Bab 15

2.9K 59 8
                                    

"ALISA..." sapa Maria perlahan. Alisa berpaling sambil menguntum senyuman. Matanya juga tidak lepas memandang bayi lelaki milik pasangan itu yang masih lena di dalam buaian. Comel sangat! Sebiji macam Maria.

"Comel sangat anak you ni. Tahniah," ucap Alisa dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya.

Maria juga turut tersenyum. Manis dengan bertudung.

"I nak minta maaf pasal hal yang berlaku dulu," tutur Maria, menyesal dengan sikapnya dulu. Memang dia terlalu bangga dengan apa yang dimilikinya dulu sehingga sanggup menghina gadis itu semata-mata perasaan cemburu.

"I dah lupa pasal semua tu. I tak berdendam pun dengan you." Alisa menggenggam erat kedua-dua tangan wanita itu.

"Oh, Nasih dan Bob mana?" tanya Alisa. Matanya mula tercari-cari kelibat kedua-dua sahabat itu.

"Mereka ada kat luar. Biarkan ajelah mereka tu... Nasih beritahu I dan Bob yang you dah bertunang, betul ke?" Maria memandang tepat ke arah wajah gadis itu.

Alisa hanya mengangguk perlahan. "Ya. Insya-Allah hujung bulan ni I kahwin..." Tenang wajahnya.

Maria mula rasa bersalah. Dialah menjadi penyebab hubungan Nasih dan Alisa itu putus. Memang dulu dia juga menaruh hati terhadap Nasih, tapi dia mula sedar yang Nasih hanya menganggapnya tidak lebih dari seorang sahabat. Akhirnya dia bertemu jodoh dengan Bob iaitu sahabatnya sendiri. Bob yang banyak membimbingnya menjadi Muslimah yang lebih baik. Dia bersyukur kerana dikurniakan lelaki sebaik suaminya itu. Kini hidupnya sebagai wanita telah lengkap kerana dikurniakan seorang cahaya mata. Dia bertambah bersyukur.

"Nasih betul-betul cintakan you, Alisa..."

Alisa yang mendengar kata-kata itu hanya tersenyum pahit. Dia cuba melarikan pendangannya dari memandang Maria. Kata-kata itu mula mencucuk jiwanya.

"Alisa... Dulu I memang cintakan Nasih. I sendiri tak sedar yang hati I mula terpaut dengan kawan baik I sendiri. Bertahun-tahun I menunggu cinta daripada dia. I terlalu sayangkan dia, Alisa. Tapi I mula sedar yang cinta Nasih Mikael hanya untuk you seorang sahaja. Bukan untuk I ataupun perempuan lain. Dia terlalu cintakan you. Sejak di universiti lagi dia cintakan you. Ya, memang dia tidak pernah mengaku, tapi I kenal sangat dengan dia. Kami berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Disebabkan I terlalu cemburu dengan you dulu, I dan Jay memaksa Nasih untuk pilih antara persahabatan kami atau hubungan dia dengan you. I mengaku, I terlalu kejam dulu sehingga memaksa Nasih memutuskan hubungan dengan you. Kemudian I jatuh hati kali kedua dengan suami I sendiri. Bob banyak menasihati dan membimbing I. Dia juga berjanji dengan I yang dia akan bawa I jumpa you dengan Nasih. Tapi nampaknya hari ini you dan Nasih sendiri yang datang ke rumah kami," luah Maria sambil ketawa kecil dalam tangisan. Air mata jernihnya mula membasahi pipi.

"Tapi I betul-betul kesal, Alisa. I rasa bersalah sangat dengan you. I minta maaf," luah Maria lagi tidak tahan sebak.

Alisa juga mula menitiskan air mata. Dia segera menyeka dengan jari-jemarinya. Memang dia tidak tahu akan kebenaran ini. Selepas pertemuan dia dengan lelaki itu di apartmen lelaki itu, dia langsung tidak mendengar penjelasan dari mulut Nasih. Sehinggalah lelaki itu tidak putus asa untuk mendapatkan nombor telefon bimbit dan mengekorinya.

"Please Maria, I dah lupa semua tu. Walau apapun I tetap anggap you dan Bob kawan I. I nak kita mulakan persahabatan yang baru pula lepas ni." Alisa tersenyum.

Hati Maria mula berasa sedikit lapang apabila mendengar kata-kata dari mulut mongel gadis itu. Bersyukur kerana Alisa tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya.

"Thank you so much, Alisa. So, you masih nak teruskan?" Maria cuba menduga.

"Teruskan apa?" Alisa cuba memahami soalan yang diajukan itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Greatest Of DestinyWhere stories live. Discover now