Bab 3

3.2K 57 1
                                    

"ALISA ZAHIRA, right?" Nasih cuba menegur gadis itu di kafe.

Alisa Zahira yang ketika itu sedang menghirup minumannya hampir tersedak. Terkejut dengan teguran pelajar senior yang sama kelas untuk salah satu subjek yang diambilnya. Handsome kut! OMG!

"Yeah... I am. How can I help you?" balas Alisa cuba menyembunyikan kekalutannya.

"I am Nasih Mikael. Can we talk?"

Alisa tersenyum lalu mengangguk. Nasih kemudiannya menarik kerusi di sebelah gadis tersebut.

"Abang dapat tahu Alisa dapat A minus untuk subjek Prof. Fedrick. So, I need your help for this subject. If you don't mind," ujar Nasih. Dalam diam dia mengagumi kecantikan yang dimiliki oleh gadis tersebut. Hatinya mula berdebar sakan.

"Yeah, sure! Tapi saya taklah pandai sangat. Insya-Allah saya akan cuba bantu mana yang boleh," balas Alisa sambil tersenyum. Tahu sangat Profesor Fedrick antara killer lecturer. Diberi gelaran seperti itu kerana sudah maklum pensyarah itu susah nak bertolak ansur untuk markah yang diberinya. Ramai pelajar terpaksa mengulang subjek tersebut.

"Okey, kalau macam tu kita bertukar nombor telefon. Nanti apa-apa abang call Alisa," tutur Nasih lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

Mereka mula bertukar nombor telefon masing-masing.

"Done. Nanti abang call. Oh ya, abang nak bagi muk ni sebagai tanda persahabatan. Hope you like it." Nasih mengeluarkan muk dari beg galasnya. Dia segera meletakkan muk tersebut di hadapan gadis itu.

Mata Alisa terpesona sebentar. How sweet!

"Eh... Susah-susah aje. Thanks ya. Kalau macam tu, saya pun nak bagi penanda buku ini sebagai tanda persahabatan." Alisa mengeluarkan penanda buku berbentuk rama-rama di dalam helaian novel yang diletakkan di atas meja. Dia menghulurkan kepada Nasih Mikael.

Nasih yang ketika itu agak keberatan, menerimanya sambil tersenyum.

"Terima kasih. Okeylah, abang pergi dulu ya. Ada kelas kejap lagi. Bye," balas Nasih kemudian berlalu pergi meninggalkan gadis itu.

HUBUNGAN Nasih dan Alisa semakin hari semakin rapat. Dia bahagia dengan sikap Alisa yang lembut dan ambil berat. Dalam diam dia mula menaruh hati terhadap gadis itu. Tapi apabila memikirkan taraf kehidupan gadis itu, hatinya mula kesal. Dia cuba menafikan perasaannya. Dia malu jika teman-teman rapatnya mengetahui perasaannya yang sebenar. Dia malu jika diejek kerana jatuh hati dengan golongan kebanyakan.

"Abang... Alisa dah siapkan kerja abang tu. Nanti belanja Alisa pergi makan kat Changi Village, ya? Dah lama kita tak makan sama-sama," rengek Alisa yang duduk di sebelah Nasih di perpustakaan.

Nasih yang ketika itu sibuk menaip mesej di telefon bimbitnya hanya sekadar mengangguk. Alisa geram melihat Nasih yang seakan-akan tidak mempedulikannya.

"Abang ni! Orang cakap dengan dia tapi dia sibuk duk berbalas mesej. Menyampah betul," dengus Alisa geram sambil menyilang kedua-dua belah tangannya.

"Ya... Abang dengar. Sekejaplah... Abang tengah reply mesej Maria ni. Esok birthday dia. Abang tak tahu nak pergi ke tak sebab nak sambut papa kat airport nanti. Dia datang sini melawat abang," balas Nasih sambil berbalas mesej dengan temannya, Maria. Risau jika temannya itu merajuk. Nasih serba salah dengan keputusan yang akan dibuat nanti.

"Kalau macam tu, abang pergi ambil papa abang kat airport dulu. Lepas tu barulah pergi rumah dia. Apa susah? Tak ada masalah kalau lewat sikit pun." Alisa cuba memberi pendapatnya.

The Greatest Of DestinyWhere stories live. Discover now