PANGGG!Terteleng wajah Idlan tatkala menerima tamparan hebat dari Puan Danisha. Puan Danisha mencerlung suaminya dengan nafas tercungap-cungap lalu dilempar semua bukti yang diberi Izzul itu ke atas meja.
Berkerut dahi Idlan. Dia menyentuh rahangnya sambil mencerlung isterinya. "Apa kena dengan you ni Danisha?!"
"Aku yang sepatutnya tanya kau, apa kena dengan kau?! Apa yang kau dah buat pada anak aku di belakang aku?!" Berkerut dahi Idlan tatkala isterinya bercakap kasar dan menjerkahnya.
Idlan menunduk melihat gambar-gambar diatas meja. Tawa sinis tercetus.
"Wow.. kau dah tahu la ni, hm?" Tanya Idlan sinis seraya kaki mengorak langkah menghampiri Puan Danisha. Puan Danisha meneguk liur. Kaki mengundur ke belakang melihat senyuman sinis suaminya.
Idlan senyum senget. Dia terus mencekik leher Puan Danisha. Puan Danisha mula terbatuk sambil memukul-mukul tangan Idlan yang mencekik lehernya.
Idlan mencerlung isterinya sehingga timbul urat di dahinya.
"Baguslah kau dah tahu.. tak payah aku berselindung lagi dari kau.. dan apa yang kau tengok tu betul belaka.. memang.. memang aku buat semua tu pada anak kau."
Puan Danisha mengetap bibir. "Tak guna.. aku percayakan kau Idlan! Sanggup kau buat aku dan anak aku macam ni?!" Tanya Puan Danisha dengan linangan air mata. Pedih juga lehernya tatkala dicekik kuat begini.
Idlan gelak kuat. Dia menggeleng dengan senyuman sinis.
"Siapa suruh kau percayakan penjenayah seperti aku? Hm? Kalau kau nak tahu, aku tak ikhlas pun berkahwin dengan kau. Malah, aku rasa jijik tidur dengan perempuan tua seperti kau.."
Puan Danisha mencerlung Idlan dengan amarah namun Idlan hanya menunjukkan sengih bodoh sahaja.
"Aku kahwin dengan kau, sebab aku nak harta kau.. dan aku ingin memiliki tubuh anak kau. Itu sahaja."
"Sial. Jantan paling SIAL!!!" Jerit Puan Danisha lalu menumbuk-numbuk lengan suaminya. Idlan berdecit lalu menampar kasar pipi Puan Danisha.
"Argh!" Jerit Puan Danisha sambil menyentuh pipinya yang memerah. Idlan gelak sinis.
"Hey.. tak perlu rasanya nak jerkah aku. Cakap baik-baik dah lah.. kalau kau bercakap elok-elok, aku tak akan sakiti kau la.."
Bisik Idlan pada isterinya. Puan Danisha makin menangis. Dia mencerlung suaminya lalu mencekak kolar baju Idlan.
"Kau munafik Idlan.. kau lelaki paling tak guna! Kau ayah tiri El! Sepatutnya kau lindung dia sebagaimana seorang ayah melindungi anak! Bukannya merosakkannya!"
Idlan berdecit lalu menepis kasar tangan Puan Danisha kemudian ditolak tubuh Puan Danisha sehingga tubuh Puan Danisha terhentak ke dinding.
Berdesis kejap Puan Danisha menahan kesakitan di tubuhnya. Idlan mencengkam kuat rahang Puan Danisha. Puan Danisha kemam bibir menahan kesakitan yang melanda dirinya.
"Untuk apa aku lindung dia sedangkan dia bukan anak kandung aku, hm? Dia muda.. bergetah.. seksi.. sesuai jadi hak aku.. sesuai untuk diberikan kepada aku.. aku nak dia. Hanya dia. Bukan kau! Kau hanya mainan aku sahaja!"
Jerit Idlan lalu dia menumbuk kasar wajah Puan Danisha sehingga darah mula kelihatan di bibir Puan Danisha. Puan Danisha menangis teresak-esak.
Idlan gelak sinis. "Call anak kau." Berkerut dahi Puan Danisha. Dia menggeleng.
"Aku takkan libatkan anak aku dalam hal ni! Aku taknak kau sentuh dia! Sekarang, aku nak kau ceraikan aku Idlan! Aku taknak suami seperti kau! Suami yang kotor dan jijik! Aku menyesal berkahwin dengan kau!"
YOU ARE READING
RIAZ : SPARKLING LOVE [C]
Romance❤️🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dania. You can call me Elvira.." -Elvira Dania Namun si lelaki hanya buat tak endah sahaja dengan perke...