Bab 2

4.2K 70 2
                                    

"HAH, warna ni cantik tak?" soal Asyraf sambil menunjukkan busana lelaki berwarna ungu kepada bakal isterinya itu.

Penat berjalan meninjau setiap butik pengantin di bandar itu. Baginya, dia tidak kesah busana warna apa pun yang perlu dipakai semasa hari persandingan mereka. Tapi dia faham, wanita sememangnya cerewet dalam bab-bab ini. Mana tidaknya, dari bunga telur hinggalah kanopi yang akan didirikan nanti, semua nak teliti dan sempurna. Warna perlu menepati tema, pelamin haruslah konsep terbaru dan macam-macam lagi.

Asyraf terkenangkan lembu-lembu peliharaan bakal bapa mentua yang bakal tumbang nanti. Sedih, mesti Si Eton tu sudah tidak ada teman untuk dating kerana teman- temannya yang lain akan disembelih buat kenduri nanti. Kalau Si Eton tu tahu dalang semua ini ialah anak perempuan Pak Mad Lutfi, mesti dia kerjakan Si Alisa cukup- cukup. Asyraf tersenyum sendirian sambil berimaginasi nakal.

 "Cantik, tapi nampak tak sesuailah dengan tema kita. Hei... Yang awak tersengih sorang-sorang ni kenapa? Dah buang tabiat agaknya..." marah Alisa. Geram dengan tunangnya yang tidak serius memilih busana yang akan digayakan nanti.

Selepas ini dia berkira-kira hendak pergi ke kedai cetakan kad kahwin yang telah ditempah beberapa hari yang lalu. Nasibnya baik kerana kad kahwin yang ditempahnya dapat disiapkan secepat mungkin berikutan tidak banyak tempahan yang dibuat oleh kedai itu.

"Tak adalah, sayang... Saya terbayangkan yang awak nampak cantik kalau pakai warna purple ni," balas Asyraf cuba menyembunyikan perkara sebenar.

"Awak ni... Nak kahwin ke tak? Saya serius ni. Kita dah tak ada banyak masa tau. Banyak lagi persiapan yang nak kena buat," rungut Alisa sambil bercekak pinggang. Tajam dia memandang bakal suaminya itu.

"Okey, sayang. Saya minta maaf. Macam ni, saya tak kesah awak nak pilih warna apapun. Saya ikut aje. Tak nak komen banyak. Saya janji," pujuk Asyraf sambil mengangkat tangan kanannya seperti berikrar.

"Okey... Kalau macam tu, awak ikut saya pergi butik lain pula. Sini tak banyak pilihan sangat. Lepas ni kita nak pergi ambil kad kahwin," balas Alisa sambil menarik tangan tunangnya itu.

Asyraf mengeluh dengan kata-kata tunangnya itu. Penatnya! Hanya Allah yang tahu. Kalau macam ini tak kahwin pun tak apa. Cerewet sangat. Nasib baik wanita itu ialah bakal isterinya. Jika adik perempuannya, dah lama dia piat telinga adiknya itu. Asyraf terkenangkan adik perempuannya Nur Akmal. Kalau dia tahu abangnya kena buli dengan bakal kakak ipar, mesti Si Akmal tu mengekek ketawa.

"DAH balik? Macam mana? Dah settle semua?" tegur Puan Norazah apabila melihat anak dan bakal menantunya kepenatan. Kedua-dua bakal mempelai itu menyalami tangan Puan Norazah.

"Dah, umi..." jawab Asyraf. Alisa yang kepenatan segera ke dapur mengambil minuman di dalam peti sejuk untuk membasahi tekaknya.

Tidak lama kemudian, dia membawa segelas air kosong untuk bakal suaminya itu. Memang dah ada ciri-ciri nak jadi isteri mithali ini, bisik hatinya nakal.

The Greatest Of DestinyWhere stories live. Discover now