CHAPTER 25 : SHE'S MY DAUGHTER!

38 2 0
                                    

Eve Aurora masih setia menanti disisi lelaki itu. Dia menggengam erat tangan lelaki itu, dan sesekali dia mengucup tangan itu, lembut. Lelaki ini telah menyelamatkan dirinya, jika tidak pasti dia yang sedang terbaring diatas katil ini. Adakah ini standard yang pernah diperkatakan oleh ibunya?

"Please be safe, Ryeo." Bisiknya perlahan sambil menatap wajah lelaki yang sedang terbaring kaku itu.

Pintu bilik wad itu dibuka.

"Aurora?." Panggil Amy Wilton. Gadis itu menghampiri Eve Aurora dan juga Ryeo Matthias yang sedang terbaring itu.

"Amy..." Amy Wilton memegang bahu kanannya.

"Saya ada bawa makanan untuk awak. Saya tahu awak belum makan."

Eve Aurora menoleh dan memandang ke arah gadis itu.

"Saya minta maaf kerana menyusahkan awak."

Amy Wilton tersenyum.

"Mana ada menyusahkan. Makan sikit, ya." Pujuk Amy Wilton. Bilik mereka juga sunyi sepi tanpa gadis ini. Gadis ini tetap setia menemani lelaki ini.

"Amy... Ryeo ditikam disebabkan oleh saya!." Eve Aurora menangis. Dengan pantas, Amy Wilton memeluk tubuh gadis itu dengan erat.

"Jangan kata macam tu, Aurora. Ryeo akan selamat. Dia seorang lelaki yang kuat." Pujuk Amy Wilton sambil menyeka air mata yang mengalir di pipi Eve Aurora itu.

Eve Aurora membalas senyuman itu.

"Saya tak boleh lama-lama disini, saya perlu masuk kerja pula. Awak jangan lupa makan, ya Aurora. Kalau Ryeo tahu awak tak makan, pasti dia akan merasa sedih."

Eve Aurora angguk kepala sambil tersenyum. Amy Wilton beredar meninggalkannya berdua dengan lelaki yang sedang terbaring itu. Terasa sunyi hidupnya tanpa suara lelaki ini.

Dan setelah Amy Wilton beredar, Butler Andrew pula yang masuk kedalam bilik wad tersebut dengan membawa perkhabaran tentang kedatangan ibunya ke Volendam Town ini. Dia tidak dapat menghentikan ibunya, jika dia berada ditempat ibunya, dia juga akan bertindak perkara yang sama.

Ivy Rose tiba di Amsterdam Airport Schiphol bersama-sama dengan Max Rhett dan Pearl Emmaline. Manakala Isaac Shiloh dan Lea Heloise Angel pula akan menyusul kemudian.

Mereka bertiga yang baru tiba dari Helsinki, Finland terus bergerak menuju ke Volendam Town setelah mengetahui apa yang telah terjadi di Rayne's Hotel tersebut. Dan yang lebih membuatkan Ivy Rose bertambah marah adalah anak gadisnya telah ditampar dihadapan orang ramai bahkan bukan diatas kesalahan yang dilakukan oleh anak gadisnya! Dia juga tidak pernah bertindak sekasar itu dengan anak gadisnya. Dia ingin bersemuka dengan wanita yang telah menampar dan menghina anak gadisnya itu. Namun mereka perlu pergi ke Dijklander Ziekenhuis Hospital terlebih dahulu untuk bertemu dengan anak gadisnya dan untuk melawat lelaki yang telah berkorban nyawa demi menyelamatkan Eve Aurora.

Dia keluar sejenak untuk mengambil angin segar di luar bilik wad tersebut. Si pencuri tersebut telah pun ditangkap, ternyata Amelia bekerjasama dengan Michael untuk mencuri wang dan barangan berharga milik tetamu-tetamu di hotel.

Lelaki itu masih tidak sedarkan diri lagi akibat telah kehilangan sejumlah darah yang banyak. Pucat sekali wajah lelaki itu, tiada lagi gurauan dan usikan yang meniti dibibir lelaki ini. Tiada lagi senyuman manis yang selalu dilemparkan kepadanya. Sepi hidupnya. Beginikah perasaan ibunya setelah ketiadaan ayahnya? Tangan lelaki itu digenggam dengan seeratnya.

Dan dengan tiba-tiba, pintu bilik wad itu dibuka.

"Eve." Panggil suara yang amat dikenalinya. Dia terus menoleh dan dengan serta-merta senyumannya terukir. Dia berlari untuk mendapatkan ibunya.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now