CHAPTER 6 : MATA BERTATAPAN.

50 4 1
                                    

Mata keduanya saling bertatapan, dan tanpa sengaja, Ryeo Matthias mengusap lembut pipi gadis tersebut. Hujung hidung gadis itu kelihatan kemerahan menahan kesejukkan angin malam. Eve Aurora kaku diperlakukan sebegitu oleh lelaki tersebut.

Ryeo Matthias tersenyum sambil mengusap-usap lembut pipi gadis itu. Sepertinya dia dapat menjinakkan kucing parsi yang garang ini, dan tiba-tiba sahaja Eve Aurora bertindak menggigit pergelangan tangan lelaki itu sehingga lelaki itu menjerit kesakitan.

"Arghhhh!." Jerit Ryeo Matthias dengan lantang, manakala Eve Aurora tersenyum lalu dia memekup mulut lelaki tersebut kerana tidak mahu pasangan Aaron dan Marie melihat mereka berdua di situ.

"Mmm....!."

"Be quiet!." Bisik Eve Aurora sambil menunjukkan isyarat diam.

Ryeo Matthias menjegil gadis itu, entah mengapa keadaan lelaki itu membuatkan dirinya merasa geli hati, dengan tidak sengaja dia tertawa. Namun tiba-tiba tawanya berhenti setelah matanya terpandang kelibat seorang wanita sedang berjalan ke arah Aaron.

"It's Marie!." Beritahu Eve Aurora dengan gembira. Pekupan tangannya di mulut Ryeo Matthias terlepas.

Dengan diam, dia memerhatikan keadaan itu. Kelihatannya Si Marie sedang tersenyum gembira sambil memandang ke arah suaminya, Aaron. Tidak lama selepas itu, mereka berkucupan dan berpelukkan dengan erat.

Senyumannya terukir apabila melihat pasangan itu.

"I guess our plans have been successful. Am I right?." Kedengaran suara lelaki itu sangat dekat di telinganya. Kedengaran romantik.

Eve Aurora telan air liur, dengan pantas dia menoleh ke arah suara itu, hujung hidung mereka berdua bersentuhan. Senyuman terukir di bibir lelaki tersebut.

"Err... You were right." Jawab Eve Aurora sambil tersenyum. Agak menjanggalkan postur tubuh mereka berdua ketika ini.

Tiba-tiba hand phone lelaki itu berbunyi, melegakan hati Eve Aurora. Tangannya menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan hand phone.

"Hi.. I'm sorry, I can't see you tonight...yerp, I'm working... Yes! Overtime." Eve Aurora hanya mendengar lelaki itu yang sedang berborak dengan seseorang, dia yakin itu adalah seorang wanita. Mungkin Eve Aurora Rayne?! Dia tertawa. Ryeo Matthias mengerling ke arah gadis itu. Eve Aurora buat-buat seperti sedang mengintai pasangan Aaron dan Marie yang sedang menikmati makan malam yang romantik tersebut.

"Gotta go now... See you later... Bye." Lelaki itu mengakhiri perbualannya. Lalu dia menoleh ke arah gadis yang masih sedang mengintai itu.

"So, shall we go now?." Soal lelaki itu.

"No! I think we should stay until they go back to the hotel. And I can't let things get messed up before we clean up. I'm not coming back tomorrow just to clean up."

Sighs.

Ryeo Matthias menyandar di batu besar itu sambil mendongak ke langit. Bulan kelihatan sangat terang pada malam tersebut, sangat sesuai untuk berkasih sayang. Dia tersenyum nakal.

Tiba-tiba gadis itu menoleh ke arahnya.

"Let's go." Ajak gadis itu sambil tersenyum.

Ryeo Matthias memandangnya dengan pelik.

"Why?."

"Err..We shouldn't stay and keep looking at them for the whole night, right? I think we need to rush back to the hotel."

"But why so suddenly?."

"Please, don't ask. Let's go now!." Ajak Eve Aurora sambil menolak tubuh lelaki itu. Namun lelaki itu masih tidak berganjak, dan dia menoleh ke arah pasangan Aaron dan Marie tersebut, lalu dia ketawa.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now