CHAPTER 27 : FLY BACK TO PARIS.

39 4 1
                                    

Wanita itu menghampiri katil sambil tersenyum. Ryeo Matthias yang masih terkejut itu hanya memerhatikan sahaja wanita itu menghampiri mereka berdua. Manakala, gadis disisinya hanya tersenyum.

Kini, wanita itu berdiri betul-betul dihadapan mereka berdua.

"Lady Rayne?."

Ivy Rose tersenyum.

"Matthias." Panggil Ivy Rose. Biarpun sudah diingatkan oleh Eve Aurora bahawa lelaki itu tidak menyukai jika dipanggil dengan nama itu, namun dia menyukai nama Matthias tersebut.

Eve Aurora kemam bibirnya saat mendengar ibunya memanggil nama panggilan tersebut, dia melirik ke arah lelaki itu, tiada riak wajah yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut.

"Matthias, I would like to thank you for saving my daughter."

Dengan pantasnya, Ryeo Matthias menoleh ke arah Eve Aurora.

"Y-your daughter?." Dia menatap wajah gadis itu, lalu pandangannya dialih ke arah Ivy Rose pula.

"Yes, my daughter. Aurora. Eve Aurora Rayne." Dia menoleh ke arah Eve Aurora dengan riak terkejut.

Gadis itu tersenyum.

"W-well, it's my pleasure, Lady Rayne." Balas Ryeo Matthias. Jadi selama ini, yang menemaninya adalah anak gadis kepada Tuan Rayne yang sebenarnya? Kebenaran itu membuatkan dia tidak mampu untuk menatap mata biru itu.

Dia malu.

"I'm glad that you were safe. You don't have to worry about anything, it's on me... And I wish you a really quick recovery, Matthias.."

"Thank you for your wishes, Lady Rayne."

"You are welcome, Matthias. I have to leave now... By the way, Eve, come back early. Your brother is coming."

"I will, mom." Jawab Eve Aurora sambil mengiringi langkah ibunya ke pintu bilik wad tersebut. Setelah ibunya hilang dari pandangan matanya, dia menutup pintu bilik tersebut lalu menoleh ke arah lelaki itu sambil tersenyum.

Kelihatannya, lelaki itu sedang termenung jauh sambil memandang ke arah dinding bilik tersebut.

Sepi.

Eve Aurora melangkah menghampiri lelaki tersebut lalu duduk di tepi katil.

"Ryeo.." Eve Aurora memanggilnya dengan lembut lalu mencapai tangan lelaki itu dan menggengamnya dengan erat.

"... Mmm I want to sleep." Mendatar sahaja nada suara lelaki itu lalu menarik tangannya lalu menutup matanya.

Eve Aurora tersentak dengan tingkah lelaki itu.

"Ryeo, are you mad at me?." Soal Eve Aurora lembut.

Lelaki itu diam.

Dia tidak marah, cuma dia merasa malu dan dia tidak tahu bagaimana dia harus berdepan dengan gadis itu dan juga keluarga Tuan Rayne. Dia tidak mengendahkan panggilan gadis itu. Dia terasa ada kucupan yang menyinggah di dahinya dan tidak lama kemudian, dia mendengar pintu bilik itu dibuka dan ditutup. Apabila dia membuka matanya, dia mendapati gadis itu sudah pun tiada didalam bilik tersebut. Yang tinggal, cumalah dia seorang sahaja.

Seperti biasanya.

Sighs.

Sayangnya, dia hanya malu.

Roll Royce Cullinan hitam sudah pun menunggu di luar bangunan hospital tersebut. Pemandu peribadinya yang bernama Kelvin itu pun membuka pintu kereta dan Eve Aurora pun masuk kedalamnya. Fikirannya menerawang mengingati lelaki itu.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now