TERKEDIP kedip mata beningnya melihat suaminya yang masih berbaring diatas katil wad. Sesekali dia mencium tangan Riaz yang berada dalam genggamannya.Tak lena tidurnya menunggu suaminya bangun dari koma. Seharian dia menantikan suaminya. Sedari tadi dia hanya berada dalam wad ini.
Makan dan minum telah dihantar oleh Puan Danisha. Kalau Puan Danisha tak melakukan hal itu, dia yakin pasti anaknya itu tak akan makan.
Elvira langsung tidak keluar dari wad ini. Dia solat didalam wad ini. Dia mandi pun didalam bilik air di wad ini. Matanya hanya pada suaminya sahaja.
Dia mahu menjadi orang pertama dimata Riaz. Dia mahu mengadu bahawa dia lenguh badan kerana tunggu Riaz bangkit dari lenanya.
"Bae.. tadi kan, i halau kawan you.. sibuk je dia tu kan? Asyik menempel dengan you je.. dia lupa ke dia ada awek? Pergi la bermanja dengan Stella.. kenapa asyik nak bermanja dengan you.. dahlah darah you melekat dekat baju dia tadi.. i cemburu tau? Darah you tu milik i.. diri you milik i.. mana boleh lelaki lain rampas you dari i.."
Adu Elvira pada suaminya. Entahlah. Wayar dikepalanya pun sudah putus sekarang. Mana taknya? Dalam kepalanya hanya memikirkan keadaan Riaz sahaja.. langsung tak fikirkan diri sendiri sehingga tubuhnya mula penat. Mental pun dah penat sekarang ni..
Elvira mengusap jemari kasar suaminya. Sesekali dia merehatkan pipinya ke tangan suaminya itu. Mata merenung wajah pucat sang suami.
"Bae.. bangunlah.. you marah i ke? You tak sayang i ke? You tak cintakan i ke? Kalau you sayang, you bangunlah.. i rindu sangat dekat suami i ni.. tak sanggup la tengok you sakit macam ni.."
Gumam Elvira dengan bibir tersebik. "I tak boleh menangis.. nanti i buruk depan you. I taknak dah tunjuk muka buruk i depan you.. i nak tunjuk kecantikan i je lepas ni.. bangunlah bae.. tak rindu i ke?"
Elvira mengeluh tatkala suaminya tak menjawab pertanyaannya. Dilentokkan kepala ke bahu Riaz. Jemari runcingnya mengusap dada Riaz yang dibaluti sesuatu.
"Doktor kata peluru tu hampir kena jantung you bae.. i tak boleh bayang kalau peluru tu betul-betul terkena jantung you.. i yakin i akan meroyan kehilangan you.. i yakin hidup i akan derita sepanjang masa jika you tinggalkan i.. bangunlah bae.. you koma pun dah buat i menderita.. kalau you pergi? Mungkin i akan gila.."
Rayu Elvira dengan esakan. Dia tidak boleh menahan tangisnya. Dia amat merindukan suaminya. Dia mahu Riaz memujuknya, dia mahu lelaki itu memanjainya seperti sebelum ini.
Dia mahukan suaminya. Riaz tak pernah tak endahkan perbualannya. Inilah kali pertama Riaz tak membalas percakapannya. Sebelum ini lelaki itu hanya layankan sahaja isterinya bercerita.
Elvira kemam bibir. Dia sehabis baik menahan air mata gugur dihadapan Riaz. Walaupun Riaz tidak nampak akan itu, namun jejaka itu tetap dapat mendengar luahan serta tangisan sang isteri.
Elvira memeluk erat tubuh suaminya. Dia mula teresak di ceruk leher suaminya dengan mata terpejam.
"Bangunlah Riaz Ridhuan.. i perlukan you.. please.. jangan tidur terlalu lama.. i betul-betul rindu you Riaz.. i merayu sangat.. celik mata you untuk i.." rayu Elvira dengan esakan. Air matanya telah membasahi baju milik Riaz.
Dan Riaz hanya mampu mendengar sahaja luahan sang isteri dalam tidur lenanya.
*:・゚✧*:・゚✧
JAM menunjukkan pukul 5.25 pagi. Matanya terkenyit-kenyit ketika ini. Tekaknya juga semakin haus. Tangan ingin naik menggosok matanya namun dia tidak berdaya.
Dipaksa dirinya untuk mencelik mata walaupun ia agak perit. Riaz mencelik mata perlahan-lahan. Kelihatan keadaan gelap gelita. Hanya cahaya luar sahaja yang menyelinap masuk ke bilik melalui ruangan kecil.
YOU ARE READING
RIAZ : SPARKLING LOVE [C]
Romance❤️🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dania. You can call me Elvira.." -Elvira Dania Namun si lelaki hanya buat tak endah sahaja dengan perke...