CHAPTER 9 : TRANSFORMATION.

37 4 0
                                    

"What kind of relationship between you and Lady Rayne?." Soal Amy Wilton yang sedang menyikat rambutnya.

Eve Aurora tersenyum.

"Err.. Why?."

"Mmm, nothing. It's weird. Because I saw you are so close to her." Eve Aurora tersenyum.

"It's nothing, Amy. Her daughter-in-law is my favorite writer. After all, I'm just one of their fans. And now, she's our guest. It's not weird at all."

"Mmm, saya tak kisah. Cuma saya yakin Ryeo mesti tertanya-tanya tentang hubungan awak dan Lady Rayne. Terutamanya dia adalah teman lelaki kepada anak gadis Lady Rayne. Tapi saya pelik, kenapa saya tak nampak dia tegur Lady Rayne." Amy Wilton berkata, membuatkan Eve Aurora tersenyum.

"Kan! I felt the same!."

Amy Wilton tersenyum seketika sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Well, good night, Aurora. Have a good sleep." Ucap Amy Wilton sambil menarik comforter hingga ke paras dada. Matanya sudah tidak tertahan lagi, badannya terasa penat. Dan dia cuma ingin tidur untuk melepaskan segala kepenatan itu.

"Good night, Amy." Balas Eve Aurora tersenyum. Seketika kemudian, terdengar bunyi dengkuran halus yang datangnya dari arah Amy Wilton. Dia tertawa.

"Pasti Amy terlalu penat."

...

Dia menyandarkan kepalanya ke kepala sofa di ruang tamu rumahnya itu. Rumah itu hanya didiaminya seorang diri sahaja, kerana itulah dia bebas membawa sesiapa pun masuk ke dalam rumahnya. Ibu dan bapanya tinggal di Daerah Leiden yang berjarak 77 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 13 min jika menaiki kereta.

Hand phone yang sedang berdering beberapa kali itu juga tidak dihiraukan. Terlalu banyak persoalan yang sedang bermain-main di fikiran lelaki itu. Biarpun gadis ini terlihat persis gadis biasa, namun ada juga misterinya. Dan dia juga melihat keakraban hubungan diantara gadis bernama Aurora Wyatt bersama Ivy Rose itu.

Apakah hubungan diantara mereka berdua?

Keesokkan harinya, ada perjumpaan tergempar diantara para pekerja dan juga Ivy Rose. Sebagai pemilik kepada hotel tersebut, dia inginkan perubahan yang jelas untuk keseluruhan hotel termasuklah pakaian seragam para pekerja di hotel tersebut. Dia sudah berbincang bersama dengan kedua-dua anaknya dan kesepakatan telah dicapai. Dengan tenaga pekerja yang tidak mencukupi terutamanya di bahagian dapur dan housekeeping, dia juga perlu mencari beberapa orang tukang masak yang pandai memasak menu-menu dari serata negara. Dia menginginkan kepuasan kepada setiap pengunjung di hotel ini.

Dan dia juga akan memperkenalkan visi terbaru hotel mereka iaitu, CUPID. Sepertimana kejayaan rancangan mereka didalam membaikpulih hubungan pasangan Aaron dan Marie, dia ingin meneruskan rancangan tersebut. Bagi pendapatnya, ianya sangat menarik! Itu adalah ciri-ciri istimewa hotel mereka yang tidak ada pada hotel yang lain.

Warna pakaian seragam yang terbaru adalah emerald green dan hitam, soal pakaian seragam dia akan serahkan kepada Henry Flynn. Lelaki itu mempunyai citarasa yang sangat baik didalam pemilihan kostum dan warna. Ivy Rose pula akan mengetuai dalam hal pengubahsuaian segala dekorasi di dalam hotel itu mengikut ciri-ciri trend terbaru. Dan Eve Aurora juga akan berperanan sebagai pelukis untuk lukisan mural yang akan dilukis di dinding luar bangunan hotel tersebut.

"Lady Rayne! Thank you for your help. Tetamu hotel kita sangat gembira apabila dapat merasai masakkan authentic Finland! Mereka sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan!." Beritahu Alejandro Marco dengan gembira.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now