CHAPTER 11 : HENRY FLYNN.

37 4 1
                                    

Dia merasakan ada seseorang yang sedang menyentuh wajahnya. Dengan perlahan-lahan matanya dibuka dan dia melihat wajah Eve Aurora berada di hadapannya sambil tersenyum gembira.

"Ryeo!." Lelaki itu mencuba untuk bangun, dibantu oleh Eve Aurora.

"Are you okay?." Soal Eve Aurora tersenyum memandang lelaki yang sedang duduk bersandar di kepala sofa di ruang tamu rumah itu.

Ryeo Matthias menatap wajah gadis itu. Dia bernasib baik pada malam ini disebabkan oleh gadis ini, jika tidak pasti jarinya sudah kudung.

"Thank you, Aurora." Mereka berdua berbalas senyuman.

"It's not a big deal, Ryeo." Jawab Eve Aurora lalu bangun dan duduk di sebelah lelaki itu sambil memegang sehelai kain yang yang lembap untuk mencuci sisa-sisa darah yang masih melekat di wajah lelaki itu.

Dengan perlahan-lahan, tangan Eve Aurora mengelap wajah lelaki itu. Kulit pipi lelaki itu terkoyak sedikit, mungkin lelaki bernama Dean itu memakai cincin semasa dia menumbuk wajah Ryeo Matthias. Manakala bibirnya juga terluka dan sebelah matanya juga kelihatan lebam.

"Ssstttt." Lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Ops! I'm sorry!."

Lelaki itu tersenyum.

"Jadi, siapakah lelaki tadi?." Soal Eve Aurora sambil mencuci luka di wajah lelaki itu.

"Mmm.. It's nobody." Lelaki itu berdalih.

"Mmm.. Ryeo, you've to make a police report. Atau awak mungkin akan kehilangan nyawa awak."

"Aurora, you've got nothing business in this matter. I need you to stay away from this." Dengan serta-merta tangan Eve Aurora berhenti.

Dia bukannya ingin mencampuri urusan lelaki ini, namun jika difikirkan secara logik, namanya turut terpalit didalam hal ini. Bukankah dia adalah kekasih kepada lelaki ini yang diperkatakan sebentar tadi?

"I'm sorry, Aurora." Ryeo Matthias cuma tidak ingin membabitkan gadis itu ke dalam masalahnya ini kerana dia khuatiri akan keselamatan gadis itu.

"It's okay, Ryeo. Saya pulang dahulu, awak jaga diri, ya." Eve Aurora ingin mencapai bag galasnya namun lelaki itu tiba-tiba sahaja bertindak dengan memegang pergelangan tangannya.

"I'll walk you home. For your safety." Lelaki itu memandangnya dengan pandangan redup.

Melihatkan kepada keadaan lelaki itu, Eve Aurora tidak sampai hati pula.

"No, Ryeo. I'll be fine. Jangan lupa sapu ubat sebelum tidur." Pesan Eve Aurora tersenyum.

Ryeo Matthias berbaring semula di atas sofa itu, masih terasa sisa-sisa sakit ditumbuk sebentar tadi. Wajahnya terasa membengkak, lalu dia mencapai kain lembap itu lalu menuam bekas lebam itu.

...

Keesokkan harinya, lelaki itu tidak datang kerja. Logiklah, dengan keadaan yang teruk sebegitu mana mungkin dia mampu datang bekerja.

"Aurora, is that true about what happened last night?." Soal Amy Wilton.

Eve Aurora angguk kepala.

"Nasib baik awak pergi ke sana. Tapi itu juga membahayakan diri awak juga."

"Lelaki jahat itu tidak nampak saya, jadi saya rasa saya masih selamat." Ya, dia masih selamat sebagai Aurora Wyatt tetapi tidak selamat sebagai Eve Aurora Rayne. Dia juga risaukan keselamatan dirinya dan bagaimana jika lelaki bernama Dean itu mencari sosok Eve Aurora Rayne yang sebenarnya? Dia harus memohon perlindungan daripada ibunya berkenaan hal ini. Jika dia merahsiakan tentang perkara ini, pasti ibunya akan lebih marah terhadap dirinya.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now