"MEMANG kena pakai macam ni ke mummy?" Tanya Elvira dengan riak sebik tatkala Puan Danisha menempel pilis di dahinya. Puan Danisha menggeleng dengan senyuman sahaja melihat reaksi anaknya."Kena la pakai.. ni pantang zaman dulu.. jarang anak muda berpantang cara dulu. Kalau El nak tahu, pantang zaman dulu lagi banyak tahu? Bertungku setiap waktu untuk melancarkan darah dan kecutkan rahim. Lepas tu kena baring atas salaian atau katil yang ada bara api bawah dia.. makan ikan bakar.. tak boleh minum ais.."
Elvira memutarkan mata mendengar leteran mummynya. Kedua tangannya menutup lubang telinganya. Dia bukannya suka leteran berpanjangan..
Puan Danisha hanya menjeling sahaja anaknya itu. Digeleng sahaja kepala melayan karenah anak tunggalnya.
"Tu zaman dulu la mummy.. sekarang kan dah moden? Tak boleh ke tak pak--"
"Haa ye. Cakap tu mudah la. Nanti umur tu tak sampai 30an lagi, mula la badan asyik sakit-sakit. Perut buncit la.. masuk angin la.. lepas tu nanti merengek dekat mummy nak suruh mengurut badan yang lenguh tu. Badan nak pakai lama tahu? Apa salahnya kalau berpantang dalam masa 44 hari ni.. lebih baik hadap sekarang, daripada hadap sakit masa akan datang."
Elvira menjuih bibir mendengar itu. Jemari dimainkan diatas riba. Hmm walaupun Elvira ni degil, tapi dia tetap juga mengalah dengan Puan Danisha kerana apa yang Puan Danisha kata itu merupakan fakta.
"Tapi nanti Riaz tak suka bau El kalau El pakai pilis ni.." Elvira menunding jari ke dahinya yang dipenuhi herba itu. Puan Danisha menggeleng dengan senyuman.
"Mummy kenal la Riaz tu.. setakat bau herba ni, dia dah biasa tu.. ada ke Riaz jaga jarak dengan El selama El berpantang ni?"
Elvira mengemam bibir. Digeleng kepalanya. Betul, Riaz tak pernah menjauh. Malah lelaki itu sentiasa menempel dengannya dan mencium pipinya seperti biasa. Tidak pula suaminya itu menunjukkan riak tidak suka dengan bauan yang terbit dari tubuhnya ketika berpantang ni.
"Tak ada kan? Dah.. jangan fikir bukan-bukan. Suami punyalah baik, dia fikir negatif pulak, ish." Elvira tersengih sahaja menerima jelingan daripada ibunya.
Puan Danisha bangun dari duduknya di katil Elvira lalu dikemaskan peralatan berpantang Elvira.
"Mana Riaz, mummy?"
"Ada dekat luar tu.. Thaqeef nak tengok baby. Sebab tu Riaz bawa ke ruang tamu tu.."
"Suruh la Thaqeef masuk dalam bilik ni dengan baby.."
"Ehh tak payah.. tak elok orang lain masuk ke dalam bilik ibu berpantang. Tak kisah la dia tu budak atau orang dewasa sekalipun, tetap tak elok. Sebab ibu berpantang ni perlu rehat secukupnya dari segi fizikal dan mental.. mummy taknak sesiapa ganggu mental El, jadi mummy dah beritahu pada Riaz tentang hal ni supaya Riaz alert."
Elvira mengangguk sahaja. Sekarang dia faham kenapa suaminya menyuruhnya berpindah ke rumah Puan Danisha ketika berpantang.
Itu kerana Puan Danisha lebih mengetahui ilmu tentang berpantang. Walaupun Puan Danisha seorang perempuan moden, namun dia tidak lupa akan ajaran orang tua zaman dulu.
"Mummy.. nanti suruh Riaz masuk bilik bawa anak sekali tahu.. El rasa dada El dah penuh ni.." Puan Danisha mengangguk. "Ye lah.. kejap mummy panggil."
Ujar Puan Danisha sebelum dia melangkah ke pintu bilik Elvira. Elvira senyum tipis. Dia bangun perlahan-lahan dari baringnya lalu bersandar di kepala katil.
Sempat dia berdesis tatkala dadanya sedikit sakit. Diusap kejap dadanya yang membengkak kerana susu dadanya makin penuh.
Alhamdulillah, dia tiada masalah dalam menyusu. Malah susunya melimpah ruah sepanjang dia berpantang ni. Fikirnya susunya sukar keluar seperti ibu berpantang yang lain. Jika itu terjadi, dia pasti akan runsing kerana dia risaukan anaknya yang akan merengek lapar.
YOU ARE READING
RIAZ : SPARKLING LOVE [C]
Romance❤️🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dania. You can call me Elvira.." -Elvira Dania Namun si lelaki hanya buat tak endah sahaja dengan perke...