Bab 52 - Perbuatan

84.8K 1.4K 243
                                    

Sudah 2 minggu aku tidak berjumpa dengan Haris. Bukan sahaja tidak bertemu malah panggilan dan mesej aku juga tidak di balasnya. Haris akan menalifonku apabila ingin bercakap dengan Hadiff sahaja. Bila aku mahu bercakap dengannya satu pun tidak di layan.

Sejak malam itu aku selalu menunggunya datang. Aku menyesal cakap macam tu dekat Haris. Aku tahu aku amat pentingkan diri sendiri. Sekarang bukan aku je merana, Hadiff pun sama. Dari semalam lagi Hadiff demam rindukan Haris. Bukan aku tak bagi tahu Haris tapi dia tak angkat pun call dari aku. Selalunya Haris yang akan call sendiri kalau dia nak bercakap dengan Hadiff.

"Mama hari ni papa tak call lagi ke ?" Soal Hadiff sayu. Kesian Hadiff, sebab aku yang sakitkan hati Haris dia pula tak boleh jumpa Haris.

"Tak sayang tapi mama dah mesej papa. Nanti dia call eh" balasku kepada Hadiff. Harap harap Hadiff faham.

"Kenapa papa tak datang ? Bukan selalunya hari minggu macam ni papa datang ke ?" Tanya Hadiff lagi. Aku terus mengangkat Hadiff dan letakkan di atas ribaanku. Di belai pipinya yang sedikit panas.

Kesian anak aku demam panas rindukan Papanya. Desisku.

"Papa sibuk kut sayang. Nanti papa datang juga. Papa mesti rindukan Hadiff juga kan." Pujukku lagi. "Hadiff deman sebab rindukan papa la kan ?" Soalku pula.

Hadiff tersenyum. "Oh kira mama pun rindukan papa juga la ?" Soal Hadiff. Aku kerutkan dahi dengan soalan Hadiff.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Tadi mama makan ubat. Mama pun tak sihat jugalah kan rindu papa?" Baru aku faham. Entahlah, aku pun dah dua minggu tak sihat. Badan macam lemah je mungkin terlampau banyak nangis. Fikirku.

"Badan mama macam lemah sikit sayang. Sihat je lagi. Mama mana boleh sakit. Nanti siapa nak jaga Hadiff pula"

"Hadiff sayang mama. Kesian mama kena jaga Hadiff"

Aku tersenyum. Pandai anak aku ni. Kenapalah mama asyik sakitkan hati papa je sayang ? Kesian papa kena layan peragai mama ni.

"Mama phone mama bunyi. Papa call kut" kata Hadiff teruja. Aku pun berharap begitu. Tak nak buat Hadiff sedih lagi.

Aku memandang phone aku.

Hensem.

Siapa lagikan hensem tu. Bersyukur aku akhirnya Haris call juga. Aku terus berikan phone ku kepada Hadiff. Biarlah Hadiff yang cakap, nanti kalau aku cakap Haris badmood pula dengar suara aku.

"Papa! Hadiff rindu papa. Mama pun rindu" kata Haris setelah menekan butang terima.

Ah Hadiff ni saja je buat aku blushing. Aku senyum memandang Hadiff. Biarlah aku terima semua balasan aku.

"Mama, papa kata nak datang teman Hadiff makan malam ni. Mama masak nasi ayam boleh" kata Hadiff setelah habis bersembang dengan Haris. Tengok nak cakap dengan aku pun Haris tak nak.

"Okey mama masak nasi ayam. Tapi makan ubat dulu eh. Nak sihat kan ?" Pujukku.

Hadiff angguk. "Baik mama tapi potong dulu eh" tersenyum senyum Hadiff meminta.

Ah anak dengan bapak sama je peragai. Jenis tak suka makan ubat. Ubat cecair tak boleh nak telan katanya. Alasan betul.

"Mama tahu. Kamu dengan papa kamu sama je peragai. Takut ubat" kataku dan terus bangun mengambil ubat. Biarlah takut nak makan, asal nak makan pun kira okey dah.











"Mama, papa dah sampai" jerit Hadiff ketika aku sibuk memasak di dapur. Kehendak Hadiff aku perlu turutkan. Lagipun dia suruh masak masakan kegemaran Haris juga. Aku senyum.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now