BAB 25🍾

10.7K 660 54
                                    




RIAZ mengetap rahang. Dia masih lagi menahan amarahnya melihat wajah seseorang yang amat dia benci ketika ini. Apabila dia melihat wajah Idlan, pasti wajah tersiksa arwah sepupu perempuannya terbayang-bayang dalam fikirannya.

Walaupun ianya sudah berlaku beberapa tahun yang lalu, namun Riaz masih lagi tidak menerima lelaki seperti Idlan boleh bebas bahagia sedangkan lelaki itu telah membuatnya kehilangan orang yang dia sayang.

Riaz senyum senget. Dia melangkah menghampiri Idlan lalu mencerlung lelaki itu dengan cerlungan tajam. Idlan juga membalas renungan Riaz dengan renungan yang tidak boleh ditafsir. Bila ditenung semula mata koko Riaz, dia seumpama teringat akan seseorang namun dia terlupa siapakah seseorang itu.

"Idlan Faizi.. kau tak ingat aku?" tanya Riaz sinis. Berkerut dahi Idlan mendengar nama penuhnya terbit di bibir lelaki dihadapannya ini.

"Who?"

Riaz mengangguk. "Oh lupa.. otak kau berkarat. Kemungkinan kau lupa siapa aku." Idlan gelak sinis lalu menggeleng. "Kau siapa? Datang rumah orang, layan pemilik rumah dengan sikap kurang ajar?"

"Huh? Kau pemilik rumah? Atau.. hanya menumpang kekayaan orang?" makin membara hati Idlan ketika ini. "Kau siap--"

"Riaz Ridhuan." jawab Riaz mendatar. Terbeliak mata Idlan mendengar nama itu. Dia meneguk liur kesat lalu kaki mula mengundur dari dihampiri Riaz.

Riaz senyum senget melihat reaksi Idlan. Idlan berdehem menutup rasa takutnya.

"Wow.. apa khabar.. sepupu Zana? Zana macam mana? Sihat ke dia dalam kubur?" tanya Idlan sinis. Automatik mati senyuman Riaz mendengar soalan itu. Dia mencerlung Idlan yang sedang sengih dihadapannya.

Riaz mencekik leher Idlan. Terbatuk-batuk lelaki itu apabila tangan kekar Riaz mencekiknya. "Lepaslah sial!" jerit Idlan sambil memukul tangan Riaz.

"Kau bernasib baik kerana bertemu dengan aku. Kalau aku pertemukan kau dengan Izzul, aku akan pastikan dia cincang kau sampai lumat." Idlan meneguk liur. Bukannya dia tidak kenal akan Izzul yang disebuti Riaz.

Betul, dia bernasib baik Riaz menyumbatnya ke dalam penjara. Jika Riaz menghantarnya kepada Izzul? Dia yakin kemungkinan dia sedang koma sekarang ini..

"Aku tahu semua ini perbuatan kau. Aku kenal Elvira. Dia bukannya murah seperti kau. Dia ada harga diri dia dan dia tidak sejahat syaitan seumpama kau." bisik Riaz dengan cerlungan. Idlan membalas cerlungan itu namun amat ketara di matanya bahawa dia sedang menahan ketakutan.

"Kau tunggu.. aku akan cari segala bukti kerja kotor kau. Dan aku akan pastikan kau kembali ke penjara tanpa ikat jamin dari isteri kau."

Terlopong Idlan mendengar itu. Dari mana.. Riaz tahu bahawa Puan Danisha telah mengikat jaminnya?

"Tapi.. andai kata sekali lagi kau sakiti Elvira, aku takkan teragak-agak hantar kau ke penjara Izzul. Pandai-pandai la kau merayu padanya. Kerana dia tak seperti aku. Aku boleh tahan sabar aku, tapi Izzul? Tiada perkataan sabar dalam hidupnya. Itu janji aku pada kau."

Riaz melepas kuat pegangan di leher Idlan sebelum dia mengorak langkah memasuki rumah Elvira. Idlan terbatuk-batuk. Disentuh lehernya yang menjadi mangsa Riaz sebentar tadi.

"Tak guna.. macam mana dia boleh kenal Elvira?" gumamnya dengan nafas laju.

Riaz menoleh ke kirinya setelah dia tiba di tingkat dua. Berkerut keningnya melihat Puan Danisha yang sedang mengetuk pintu bertalu-talu dengan jeritan.

"ELVIRA! OPEN THE DOOR SEBELUM MUMMY NAIK ANGIN! ELVIRA!"

Riaz melangkah mendekati Puan Danisha. "Puan.." Puan Danisha menoleh ke arah suara itu. Berkerut keningnya melihat ada jejaka yang tidak dikenali masuk ke rumahnya.

"Who are you?" tanya Puan Danisha dengan cerlungan. Riaz senyum tipis. "Kawan El.." Puan Danisha mengeluh lalu memicit kepalanya.

Riaz menoleh ke pintu bilik Elvira. Dipulas tombol pintu itu. "Kunci spare ada?" Puan Danisha menggeleng. "El dah ambil dari awal."

Riaz mengangguk. Dia mengetuk pintu bilik Elvira.

"TAKNAK! LEAVE ME ALONE MUMMY! I HATE YOU! YOU TAK PERNAH PERCAYAKAN ANAK YOU! YOU REALLY AWFUL MOTHER EVER!"

Sayu hati Riaz mendengar jerkahan Elvira. Tahu la dia bahawa Elvira sangat terasa hati pada Puan Danisha ketika ini.

"El.. ni aku.. Riaz.."

Terhenti esakan Elvira mendengar suara yang amat dia kenali. Elvira memejam mata lalu menggeleng. "Balik Riaz! I taknak jumpa you! I taknak jumpa sesiapa! Just go! Jangan dekati perempuan murahan seperti i!"

Terpejam mata Riaz dan Puan Danisha. Puan Danisha menekup mulut menahan esakan mendengar luahan anaknya.

Riaz mengeluh. "Buka pintu ni El.. aku janji sekejap je.. aku nak bercakap dengan kau.."

Elvira menggeleng. "No, i taknak... i nak jauhkan diri dari semua orang termasuk you.. please Riaz.. jangan berkawan dengan orang seperti i.. i tak layak berkawan dengan orang yang baik seperti you.." ujar Elvira dengan esakan.

Riaz mengeluh mendengar itu. "Buka El.. aku takkan tinggalkan kau sendirian macam ni.. buka please?" hampir merayu Riaz ketika ini kerana dia risaukan keadaan Elvira bersendirian di dalam bilik.

Tidak mustahil Elvira akan melakukan sesuatu di luar jangkaan kerana gadis itu sedang tertekan ketika ini.

"Please Riaz! Just go! I taknak lagi! I nak you jarakkan diri dari I! Anggap je yang kita tak pernah bertemu dan tak pernah berkawan! Pergi!"

Riaz mengetap rahang mendengar itu. Dia menyising lengan bajunya. Puan Danisha hanya memerhati. "What are you doing young man?"

Riaz meregangkan otot kakinya. "Hancurkan pintu ni." terbeliak mata Puan Danisha. Wow.. itu sangat.. extreme..

BUKK! BUKK!

Riaz mula menendang pintu bilik Elvira. Elvira yang sedang menangis panggung kepala melihat pintu biliknya mula bergerak. Dia menggeleng.

"No Riaz please! Jangan masuk!"

Riaz mengendahkan. Dia menendang lagi pintu itu sehingga dahinya berpeluh. Hampir 2 minit dia menendang pintu itu dan akhirnya pintu itu terbuka sendiri. Riaz menghela nafas lalu masuk ke dalam bilik.

Dia memusingkan tubuh menghadap Puan Danisha. "Bagi saya masa bercakap dengan Elvira.. saya janji saya takkan apa-apakan dia." Puan Danisha mengangguk. Riaz senyum tipis lalu menutup pintu bilik Elvira.

Riaz memusingkan tubuh. Berkerut halus dahinya melihat Elvira yang sedang memeluk lutut di birai katil. Dan.. kelihatan air mata di mata itu mengalir tanpa henti.

"Elvira.." gumam Riaz seraya kaki mula mengorak langkah menghampiri Elvira.

Elvira menggeleng. "Please go Riaz.. jangan dekat dengan i.. i malu dengan diri i.. dan i taknak you malu bergaul dengan i.. please.. pergi dari sini.. pergi dari hidup i.." pinta Elvira dengan esakan.

Riaz menggeleng. Dia makin melajukan lagi langkahnya mendekati Elvira. Mata memandang serpihan kaca di tepi Elvira. Dipandang pula tapak kaki Elvira yang dipenuhi darah.

Riaz mengeluh. "Kenapa kau sakiti diri kau ni?" tanya Riaz lalu dia duduk mencangkung dihadapan Elvira. Mata memandang sayu darah yang menitis dari kaki Elvira.

Elvira menggeleng dengan air mata. "Please... go away from me.. i mohon pada you Riaz." berkerut dahi Riaz. Dia memandang Elvira semula.

"Apa? Kau halau aku dari hidup kau? Hanya disebabkan fitnah bodoh tu?" Elvira makin teresak. Dia mengangguk.

Riaz mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Entah bila dia menangis pun dia tidak tahu. Mungkin dia rasa amat pilu melihat keadaan Elvira.

"Kau teruk El.. kau tak berperikemanusiaan.. kau halau aku sewaktu aku dah cintakan kau! Aku sayang dan cintakan kau! Tapi kau paksa aku menjauh dari kau?!"

Tersentak Elvira mendengar itu. Dia panggung kepala lalu memerhati wajah Riaz. "You.. what?" tanya Elvira perlahan.

Riaz memejam mata kejap. Ditarik nafas dan hembus perlahan. Ditatap wajah basah Elvira dengan renungan redup. "Yes Elvira.. aku cintakan kau.."

TBC🤍
Ehem ehem.. senyum sampai ke telinga nampak?

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [C]Where stories live. Discover now