BAB 37🍾

12.3K 577 22
                                    



"I mengalami gangguan seksual selepas mummy i berkahwin dengan Idlan."

Berkerut dahi Riaz mendengar itu. Rahang diketap kuat. Amarahnya mula mencanak naik.

Benar apa yang difikirnya sebelum ini. Inilah punca mengapa isterinya meletakkan caption di instagram bahawa dia perlu pergi ke tempat berlainan.

Rupa-rupanya ini yang terjadi di rumah itu.

Elvira meneguk liur melihat reaksi suaminya. "You mad at me?" Riaz menoleh ke arah isterinya lalu menggeleng.

"No.. kenapa aku nak marah kau pula?"

Elvira mengetap bibir. "Sebab.. you berkahwin dengan perempuan yang pernah bersentuh kulit dengan lelaki lain sedangkan you tak pernah--"

"Shhh.. nama pun gangguan seksual kan? Ia bermaksud kau taknak perkara ni berlaku.. kau perempuan, semestinya kau tak boleh lawan tenaga lelaki." Bisik Riaz sambil mengusap bibir isterinya.

Elvira tersebik. "But don't worry.. i masih ada maruah i. I masih ada harga diri i. Dia tak sempat buat apa-apa pada i kerana i selalu melawan."

Riaz mengangguk. "You're strong enough sayang.."

Elvira senyum. Tangan mengusap pipi suaminya. "Maruah i masih terjaga untuk you.. don't worry about that.. i tak kotor."

Riaz mengangguk. "Yea i know.. jangan anggap diri kau kotor kerana kau adalah perempuan yang paling sempurna untuk aku."

Elvira senyum tatkala suaminya menenangkannya. Riaz membelai rambut isterinya.

"Beritahu aku.. apa lagi yang dia buat pada kau?" Elvira mula teresak. Dia menggeleng lalu memeluk tubuh suaminya dengan tiba-tiba. Tersentak kejap Riaz namun dia tetap membalas pelukan sang isteri.

Elvira menangis dalam dakapan suaminya. Tidak sanggup untuk menceritakan apa yang Idlan telah lakukan padanya.

"Kalau i cerita, please.. jangan marah pada i.. jangan pandang jijik pada i.. kerana i tak pernah dekatkan diri i dengan dia.. i selalu jaga jarak dengan dia."

Riaz mengangguk. Tangan menggosok lengan isterinya. Bibir mencium lama kepala Elvira. "Ceritakan pada aku.. aku nak tahu segalanya hari ni juga."

Elvira kemam bibir. Ditarik nafas dan hembus perlahan. Dipeluk makin erat tubuh suaminya untuk mendapat kekuatan.

"Idlan pernah cakap kotor dengan i.. dia selalu ugut i agar i behave dengan dia.. kalau tak.. kalau tak.." Elvira mula teresak namun Riaz masih menenangkan isterinya.

"Kalau tak.. dia akan rogol i." Terbeliak mata Riaz mendengar itu. Rahang diketap. Urat di dahi mula kelihatan. Matanya juga menunjukkan bahawa dia amat marah ketika ini.

"I takut.. i takut sangat.. sebab tu i selalu ke kafe you.. bagi i, hanya you sahaja yang boleh tenangkan i.."

Riaz mengangguk. Dia tetap memujuk isterinya walaupun api kemarahannya makin membara.

"Lepas tu.. dia pernah hantar hadiah pada i.. and you know what? Dalam kotak hadiah tu.. ada.. ada lingerie and kondom.. i jijik sangat sehingga i bakar semua tu."

Riaz mendengus. Baginya Idlan sudah melampau jika lelaki itu sudah berani menghantar barang begitu pada Elvira.

"And then.. yang paling menjijikkan, dia sent pic di telegram i, orang yang sedang bersutubuh tanpa seurat benang di atas katil."

Riaz makin bernafas tidak teratur. Dia sudah tidak boleh menahan amarahnya. Jika Idlan berada di depannya sekarang, dia yakin dia akan menumbuk wajah lelaki itu sehingga pecah.

RIAZ : SPARKLING LOVE [C]Where stories live. Discover now