Bab 16 - Kotor

110K 1.5K 46
                                    

"Tak ada yang tertinggalkan Fiya" sedikit berbisik Mira bertanyakan soalan clise bila nak pergi jauh dari rumah.

"Sure takde" tapi Haris jela tertinggal.

Ceh Saffiyah ayat tak boleh bla. 3 hari je pun masuk hutan. Apa lah aktiviti kejap sangat aku join ni Saffiya weh tapi betul lah siapa nak duduk lama-lama dalam hutan ni walaupun tak masuk dalam hutan sangat. Yela aku dapat tahu yang kita orang masuk hutan tapi takde dalam sangat masih boleh dapat signal telefon. Macam lawak kan masuk hutan tapi still boleh google lagi.

"Semua peserta dah boleh masuk dalam bas sekarang" laung Saiful. Ketua kem kali ini.

Nampak tak garang sangat tapi mana tahu nanti bertukar jadi rimau dalam hutan jap lagi. Jadi ambil langkah jaga-jaga ikut je Saffiya arahan.

To: Hensem
Bieee sayang dh nk gerak. Wish you were here bie :'(

Em sempat lagi aku pun nak menggedik dekat Haris. Alaa laki sendiri takpe kan.

Tapi gedik lagi Haris. Tengok dia simpan nama dia dalam contact list phone aku. Heh ingat aku ke nak tulis HENSEM bagai tu. Macam gedik je tapi Haris dah warning jangan tukar. Katanya itu macam doa. Hahaha nak handsome sangat ke apa Haris ni.

Perjalan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih ni sungguh memenatkan bagi orang yang tak teruja dengan aktiviti luar macam ni. Semestinya salah seorangnya Saffiya.

Ahh bosannya aktiviti. Sama je dari sekolah sampai kolej. Tak boleh nak buat gempak lagi ke ? Tengok sekarang tak sampai 2 jam perjalan dan berenti. Dalam perjalanan pun aku dah bosan ni berenti pula kawasan Rehat dan Rawat ni.

"Saya mintak maaf semua. Kejap lagi kita akan berenti sekejap di kawasan Rehat. Kita pun bukan kejar masa sangat. Kita ada menantikan seseorang dulu ni. Jadi dalam masa tu korang semua bolehlah rehat tapi jangan jauh sangat dari kawasan bas. Okey" kata Saiful apabila bas sudah memasuki kawasan rehat ini.

Ah bas dah masuk jalan kawasan rehat baru nak bagitahu. Nak membantah tak boleh dahlah.

Emm Saffiya kerja kau nak membantah je ke?

"Ah bosannya duduk dalam bas ni-"

"Kalaulah ada bie"

"Haa kalau ada bie best jug.." eh jap Saffiya suara siapa pula ni. Bukan kau seorang je ke tak turun dari bas tadi. Oh aku baru nak pergi hutan ni weh tak kan ada jembalang dah ikut. Agak-agak lah aku tak sampai lagi tempat tu. Asal awal sangat nak ikut.

Terus aku pandang ke sisi untuk melihat suara tadi yang suka-suka tambah ayat aku tadi.

"Bie..eh em Sir" ah tergagap gagap aku nak membalas. Usya kiri kanan dulu nak panggil Sir Haris ni bie. Dengar dek orang mati aku.

"Takde orang sayang. Sayang je malas nak turun" kata Haris lagi bila ternampak aku siap berdiri mencari manusia lain dalam bas ni. Kalau makhluk lain ada pun tak apa, asal bukan manusia.

Ceh tadi penakut sangat kalau jembalang ikut.

"Bie.. buat apa dekat sini bie ?" Yela tiba-tiba muncul. Muncul time aku duk luah isi hati pula tuh. Tengok dari pakaian Haris macam santai je. Tapi still handsome.

"As your wish princess" balas Haris.

"Mengada. Betul-betul lah bie?" Oh kira Haris bacalah mesej aku tadi tapi..asal tak reply pun.

"Bie hantar barang Miss Farah tadi"

Jadi kita orang berenti kawasan ni sebab lecture tadi yang ikut serta dalam kem ni lah. Ha ni betul aku nak membantah. Mengada-mengada betul lah. Dah tahu nak masuk hutan tinggal barang. Lepas tu suruh laki aku pula ambik.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now