram.

Rifqi masuk sahaja ke dalam bilik dan terus mengeluarkan kata-kata tersebut.

"Gadis bendul tulah!" Rifqi mencampak beg ke atas meja. "Memang bodoh. Konon atas dasar persahabatan! Ha, sekarang padan dengan muka! Tak semena-mena dapat lima jari."

"Kejap... kejap... Aku tak faham langsung apa yang kau cakap. Tolong mula dari A."

Iqram sudah meletakkan pen dan bersedia untuk mendengar cerita dari mulut Rifqi. Gadis bendul? Siapa gadis bendul? Dia memusingkan kedudukan kerusi supaya dapat menghadap selesa dengan Rifqi.

"Tadi, masa aku nak keluar dari tempat parkir, gadis bendul buat satu kerja bodoh. Konon demi persahabatannya dengan minah celup. Kau bayangkan, dia datang terjah depan kereta aku. Nasib baik aku sempat brek, kalau tidak dah sah budak tu mati katak."

"Gadis bendul yang kau maksudkan tu, budak yang selalu datang ganggu kau masa latihan tu ke? Yang kononnya nak satukan kau dengan minah celup?" soal Iqram.

Dia membayangkan gadis bendul itu tentu memakai cermin mata besar. Berambut kerinting tidak terurus dan memakai pengikat gigi.

"Ha... budak tulah. Bengang betul aku dengan perangai dia. Entah berapa juta minah celup tu upah dia buat kerja bodoh. Macamlah aku tak tahu yang dia bukannya ikhlas nak menyatukan aku dengan minah celup. Tentu dia dapat upah. Hem... dalam zaman sekarang, yang utama adalah duit. Orang sanggup lakukan apa sahaja demi duit."

"Kenapa dia halang kau? Merayu lagi?" soal Iqram yang masih belum puas hati kerana Rifqi masih belum menghabiskan ceritanya.

"A'ah... merayu lagi. Tak malu betul. Dia pandai-pandai aje bagi tahu kawan dia tu yang aku syok kat minah tu. Boleh jalan da! Lepas tu dia minta aku berlakon jadi teman lelaki minah celup. Dia takut persahabatannya dengan minah celup tergugat. Isy, tak ada otak betul gadis bendul tu!"

"Kau setuju?"

"Tolonglah... bagi sejuta pun aku tak ingin." Rifqi menggenggam penumbuk.

Iqram tergelak kecil. Dia menggeleng kepala. "Ada juga manusia macam gadis bendul tu ye zaman sekarang. Apa nak jadi dengan dunia tak tahulah."

"Waktu aku dah berjaya keluar dari tempat parkir, aku nampak minah celup. Dia rupanya ada dekat-dekat situ saja. Aku tak pasti apa yang berlaku sebenarnya. Aku nampak minah celup tu beri penampar dekat gadis bendul. Terpinga-pinga gadis bendul tu. Padan muka! Aku harap dia sedar lepas ni. Jangan terlalu taksub sangat duit minah celup."

"Aduh, kasihannya!" Iqram menggosok pipinya. "Agaknya minah celup dah tahu si gadis bendul tu menipu dia. Tu yang dia naik angin tu."

"Aku pun rasa macam tu juga. Hem... harap-harap gadis bendul tak datang merayu aku lagi. Rimas aku!"

"Aku jamin dia takkan datang dah. Persahabatan dia dengan minah celup tu mesti dah putus." Iqram tergelak. Perkataan 'persahabatan' ditekankan.

"Sebenarnya aku kesian juga dengan gadis bendul tu. Demi duit dia sanggup lakukan apa saja. Agaknya, dia perlukan sangat duit."

Melihat pakaian yang dipakai gadis celup, Rifqi yakin dia bukan dari keluarga yang senang. Sentiasa sahaja berbaju kurung biasa.

"Kau jangan lupa tunjuk pada aku nanti yang mana satu gadis bendul tu, okey." Pinta Iqram.

Cerita mengenai gadis bendul menarik perhatiannya.

MENJEJAK MEMORIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt