CHAPTER 17 : PANTAI.

36 5 1
                                    

Dia merasakan sesuatu yang pelik, dia dapat merasakan angin yang kuat sedang meniupi rambutnya, dia juga merasakan ada sesuatu yang berat sedang melingkari pinggangnya. Tangannya menguis disekeliling, dan dia dapat merasakan butiran halus persis pasir.

Pasir? Bagaimana ada pasir pula didalam biliknya?

Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan. Setelah kedua-dua matanya terbuka, dia terkejut apabila melihat disekelilingnya.

Dia tertidur di atas pasir pantai!

Dan apabila dia menoleh ke sekelilingnya, dia bertambah terkejut kerana Ryeo Matthias yang masih tidur sambil merangkul tubuhnya.

Mereka berdua tertidur bersama-sama di pesisir pantai tersebut!

Pipinya terasa panas!
Malu!

Dia perlu cepat-cepat beredar daripada situ sebelum lelaki itu tersedar. Dan jika lelaki itu tersedar, apa pula yang akan difikirkan oleh lelaki itu.

"What you've done, Eve?!." Ngomelnya perlahan. Eve Aurora bangun dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu membangunkan Ryeo Matthias. Dia mengangkat pergelangan tangan lelaki itu yang melingkari pinggangnya, lalu dia pun bangun dari pembaringannya. Dan tiba-tiba sahaja lelaki itu bergerak-gerak. Dengan pantas, Eve Aurora berlari meninggalkan lelaki itu.

Ryeo Matthias terjaga daripada tidurnya yang sangat lena. Sudah lama dia tidak merasakan tidur yang lena dan tenang sebegini. Dia bangun dan mengamati sekelilingnya, sambil mengingati kejadian yang berlaku pada malam semalam. Tiba-tiba matanya terpandangkan sepasang sandal bewarna coklat. Dia mengenali pemilik kepada sandal tersebut.

"Aurora." Dia tersenyum. Dia pun bangun lalu menyarung sandalnya, dan kemudiannya, mengambil sandal milik gadis itu untuk dibawa pulang.

"I'm so dead! Aurora! What have you done with him? You cuddled with him! I don't recognize you anymore!." Ngomel Eve Aurora semasa berjalan pulang ke biliknya.

Semasa ingin menaiki anak tangga menuju ke biliknya, dia terserempak dengan Amy Wilton yang sudah pun bersiap untuk pergi bekerja.

"Eh hi, roommate." Tegur Amy Wilton.

"Hi, Amy."

"Where have you been, Aurora? You didn't come back last night."

"Err... I... Err... I stayed at the hotel."

"Oh my god! With Carlisle?!." Soal Amy Wilton dengan nada excited.

"Noo, Amy! I'm not with Carl. Something happened last night, so I stayed at the hotel."

"Oh? I just thought you stayed with Carlisle. But you didn't wear your sandals, Aurora?." Soal Amy Wilton dengan pandangan pelik.

"Err.. I-I'm late to work now and, I forgot about my sandals."

"You forgot your sandals? It's weird... What happened to you, Aurora...? Nevermind. I'm leaving now. See you at the hotel. Bye, roommate."

"Bye, Amy."

Fuh! Dia lega apabila Amy Wilton sudah pun pergi meninggalkannya, jika tidak pasti dia akan disoal dengan pelbagai soalan lagi.

Sejuk terasa saat air mulai membasahi tubuhnya. Dia termenung seketika sambil mengingati kejadian yang terjadi. Dia yakin tidak terjadi apa-apa diantara mereka berdua. Mereka berdua hanya berpelukkan sahaja, itu pun kerana dia sedih merindukan keluarganya, dan ianya tidak lebih daripada itu.

Pelukkan daripada seorang teman, mungkin.

Air sejuk mulai membasahi kepalanya, dan tiba-tiba sahaja kejadian mereka berdua berpelukkan menjelma di fikirannya, Ryeo Matthias tersenyum. Entah mengapa, dia mula merasakan pesona gadis yang bernama Aurora Wyatt itu. Dia tidak menafikan, gadis itu diantara gadis cantik yang pernah ditemuinya.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now