"AKU terima nikahnya Elvira Dania binti Ezrikiel dengan mas kahwin yang ditetapkan tunai.."Dengan sekali lafaz sahaja, Elvira telah menjadi isteri kepada Riaz Ridhuan di pejabat agama tadi. Mereka hanya buat akad sahaja disitu ditemani ahli keluarga serta saksi dan akan mengadakan majlis persandingan hujung minggu ini.
Dato Rayhan juga datang tapi masam mencuka sahaja reaksi lelaki tua itu seumpama langsung tidak menerima akan pernikahan anaknya bersama perempuan yang dia tidak restu.
Riaz melangkah menghampiri Izzul lalu menepuk bahu rakannya. "Terima kasih datang pernikahan aku.." Izzul senyum.
"Kau kawan aku. Mestilah aku datang walaupun masih ada banyak jenayah yang aku nak lakukan.." bisiknya pada Riaz. Riaz tergelak mendengar itu.
"Macam mana dua ekor tu? Mereka jawab tak siapa boss mereka?" Izzul menjungkit bahu. "Nope. Diorang berkeras taknak jawab. Jadi, aku lempar diorang dalam sangkar siksa aku.. nanti kalau mereka nak jawab, aku lepaskan mereka. Cuma.. kau kena berhati-hati dengan..."
Izzul menoleh ke arah Idlan yang berdiri di tepi Puan Danisha. Automatik Riaz berpaling ke arah itu.
"Lelaki tak guna tu.. jangan biarkan dia rapat dengan isteri kau. Dia bukan calang-calang orang. Aku risau jika dia ada niat buruk pula kerana dia tak puas hati dengan pernikahan kau ni."
Riaz gelak sinis. "Dia fikir dia je yang hebat? Dia belum kenal aku lagi.. sekali pukulan aku hinggap di muka dia, kemungkinan masuk hospital dia nanti."
Izzul tergelak. Ditumbuk bahu rakannya yang memakai baju melayu putih itu.
"Cukup la aku je jadi penjenayah. Kau tak payah la.. kau hidup bahagia macam orang biasa je."
Riaz senyum. "Habis tu kau? Taknak cari sesiapa untuk dijadikan suri hati kau?" Izzul senyum kelat. "Aku penjahat, Riaz. Siapa je yang nak pada aku? Kalau ada pun, aku takkan terima kerana aku taknak mereka dalam bahaya hanya kerana aku."
Riaz mengangguk. Ditepuk bahu Izzul. "All the best to you.. aku selalu doakan yang terbaik untuk kau. Mungkin orang lain fikir kau jahat. Tapi hanya aku sahaja tahu kenapa kau berkelakuan begini."
Izzul senyum lalu mengangguk. Dia menoleh ke arah Elvira yang melangkah menghampiri mereka. Izzul menyenggol bahu Riaz.
"Bini dah cari tu.. pergi cepat." Riaz tergelak lalu mengangguk. Dia terus melangkah menghampiri isterinya.
Izzul senyum melihat itu. Sesekali dia memandang ke arah Idlan. Dia senyum pada lelaki itu dengan riak sinis. Idlan meneguk liur lalu berpaling ke arah lain.
"Bae.. you nak makan tak?" Tanya Elvira lalu menyentuh lengan suaminya. Heheh dah boleh sentuh..
Riaz mengangguk. "Boleh juga.. aku lapar ni. Kau nak makan apa?" Elvira senyum sipu. Dirangkul lengan suaminya lalu didongakkan kepala memandang Riaz.
"I nak spaghetti yang you buat.." Riaz tergelak. Tangan naik mengemaskan sedikit tudung shawl putih di kepala Elvira.
"Makan yang kenyang-kenyang la.. makan nasi nak?" Elvira mengangguk. "I ikut you je.."
Riaz mengangguk. Dilepaskan rangkulan Elvira di lengannya lalu disisip jemari mereka berdua. Tersenyum Elvira melihat tangannya digenggam kemas tangan kekar si suami.
"Jom makan. Lepas tu aku ambil barang kau di rumah mummy dan kita berpindah ke rumah papa aku."
*:・゚✧*:・゚✧
ELVIRA masuk ke dalam bilik Riaz sambil memandang sekeliling. Tersenyum dia melihat betapa kemasnya bilik Riaz yang menunjukkan lelaki itu sangat menitikberatkan tentang kebersihan.
YOU ARE READING
RIAZ : SPARKLING LOVE [C]
Romance❤️🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dania. You can call me Elvira.." -Elvira Dania Namun si lelaki hanya buat tak endah sahaja dengan perke...