Bab 10 - Pensyarah Hot

141K 2K 29
                                    

Akhirnya hari yang aku tunggu tapi sangat malas untuk hadap ialah mulanya class untuk sem terakhir aku. Perhh cuti tak cukup ah.

"Sayang esok start class kan?" Mata Haris masih tepat ke arah tv.

Aku hanya mampu angguk. Ish berapa kali nak cakap. Hari tu bukan dia dah tanya ke

"Orang tanya jawab boleh?" Tanya Haris lagi.

Haa dah wujud balik dah peragai dia ni. Garang.

"Ye bieee.. esok class dah start"

"Amboi ikhlas tak jawab ni?"

"Tak" haa kan dah jujur aku jawab.

Terus pinggangku di tarik dan sekejap saja badanku berada di atas ribanya.

Pam!

Aduh menyesal pula aku jujur tadi.

"Tak ikhlas ye sayang?" Tanya Haris sambil memandang tepat ke arah mataku. Aduh Haris dah mula dah ni.

"Eh sayang gu..gurau jela bie. Ma..mana ada laa" tergagap gagap aku jawab soalan Haris tu.

Tangan Haris hanya menggosok pahaku yang terdedah itu.

Sekali lagi aku menyesal. Asal lah aku pergi pakai seluar pendek pula malam ni. Tapi aku memang tak suka tidur dengan seluar panjang. Rimas. Aku suka keadaan yang sejuk best je tidur. Lena je tau. Try buat.

"Emm bie nak apa?" Tanyaku apabila Haris hanya senyapkan diri tapi tangannya tidak berenti menggosok pahaku.

"Kalau bie cakap, sayang nak tunaikan ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

Aku angguk. Eceh bajet je kau Fiya. Dia mintak kau masak malam-malam ni macam mana ? Bukan kau tak kenal Haris ni suka makan lagi-lagi tengah malam. Malasnyaaa nak masak.

"Emmm bie nak sayang" bisik Haris betul-betul di telinga Fiya.

What? Okey aku sanggup masak. Aduhh gatal Haris dah datang dah.

Haris yang dari tadi merenung leher isteringa itu terus membenamkan hidung mancungnya ke leher isterinya yang terdedah dari tadi. Dari tadi dia menahan gelora jiwanya untuk mencium leher isterinya itu.

"Emmmmmmm" hanya itu balasan ku apabila mulut Haris menjelajah leherku itu.

Aduh kalau tinggal kesan macam mana ? Dahlah esok ada class. Kalau Mira dengan Fatin perasan? Oh god tak boleh ni.

Terus sahaja aku bangun dari ribaan Haris. Haris memandangku dengan pandangan kecewa.

"Kenapa?" Tanya Haris pelik. Mungkin terasa denga diriku.

"Em esok saya ada class-"

"So apa masalah? Baru pukul 10 kut?" Haris terus memintas percakapanku.

"Bukan tu tapi.." lagi sekali Haris memintas.

"So come.. bie rindulah" terus sahaja badanku ditarik menghampirinya lagi dan menyuruku duduk di atas ribanya.

"Tapi.." tidak sempat aku memberi alasan, lagi sekali aku jatuh di ribanya.

"Syuu.." hanya itu balasan Haris dan kembali memelukku dari belakang.

"Okey saya nak cakap ni" aku terus memengang bahu Haris dah wajahnya ku angkat dari terus dibenamkan ke leherku itu.

"Apa lagi?" Balasnya hampa. Lagi sekali aku menghalangnya. Matanya terus menikam tepat ke arah mataku.

Gerun terasa, aku terus menundukan wajahku dan hanya memandang lengannya yang masih melingkari pinggangku.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now