CHAPTER 10 : HUTANG.

45 5 0
                                    

Eve Aurora mendekati lelaki yang sedang menghisap rokok berdekatan dengan sebuah jambatan kecil di hadapan bangunan hotel tersebut.

"Ehem.. Hi." Tegur Eve Aurora sambil tersenyum.

"Hi." Balas Ryeo Matthias sambil menoleh ke arah gadis itu.

"Err.. Thank you once again for saving my life."

Lelaki itu tersenyum.

"Not a big deal." Balas lelaki itu.

Mereka berdua terdiam seketika.

"Awak sangat berbakat dalam melukis, Aurora." Matanya memandang ke arah lukisan mural di bangunan hotel dihadapan mereka.

"Saya mewarisi bakat melukis daripada Pak Cik saya." Balas Eve Aurora dengan nada gembira.

"Wow! Hebat!." Puji Ryeo Matthias sambil tersenyum.

"Yes, mereka semua sangat hebat."

"And you?."

Eve Aurora geleng kepala.

"Pencapaian saya masih tidak dapat menandingi kehebatan mereka semua." Lelaki itu tersenyum lalu menoleh ke arah gadis itu.

"Suatu hari nanti, pencapaian awak akan setanding dengan mereka semua, Aurora."

"Do you believe in me, Ryeo?."

"Yerp! Saya melihat awak sebagai seorang yang tidak mudah menyerah kalah. Dan awak melakukan semuanya diatas usaha awak sendiri tanpa menarik tangan orang lain." Seperti ada nada kesal semasa kata-kata itu diucapkan.

"Apa maksud awak, Ryeo?." Lelaki itu tertawa dan menatap matanya.

Lelaki itu ketawa.

"Nothing. Itulah diri awak, Aurora. Awak akan berusaha sehingga sesuatu itu berjaya. Sama seperti dengan rancangan awak untuk membaikpulih hubungan pasangan Aaron dan Marie."

".. Itu rancangan kita, Ryeo. Bukan rancangan saya seorang."

"Tetapi awak yang mencetuskan idea tersebut."

"Dan awak yang banyak membantu, Ryeo. Tanpa awak, dan tanpa mereka semua, rancangan itu tidak akan berjaya."

Mereka berdua berbalas pandangan seketika.

"Do you have a boyfriend?." Soalan itu membuatkan Eve Aurora ketawa.

"No!."

"No way!." Balas lelaki itu dengan nada terkejut. Mustahil gadis secantik ini tidak mempunyai teman lelaki.

"Yes! Sebab itulah, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya belum pernah ada pengalaman itu.. Nak pujuk guna bunga warna apa pun saya tak tahu..!." Balas Eve Aurora sambil ketawa.

"Impossible!."

"Why?!."

"Err.. Mmm.. Impossible! Hmm.. Gadis secantik awak tiada teman lelaki?! I don't believe you, Aur! Nahh!."

"You have to believe me, Matthias. After all, you've no choice." Ryeo Matthias tersenyum sinis. Gadis ini pasti sedang berbohong, dia tidak akan terpedaya.

"Nahh!." Lelaki itu meninggalkannya sambil gelengkan kepalanya tanda tidak mempercayai kata-kata gadis itu.

Eve Aurora tersenyum lalu mengikutinya dari belakang, dan tiba-tiba lelaki itu berhenti. Setibanya Eve Aurora di sebelahnya, dengan pantas dia memegang lengan baju uniform gadis itu dan menariknya menyeberangi jalan raya itu untuk pergi ke arah hotel. Biarpun agak terkejut dengan perlakuan random lelaki itu terhadapnya, namun dia tetap tersenyum. Benarlah kata Amy Wilton, lelaki ini seorang lelaki yang baik walaupun seorang playboy. Hatinya sedikit tersentuh dengan perlakuan lelaki itu.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now