Bab 42 - Selamat Tinggal

105K 1.5K 358
                                    

Tempat pertama Haris fikir hanya satu. Rumah milik keluarga Saffiya.

Cepat-cepat di hidupkan enjin keretanya dan terus menuju ke rumah keluarga mentuanya.

Tepat sangkaannya moto milik Saffiya ada di kawasan rumah ini.

Tapi apabila di teliti pagar rumah ini tertutup rapat. Keadaan rumah ini seperti tiada sesiapa tinggal. Mana Saffiya pergi ?

Haris menuju pula ke rumah jiran keluarga Saffiya. Ikut kan hati Haris, tak mahu dia berhubung dengan orang yang mengenali Danial tapi apakan daya ego perlu di rendahkan agar Saffiya di jumpainya.

"Eh kamu ni suami Saffiya kan ?" Tanya makcik yati apabila membalas salam Haris.

"Ye saya suami Saffiya. Saffiya ada balik rumah tak makcik ?" Terus Haris menyoal Makcik yati. Dia tidak mahu melegahkan masa lagi sebab dia tidak tahu bila lagi Saffiya tinggalkan rumah.

"Ada pagi tadi. Tu pun tak silap makcik masa pakcik kamu nak pergi surau solat subuh. Makcik tak ikut pun. Makcik tak sempat pula tegur dia. Kenapa ya nak ?" Ramah Makcik Yati bertanya Haris.

Ish kenapa makcik ada anak saudara kurang ajar. Betul lah kata orang iman tak boleh di warisi . Rintih hati Haris sinis.

Tapi masa subuh ? Pukul berapa lagi Saffiya keluar ? Dan asal aku tak sedar langsung ?

"Lepas tu makcik tahu tak bila dia keluar ? Dia keluar dengan siapa?"

"Yang tu makcik tak tahu. Tapi pakcik kamu ada cakap, ada teksi yang menunggu. Mungkin Saffiya keluar dengan teksi"

"Kalau macam tu takpe la Makcik. Nanti saya datang lagi. Mintak tolong tengokkan rumah ni makcik" akhirnya Haris meminta izin.

Haris kembali ke keretanya. Entah kemana lagi dia mahu cari. Haris pun tak tahu tempat kebiasaan Saffiya sebab Saffiya lebih habiskan masanya hanya di rumah. Egonya turut di turunkan dengan menalifon Fatin dan Mira tapi mereka juga tidak tahu ke mana Saffiya menghilang. Kata mereka hari terakhir jumpa pun masa final exam. Kiranya sudah lama mereka tidak berjumpa.

Mata Haris bergenam air mata. Di hala matanya ke atas agar air matanya tidak jatuh ke bawah tapi Haris kalah. Haris kalah dengan air matanya sendiri. Mindanya kosong. Hatinya takut kehilangan Saffiya. Perasaan ini terlampau berbeza masa Melina tinggalkan majlis kahwin mereka dulu.

Haris kembali mengambil surat yang di tinggalkan saffiya. Di buka dan di baca lagi surat di tinggalkan Saffiya.

Haris Hakimi..

Saffiya nak mintak maaf dengan Haris. Saffiya tahu saffiya mungkir janji. Mungkir janji tinggalkan Haris. Saffiya tak kuat Haris. Hati Saffiya terlampau sakit kena tuduh macam macam. Saffiya mintak maaf sebab susah nak maafkan Haris. Saffiya nak mintak izin dengan Haris, saffiya nak pergi dari sini. Saffiya nak cari ketenangan dulu. Saffiya nak cari ketenangan diri dulu.

Bie.. janji dengan saffiya. Saffiya nak Bie jangan lupa makan ubat kalau sakit. Tolong. Saffiya tak suka Bie sakit. Kalau kena belah ubat tu belah je, asal makan eh. Janji jangan lawan cakap papa dah. Cuba buat apa papa nak okey. Nak joging awal pagi pun jangan lama lama sangat. Nanti badan penat. Tapi paling penting janji dengan Saffiya, percaya dengan Saffiya ya.

Maafkan Saffiya tinggalkan cincin kahwin kita. Tapi saffiya tak layak nak sarung cincin ni lagi sebab saffiya tinggalkan Haris. Nanti kalau Saffiya balik, Haris sarungkan balik ya kalau kita ada jodoh lagi. Izinkan Saffiya juga bawa cincin nama Haris. Saffiya tak sanggup nak buka dekat leher ni. Nanti kalau kita tak ada jodoh, Saffiya bagi balik eh.

Ingat..Saffiya tetap dan masih sayangkan Haris.

Isteri Bie,
SAFFIYA.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now