BAB 70🍾

10.8K 569 23
                                    



"BILA baby nak keluar ni.." tanya Thaqeef sambil memerhatikan sahaja perut aunty Mataharinya itu. Hampir setiap hari dia merengek ingin datang ke rumah Riaz kerana ingin melihat dikbabynya.

Kandungan Elvira sudah masuk 9 bulan lebih. Tunggu masa sahaja untuk melahirkan anaknya itu. Dan sekarang dia sudah mengambil cuti untuk bersalin. Lagi pula dia dah cepat penat sekarang..

Nak bangun pun rasa malas.. nak mandi pun malas. Nasib baik la Riaz sentiasa menjaga keperluan dan kehendak dia. Setiap kali dia inginkan sesuatu, pasti Riaz akan kabulkan semua permintaannya.

Riaz tu baik sangat.. ada hari dia akan jadi tegas sampai Elvira merajuk sehingga taknak makan. Itu semua untuk kebaikan Elvira juga.

Ada ke patut Elvira merengek nak main buaian di taman? Dahlah perut dah membukit. Kalau beranak dekat situ tak ke naya?

Elvira senyum. Diusap lembut kepala anak kecil dihadapannya ini.

"Nanti baby keluar.. Thaqeef janji tau yang Thaqeef akan jaga dan main dengan baby tau?"

Thaqeef sengih lalu mengangguk. "Hm! Thaqeef janji aunty.. Thaqeef akan jaaagaaa dikbaby elok-elok.. Thaqeef nak jadi abang dikbaby.."

Elvira senyum sahaja mendengar itu. Kepala ditunduk, diusap lembut perut membukitnya.

Sayang.. awak beruntung dikelilingi orang yang menyayangi awak.. awak belum keluar pun orang dah ramai sayang awak.. syukur..

"Sayang.." Elvira berpaling ke arah suaminya. Senyuman diukir ke arah suaminya yang sedang melangkah ke arahnya dengan plastik makanan di tangan.

"Bae.." Riaz menghampiri sang isteri yang sedang elok berbaring diatas sofa. Diusap kejap kepala Elvira sebelum dilabuhkan ciuman di puncak kepala sang isteri.

"Aireen dah selamat melahirkan tadi.. anak perempuan." Ucap Riaz sebelum dilabuhkan punggung diatas lantai. Bersinar mata Thaqeef mendengar itu.

"Yeayyyy!! Thaqeef dapat adik perempuan lagi yeay!" Jerit Thaqeef sambil menepuk tangan. Riaz tergelak melihat itu. Diusap kejap kepala Thaqeef.

"Ya Thaqeef.. papa dan mama Thaqeef teman uncle Fahrin dekat hospital.."

"Tak apa.. Thaqeef pula teman aunty Matahari hihi.." Thaqeef memeluk erat lengan Elvira. Elvira senyum sahaja melihat keletah Thaqeef.

Riaz mengusap keringat di pelipis Elvira. "Nak makan sekarang ke sayang?" Elvira mengangguk.

"Nakk.. i lapar sangat.."

"Alolo sorry bae sampai lambat.. tadi pelanggan ramai.. pulak tu Faris je yang jaga kafe sebab tu lambat sikit.."

Elvira mengangguk dengan riak sebek. "Tak apa.. i faham." Riaz senyum. Kelihatan gayutan air jernih di birai mata sang isteri.

Aihh Elvira Elvira.. dalam pada kata faham tu, boleh pula dia menangis. Mungkin terasa hati sebab suaminya lambat pulang ke pangkuannya.

Elvira makin cepat terasa sekarang.. kadang-kadang dia sendiri pun tak faham kenapa dia cepat menangis..

Sebelum ini boleh sahaja dia menahan rasa sedihnya. Tapi sekarang jika dia sedih, amat ketara di wajahnya yang dia tengah tahan menangis.

"Shh.. saya suapkan eh?" Bisik Riaz seraya mengusap air mata yang bergelinang di mata wanita itu. Elvira memuncung. Dia mengangguk lalu melentokkan kepala ke bahu suaminya.

Riaz senyum. Dicium kejap dahi Elvira sebelum dia membuka plastik makanan dihadapannya. Elvira ni merengek nak makan chicken chop.. sempat juga la Riaz memasak di kafenya tadi sebelum pulang ke rumah.

Thaqeef terkedip-kedip melihat aksi pasangan dihadapannya. Thaqeef sengih.

Hehe.. manjanya aunty Matahari.. uncle Riaz pun baik sebab layan je aunty Matahari.. Thaqeef nak jadi macam uncle Riaz lah..

Uncle Riaz baik.. lembut je bercakap.. Thaqeef janji Thaqeef akan jadi lelaki yang gentleman macam uncle Riaz.

"Sedap?" Tanya Riaz selepas isterinya menyambut suapannya. Elvira mengunyah dengan senyuman. "Sedap! Bae buat apa-apa pun semuanya sedap!"

Riaz ketawa kecil. Comel sahaja sikap isterinya tu aih.. dahlah manja, kuat memberontak, nak merajuk aje kerja dia.. nasib baik la Riaz ni jenis memahami..

"Uncle uncle.." Thaqeef menarik-narik tshirt yang dipakai Riaz. Riaz menoleh ke arah si kecil itu. "Ya?"

"Baby dalam perut aunty Matahari ni perempuan ke lelaki?"

Riaz senyum. "Thaqeef nak lelaki ke perempuan?"

Memuncung Thaqeef mendengar soalan itu. Bahu diangkat.

"Kalau boleh Thaqeef nak lelaki.. Thaqeef nak ajak main bola.."

Riaz senyum. "Kalau perempuan?"

Thaqeef memuncung lalu meletakkan jari telunjuk di dagu. Mata dipandang ke atas seumpama berfikir. Tercetus tawa Riaz dan Elvira melihat itu.

Thaqeef sengih. "Kalau perempuan, Thaqeef janji Thaqeef akan jaga baby sehabis baik! Thaqeef akan sayang baby ketat-ketat.. Thaqeef takkan biarkan sesiapa sakiti baby Thaqeef ni.."

Ujar Thaqeef teruja sambil jemari gemuknya mengusap perut membukit Elvira. Elvira senyum lebar mendengar itu. Riaz pula mengangguk puas hati.

"Okey.. Thaqeef dah janji tu.. jangan mungkiri pula.." terbeliak mata Thaqeef.

"Hah? Apa maksud uncle? Jadi.. baby dalam perut aunty Matahari ni... perempuan?"

Elvira senyum dengan anggukan. "Ya sayang.. dikbaby ni perempuan.. mesti dia teruja nak keluar dari perut kalau dia tahu ada abang yang akan sayang dia nanti.."

Bersinar mata Thaqeef. Dia menunduk memandang perut Elvira.

"Wahh dikbaby perempuan eh? Mesti dikbaby cantik macam aunty Matahari.. mesti dikbaby comel dan manja macam aunty.. mesti dikbaby bersinar macam aunty Matahari kan?"

Elvira dan Riaz senyum sahaja melihat Thaqeef yang sedang berbicara dengan anak mereka. Comel sahaja gaya Thaqeef.. dah macam Riaz pula.. sweet, softspoken dan penyayang..

Thaqeef memuncung kejap. "Emmm.. nak bagi nama apa eh dekat dikbaby ni?"

Riaz senyum. "Thaqeef nak panggil dikbaby ni apa?"

Thaqeef memuncung. Muncung sedepa. Gaya seperti berfikir dengan serius. Elvira tergelak sahaja melihat sikap Thaqeef tu. Bersemangat betul tu.

Thaqeef menjentik jari. "Haaa! Kalau aunty Elvira ni aunty Evening dan aunty Matahari, Thaqeef nak panggil dikbaby ni Sunshine lah.. sebab dikbaby Thaqeef ni mesti bersinar macam aunty Matahari kan kan?"

Elvira senyum. Ditekup kedua pipi Thaqeef lalu dicium pipi gebu itu bertalu-talu. Thaqeef mengekek ketawa.

"Eiii comelnyaaaa Thaqeef ni.. selalu puji aunty kan? Memang sweet talker dia ni.." gumam Elvira yang sedang mengemam pipi Thaqeef. Thaqeef ketawa geli. Manakala Riaz senyum sahaja melihat itu.

Sedang-sedang Elvira ketawa, dahinya sedikit berkerut tatkala perutnya berasa sedikit sakit dari biasa. Elvira berdesis.

"Bae.." panggil Elvira perlahan. Riaz mengerutkan dahi. "Kenapa sayang?" Riaz duduk dihadapan Elvira lalu memerhatikan sahaja isterinya yang seumpama menahan sakit.

Riaz menunduk. Diselak blouse yang dipakai isterinya. Terbeliak matanya melihat betis sang isteri sudah basah dengan air jernih.

"Sayang.. kita pergi hospital ya? Air ketuban dah pecah ni.." Elvira mengangguk. "Cepat bae.."

"Baby Sunshine dah nak keluar ke uncle?" Tanya Thaqeef dengan mata terkebil-kebil. Riaz senyum lalu mengangguk.

"Ya.. Thaqeef duduk dengan nenek dekat rumah ya? Nanti baby Sunshine dah keluar, uncle beritahu Thaqeef ya?"

Thaqeef mengangguk. "Baik! Nenek! Aunty Matahari dah nak keluarkan baby Sunshine! Thaqeef nak duduk dengan nenek jap tau!"

TBC🤍
Sunshine pulak dah. Lepas ni apa? Babymoon? Babystar? Sunscreen?

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [C]Where stories live. Discover now