Bab 11

1.5K 20 0
                                    

NASIH MIKAEL mula melangkah masuk ke syarikat Impiana Corporation untuk mencari konsep yang sesuai bagi menghias ruang apartmennya.

Hatinya lega kerana mama dan papanya telah merestui keputusannya untuk hidup berasingan. Bukan niatnya untuk menjauhkan diri dari kedua-dua orang tua itu, tapi dia lebih selesa dengan gaya hidup begini sejak merantau di negara orang lagi. Ya! Suka berdikari! Lagipun bukannya dia langsung tidak melawat mama dan papanya. Pasti setiap kali hujung minggu dia akan pergi melawat mereka. Yalah.Dapatlah dia makan sedap-sedap nanti. Air tangan ibunya dan Mak Cik Timah itu tiada tandingan!

"Assalamualaikum. Hai," sapa Nasih memberi salam kepada salah seorang staf perempuan yang bekerja di kaunter pertanyaan itu.

"Waalaikumussalam, ya encik nak jumpa siapa?" sapa gadis itu dengan lembut. Matanya memandang ke arah lelaki itu yang segak dan bergaya walaupun hanya memakai baju T-shirt jenama Polo dan berseluar jeans biru tua.

"Saya sebenarnya nak jumpa dengan Cik Umairah dan saya dah buat appointment dengan dia. Nama saya Nasih Mikael." Nasih Mikael memperkenalkan dirinya kemudian melayangkan senyuman.

"Okey, sekejap saya panggilkan Cik Umairah. Encik Nasih Mikael boleh duduk dulu." Gadis itu mula menekan butang interkom di hadapan mejanya untuk memaklumkan tentang kedatangan klien.

Nasih Mikael mula melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk. Matanya mula melilau memandang dekorasi syarikat itu. Sangat cantik dan elegan. Sesuai dengan konsep perniagaan syarikat itu jalankan. Sememangnya dekorasi yang dilihatnya mencerminkan identiti syarikat itu. Nasih mengagumi dalam diam.

Alisa Zahira yang baru sahaja melangkah keluar dari pantri sambil membawa secawan Nescafe berjalan menuju ke arah biliknya. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti apabila melihat seraut wajah yang amat dikenalinya itu sedang duduk di ruang khas sambil menatap majalah yang ada di situ.

Jantungnya mula berdegup kencang...

Segera dia menyorok di sebalik pintu bilik yang terbuka di situ. Dia mengamati wajah lelaki itu. Ya! Nasih Mikael! Lelaki yang pernah mengecewakannya suatu ketika dahulu. Apa yang dia buat kat sini? Kelihatan seperti menunggu seseorang atau dia sedang tunggu aku? Hatinya gusar mula meneka.

Tetapi macam mana dia boleh tahu aku kerja kat sini? Takkan Linda yang beritahu? Argh! Tak mustahil! Dia masih berdiri memerhatikan wajah lelaki itu. Entah kenapa hatinya tiba-tiba dirundung rasa pilu, sedih dan kecewa melihat wajah itu. Atau mungkin dia masih memendam rasa. Alisa cuba membuang perasaan itu jauh-jauh. Tetapi entah kenapa semakin dia tepis, semakin dekat perasaan itu. Ya! Dia akui yang dia tidak boleh menipu diri sendiri. Dia masih merindui lelaki itu. Hatinya telah tewas.

"Hoi! Kau pandang siapa?" sergah Umairah dari arah belakang sambil tersengih. Wanita yang berkulit cerah dan berbadan sedikit gempal itu membawa beberapa fail dan iPad.

Alisa yang tersentak dengan suara Umairah itu mula menggelabah. Kemudian Umairah melihat wajah klien yang diperhatikan oleh Alisa itu. Dia mula mengukir senyuman sambil menjeling ke arah Alisa. Dah agak dah, mesti terpegun melihat wajah klien aku, bisik hatinya.

"Oh, itu Encik Nasih Mikael, klien aku. Alah... CEO Golden Global Holdings tu. Kau berkenan ya Alisa?" usik Umairah sambil menjeling ke arah teman sepejabatnya itu.

Alisa hanya menggeleng. Wajahnya mula berona merah.

"Okeylah, aku nak pergi jumpa dia dulu. Dah lambat ni. Banyak benda nak discuss nanti. Lagipun dia minta aku deco apartmennya," tutur Umairah kemudian terus berlalu.

Umairah melemparkan senyuman ke arah lelaki yang mungkin telah lama menunggunya. Setelah meminta maaf atas kelewatannya dan berjabat tangan dengan lelaki itu, dia terus melabuhkan punggungnya. Mak ai! Handsome kut!

The Greatest Of DestinyOù les histoires vivent. Découvrez maintenant