Bab 1- Malam Pertama

331K 4K 129
                                    


Haris Hakimi..

Manusia yang sangat dirindui Saffiya Aliya. Kenangan 2 bulan lepas terus menghantui kembali dirinya. Perang dingin yang dihadapi bersama suaminya Haris Hakimi sekarang tidak pernah menghilangkan kenangan manis disatukan sebagai suami isteri. Walaupun ini adalah pilihan keluarga dan wasiat arwan ayahnya tidak pernah wanita bernama Saffiya Aliya ini menyesal berkahwin dengan Haris Hakimi.

--
"Yaya sekarang kamu dah sah jadi isteri kepada Haris Hakimi tau" ucap ibunya membuatkan air matanya mengalir tanpa dipinta.

'Ayah..yaya dah tunaikan permintaan ayah. Yaya tak menyesal pun dengan permintaan ayah. Yaya tahu semua ni untuk kebaikkan yaya juga' bicara Saffiya Aliya sendiri dengan aliran air mata yang tidak henti-henti.

"Sayang jangan nangis. Rosak make up nanti" kata Puan sofea bila melihat air mata anaknya seperti tidak mahu berhenti.

"Yaya lega ibu. Akhirnya yaya dapat tunaikan permintaan ayah" Saffiya Aliya membalas kata-kata ibu supaya ibunya tidak runsing dengan tangisannya.

"Ibu tahu kamu anak yang baik sayang. Dahlah jangan nangis. Suami kamu dah siap solat. Nak batalkan wuduk pula" Puan sofea terus mengelapkan air mata anaknya dan mengizinkan menantunya menyempurnakan majlis pembatalan wuduk.

Selesai sahaja Haris Hakimi menyarungkan cincin tangannya disuakan kepada wanita yang sah menjadi isterinya sekarang. Saffiyah Aliya tunduk dah mencium tangan Haris Hakimi lama. Air matanya mengalir kembali dan menyedarkan Haris Hakimi isterinya sedang menangis. Ketika Haris Hakimi mencium dahi isterinya sempat dia membisik. "Jangan nangis. Aku janji akan jaga kau"

Setelah berlangsung akad nikah pada petang hari majlis persandingan turut berlangsung pada malam tersebut. Majlis dijalankan di rumah Dato Hasyim secara sederhana. Majlis persandingan hanya dilangsungkan di rumah keluarga Haris Hakimi.

Setelah selesai majlis persandingan Saffiya terus naik ke bilik yang ditunjukkan oleh mama Haris. Ibunya telah pulang bersama neneknya tadi. Penat melayan tetamu yang hampir semua tidak dikenalinya. Semua tetamu yang hadir kebanyakkannya kenala keluarga Haris.

Aduh macam mana aku nak buka baju ni. Dengan adanya zip dekat belakang. Kalau aku ada mata dekat belakang kepala tak apa la juga. Tangan aku pun tak sampai nak pegang zip. Bebel hati Saffiya sendiri di depan almari pakaian bilik Haris Hakimi atau mungkin sudah boleh di labelkan bilik penganti. Macam mana tak kena label dah habis kelompok bungan ros merah ditabur atas katil Haris Hakimi ni. Habis membebel dah Haris Hakimi ni.

Nak mintak tolong mamat ni tak bantu aku ? Tapi dia nak ke tolong aku ? Tapi aku pun nak ke tunjuk badan aku ni dekat Haris Hakimi ? Persoalan demi persoalan timbul dalam kepalanya dan akhirnya dia hanya berdoa tangannya sampai di zip belakang baju pengantinnya. Tiba-tiba ada tangan lain yang memengan tangannya yang memang sah-sah tak sampai.

"Kalau nak suruh aku tolong cakap jela. Aku bukan jahat sangat taknak tolong kau" sedikit membisik lelaki yang sedang mengalihkan tangan isterinya ke tepi.

Kaku. Itulah keadaan Saffiya Aliya sekarang. Sabar..sabar fiya. Laki kau je pun yang tengah pegang kau ni.

Sesaat Saffiya Aliya merasa bajunya terus longgar dan terasa sejuk belakang badannya. Mungkin tiada apa-apa fabrik yang menghalang dari angin menyentuh kulit badanya.

Tetapi badannya kembali membahang bila terasa muka suaminya sedang menghampiri belakang badannya. Tangan suaminya elok menyentuh kulit belakang badannya.

"Pandai kau jaga badan. Lebut je aku rasa" bisik Haris Hakimi tepat di telingan isterinya yang masih kaku itu. Saffiya Aliya hanya senyap tanpa menghalang suaminya menyentuh badannya. Terasa belakang lehernya dicium lama oleh suaminya.

"Aku suka leher kau. Seksi" bisik Haris Hakimi lagi dan tidak lepas dari terus mencium leher isterinya. "Tapi kalau kau lepas rambut kau mungkin lagi...-" terus getah pengikat rambutnya ditarik perlahan oleh Haris Hakimi. "Haa kan aku dah cakap. Makin seksi leher kau"

Saffiya Sofea memengang lehernya. Dia tahu suaminya itu sangat sukakan lehernya. Dari awal perkahwinan sehingga 2 minggu yang lepas Haris Hakimi akan meminta izin mencium lehernya. Kata Haris lehernya seksi. Kenangan 2 bulan lepas sangat indah untuk diingatkan oleh Saffiyah Sofea.

"Fiya sorry lambat. Kereta banyak ah tadi dekat jalan" tiba-tiba datang satu suara yang Saffiya Aliya tunggu dari tadi.

"Ahh kereta memang selalu banyak atas jalan tu..kau tu selalu siap lambat" macam aku tak tahu Mira ni macam mana.

"Hehehe aku tertidur tadi yaa. Maaplaaa..." meleret leret Mira meminta maaf.

"Asal kau datang sudah. Aku bosan kat rumah. Lepak dengan kau bolehlah hilangkan bosan aku juga" sebenarnya aku start bosan bila Haris mula balik lambat dan sekarang outstasion. Tapi sebenarnya aku tak tahu dia kerja apa.

"Kau tak pergi mana-mana ke cuti sem 2 bulan lebih ni. Rugi weh ingat senang nak dapat cuti panjang-panjang gini"

2 bulan lebih ni tak pergi mana-mana? Hahaha okey aku mampu gelak je dengan ayat tu. Nak buat apa pergi bercuti kalau dalam cuti sem ni aku kahwin. Maaf sahabat aku tak boleh nak hebohkan lagi pasal benda ni.

"Aku duk rumah je beb" maaflah Mira bukan sekarang kau kena tahu hal sebenar.

"Itulah kau aku suruh cari pakwe taknak. Kalau ada boleh dating"

"Tak minat" tak habis budak ni suruh aku cari pakwe. Ingat ada pakwe hidup kita tak terus bosan ke ? Eleh mengarutlah. Aku ni siap ada suami dekat rumah bosan juga. Tapi..bosan sebab Haris sibuk.

"Pelik aku dengan kau ni fiya. Nak kata kau tak laku dekat kolej tu ramai beratur nak kau. Bukan setakat student tapi lecture pun ada yang usya kau. Untungnyaaaa kau" haa kan dah Mira bercerita tu or maybe start membebel.

"Apa untung? Serabut do. Hidup tak tenang dengan jelingan maut budak-budak perempuan yang gila. Ingat aku nak sangat pakwe diorang" selalu kena jeling aku ni sebab sembang dengan pakwe diorang.

"Diorang jealous doh dengan kau. Tak payah layan sangatlah orang-orang macam tu. Weh cerita ah kau buat apa je cuti ni"

Inilah aku malas nak sembang ni. Aduhh Mira kalau kau nak tahu cuti sem ni aku kahwin doh. Aku kahwin dengan mamat yang aku tak pernah kenal pun tapi.. sekarang ni aku rindu dia. Tengok aku dah berani cakap aku rindu Haris. Haris kenapa tiba-tiba awak dingin dengan saya. Kenapa awak tak macam mula-mula kita kahwin dulu. Rindunya Haris Hakimi yang 2 bulan lepas. Rindunya kehidupan 2 bulan lepas.


Masih Aku CintaМесто, где живут истории. Откройте их для себя