RIAZ mengerling isterinya yang sedang senyum ditepinya. Tangan kiri menggenggam erat tangan isterinya sambil mencium tangan lembut itu ketika dia memandu.Elvira kemam bibir. "Bae.. sampai bila i kena pakai penutup mata ni?" Tanyanya sambil tangan menyentuh penutup mata yang dipakaikan oleh Riaz terhadapnya tadi.
Selepas sahaja dia bersiap, Riaz terus menutup lampu lalu menutup matanya dengan kain. Elvira langsung tidak nampak laluannya. Wajah dan pakaian Riaz pun dia tak nampak..
Riaz senyum. "Pakai la dulu.. nanti kau tahu." Elvira tergelak lalu membalas genggaman suaminya. Riaz senyum sahaja ketika memandu. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11.50.
10 minit lagi masuknya pukul 12 pagi iaitu tarikh hari lahir isterinya. Sengaja dia mengheret isterinya begini kerana dia mahu memberi kejutan kepada isterinya.
"Bae.. you tak buang i ke dalam laut nanti kan? Sebab i dengar bunyi laut.."
Riaz senyum. Ya, dia membawa isterinya datang ke pantai untuk menyambut ulang tahun. Dia sudah mempersiapkan segalanya.
Dia tidak pernah melakukan aksi romantis begini terhadap Elvira. Jadi.. apa salahnya jika dia menunjukkan sisi romantisnya pada sang isteri kan?
Riaz mula memarkir keretanya di tepi jalan. Dari jauh dia perhatikan sahaja ada sebuah meja serta bunga mawar merah yang terletak elok diatas pasir. Tersungging senyuman di bibir Riaz.
"Kejap sayang. Aku bukakan pintu." Riaz keluar dari keretanya lalu berlari-lari anak ke pintu penumpang. Sempat dia mengemaskan sedikit kemeja ditubuhnya.
Elvira senyum. Di yakin suaminya membawanya ke pantai. Dah buang tebiat la kot ajak aku ke pantai malam-malam buta macam ni..
Riaz membuka pintu kereta lalu menggenggam erat tangan isterinya. "Jom." Terjungkit kening Elvira. "I tak nampak apa-apa.."
Riaz tergelak. "Tak apa.. aku guide." Riaz menarik perlahan-lahan tangan isterinya. Tangan kanan melindungi kepala Elvira dari terhantuk di pintu kereta.
Elvira senyum lebar tatkala angin pantai mula menerpa wajahnya. Dapat dia rasakan betapa tenangnya dirinya ketika ini tatkala dibawa ke pantai ditemani suami di sisi.
"Bae.. love you.." bisik Elvira lalu memeluk erat tubuh Riaz dari tepi. Riaz tergelak. Dirangkul bahu isterinya dari tepi lalu dia membawa Elvira ke meja makan romantis itu.
Elvira hanya setia senyum. Dia hanya mengikuti langkah suaminya walaupun matanya langsung tidak dapat melihat apa-apa..
"Dah sampai.." bisik Riaz ditepi telinga Elvira sebelum dia mencium halus telinga isterinya. Elvira senyum. Dibiarkan sahaja suaminya membuka penutup dimatanya. Elvira masih setia memejam matanya.
"I boleh buka mata sekarang ke?" tanya Elvira dengan senyuman. Riaz memandang jam tangannya. Tersungging senyuman di bibir tatkala jam sudah menunjukkan pukul 12 pagi.
"Dah. Buka mata kau.." bisik Riaz ditepi telinga Elvira sambil menggosok kedua lengan Elvira. Elvira mencelik mata perlahan-lahan. Terbeliak matanya melihat meja makan berhias dihadapannya disertakan pula bunga mawar diatas pantai.
Automatik tangan menekup mulutnya dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Riaz senyum melihat isterinya dari tepi.
"You like it?"
Elvira mengangguk laju. "Of course i like it! Thank you bae!" Jerit Elvira lalu dia memusingkan tubuh menghadap suaminya. Namun sekali lagi matanya terbeliak melihat pakaian suaminya yang memakai kemeja yang dilipat separas siku serta seluar slack.
Riaz berdehem lalu menggosok lehernya menahan malu melihat reaksi isterinya.
Elvira menggigit bibir bawahnya dengan senyuman sambil meneliti tubuh suaminya dari atas ke bawah.
YOU ARE READING
RIAZ : SPARKLING LOVE [C]
Romance❤️🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dania. You can call me Elvira.." -Elvira Dania Namun si lelaki hanya buat tak endah sahaja dengan perke...