CHAPTER 3 : TEMPAT SEJARAH.

54 4 2
                                    

"Eww..!." Eve Aurora mengeluh apabila melihat bilik hotel yang kelihatan agak bersepah itu. Bantal dan comforter berselerakan di atas katil dan lantai.

Dia geleng kepala.

Tugas membersihkan bilik hotel dilakukan sambil mendengarkan lagu Stars Are Blind nyanyian Paris Hilton dan sesekali dia menari mengikut rentak lagu itu.

Tanpa disedari, ada sepasang mata sedang memerhatikannya sambil tertawa geli hati dengan tingkah gadis itu.

Setelah penat mengemas, dia berbaring sebentar di atas katil tersebut untuk melepaskan lelah. Sepanjang hidupnya, dia belum pernah melakukan sebarang pekerjaan mengemas, semuanya dilakukan oleh pembantu-pembantu rumah, namun kali ini dia terpaksa melakukannya sendiri. Dia harus berterima kasih kepada lelaki bernama Ryeo Matthias itu kerana banyak mengajarnya, biarpun terasa agak janggal untuk permulaannya, namun dia sudah bertekad, dia harus membuat perubahan untuk hotel ini.

"Exhausted?." Soal suara seorang lelaki. Dia mengintai, kelihatannya Ryeo Matthias sedang berdiri menyandar tubuhnya di dinding bilik itu sambil tersenyum kearahnya.

"A bit." Jawabnya sepatah, lalu menyambung memandang ke atas siling bilik itu.

Lelaki itu berjalan menghampirinya, lalu duduk di birai katil. Dengan serta-merta Eve Aurora bangun dan berdiri di hadapan lelaki itu.

"Why do you look scared of me?." Soal Ryeo Matthias dengan riak wajah sedikit pelik.

"No! I'm not scared of you!." Jawab Eve Aurora membidas kenyataan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum nakal.

"Don't worry. You're not my taste." Beritahu lelaki itu sambil memandang ke arahnya, sambil jungkit sebelah keningnya.

Eve Aurora ketawa sinis.

"And you're not my taste either!." Jawab Eve Aurora sambil pandangan mata lelaki itu. Dan tiba-tiba sahaja lelaki itu bangun dan dia terpaksa mendongak untuk memandang wajah si tinggi lampai itu.

Lelaki ini lebih tinggi daripada abangnya, Isaac Shiloh dan juga Henry Flynn.

"How tall are you?." Soalnya sambil memandang lelaki tinggi lampai itu.

"1.96m." Jawab lelaki itu sambil menundukkan kepalanya untuk melihat gadis itu.

"Wow!!." Matanya bulat apabila mendengarkan jawapan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum.

"And sorry, you still not my taste, Aur." Jawab lelaki itu mengusiknya nakal.

"AHAA!.. You're so funny, Matthias!." Gadis itu tersenyum sinis lalu menjelingnya.

Lelaki itu sangat menjengkelkan.

Kelihatannya lelaki itu menggigit bibirnya saat mendengar nama yang dipanggil gadis itu. MATTHIAS! Dia tidak menyukai apabila orang memanggilnya dengan nama panggilan itu.

"I personally hate it when people call me by that name."

"Opps! I'm sorry... but do I care?." Soal Eve Aurora sambil menjelingnya.

Eve Aurora membuat riak wajah annoying lalu mengambil cadar yang sudah digunakan lalu memasukkannya ke dalam bakul laundry diatas trolley itu, dan menolak trolley keluar dari bilik itu.

Ryeo Matthias tertawa melihat gadis itu lalu mengekori dari belakang. Gadis di hadapannya ini penuh dengan pesona bangsawan, dari raut wajah sehinggalah gaya percakapannya.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now