CHAPTER 4 : UNDERCOVER?

60 5 4
                                    

"Eve?."

"Uncle T-Rex and Aunty Ruby?!." Mereka bertiga berpandangan. Alejandro Marco dan Amy Wilton yang sedang berada di kaunter juga turut memandang ke arah mereka bertiga.

"What are you doing here, Eve? And what are you wearing?." Soal Rex Marcus dengan pelik sambil memerhatikan pakaian gadis itu yang jauh dari kebiasaannya.

Berpakaian seperti pekerja hotel.

Eve Aurora telan air liur, lalu dia menghampiri mereka berdua yang terpinga-pinga memandangnya.

"Act like you don't know me, please. I'm undercover." Jawabnya dengan nada berbisik.

"You what?! What do you mean?." Soal Rex Marcus berbisik, ingin mendapatkan kepastian daripada gadis itu. Cermin mata hitam yang dipakai dilucutkan.

Ruby Natalina masih memerhatikan mereka berdua. Setahunya, gadis itu merupakan pewaris kepada Rayne iaitu pemilik hotel tersebut, namun dia sedikit pelik apabila melihat gadis itu yang sedang berpakaian uniform persis pekerja di hotel itu. Dan dia juga sedang menanti penjelasan yang terang lagi jelas daripada gadis tersebut.

Alejandro Marco dan Amy Wilton yang berada di kaunter masih memandang ke arah mereka bertiga dengan pandangan yang sedikit pelik.

"I'm undercover, Uncle T-Rex and Aunty Ruby. Please, I'll explain to you later... But don't let them know who I am. Please?." Eve Aurora membuat muka comel.

"I demand your explanation, Eve." Jawab Rex Marcus.

"Alright. I promise! And just call me Aurora Wyatt." Eve Aurora tersenyum, Rex Marcus dan Ruby Natalina saling berpandangan.

"Alright." Jawab mereka berdua dengan serentak.

"Thanks, Uncle T-Rex and Aunty Ruby!." Eve Aurora tersenyum lalu melambaikan tangannya ke arah mereka berdua.

Rex Marcus dan Ruby Natalina melangkah menuju ke arah kaunter dimana Alejandro Marco dan Amy Wilton sedang berdiri.

"Hello, welcome to The Grand Rayne Hotel. I'm Alejandro Marco, and I'm manager of this hotel. May I ask you something, Sir? Do you know her?." Soal Alejandro Marco dengan nada lembut sambil tersengih kepada Rex Marcus.

Ruby Natalina terus geleng kepala.

".. Oh. We don't know her. I thought she was my friend's daughter, but I was wrong." Jawab Rex Marcus dengan wajah serius.

"Ohh." Balas Alejandro Marco dengan ringkas sambil tersenyum. Amy Wilton yang berdiri di samping Alejandro Marco turut tersenyum.

...

Eve Aurora berhenti di hadapan sekeping gambar Ian Rayne dan Ivy Rose yang tergantung pada dinding di tepi tangga hotel itu. Terasa rindunya terubat apabila menatap gambar yang tergantung itu.

"Mmm.. saya selalu perasan, awak suka tatap gambar ini apabila melalui tangga ini." Tegur sebuah suara yang dikenalinya. Tubuh itu berdiri di belakangnya.

Eve Aurora tersenyum. Lalu dia menganggukkan kepalanya.

"I love to see this photo. They look so romantic and lovely." Eve Aurora berkata sambil tersenyum manis.

Lelaki itu tertawa.

Ryeo Matthias menghampiri bingkai gambar yang tergantung itu, lalu mengeluarkan sapu tangan yang berada didalam poket seluarnya dan mula membersihkan bingkai gambar itu.

Eve Aurora agak terkejut dengan tindakan lelaki itu namun akhirnya tersenyum.

"They are my inspiration." Ujar Ryeo Matthias sambil mengelap bingkai gambar itu.

REBIRTH | CWo Geschichten leben. Entdecke jetzt