Bab 21 - Karnival

104K 1.3K 14
                                    

Sampai sahaja di kondo Haikal, Haris terus sahaja mengambil maggie cup milik Haikal.

"Woi p la masak sendiri. Penat do aku tunggu masak tadi" terus Haris disembur Haikal yang hanya berseluar pendek tanpa berbaju.

"Euu tau aku nak datang takyah nak goda aku lah sengal"

"Buat rugi je aku goda kau. Bini tak reti masak ke bai sampai rembat maggie aku?" Balas Haikal sambil mencari stok maggie di dapurnya lagi. Ada maggie jela dalam rumah bujang ni.

"Agak sikit. Mintak je nak makan apa, terus dapat okey. Sedap pula tu" tegas Haris. Pantang orang burukkan isterinya.

"Habis tu yang duk pelahap maggie aku asal? Tak kesian dekat aku ke?" Rintih Haikal. Dahlah aku asyik makan maggie je.

"Nampak sedap tadi. Aku tension sikit ni. Kau nii"

"Aduh tension apa lagi? Apa lagi masalah kau? Bapak kau paksa kerja dengan dia lagi ke?" Haikal tahu sangat perangai Haris yang suka sangat dengan kerjaya sebagai pensyarah tapi papanya perlu pewaris untuk bisnes yang dibinanya itu.

"Yang tu aku malas fikir. Kalau hati aku terbuka nak tolong papa aku nanti aku pergilah. Sekarang hati aku tenang dengan kerja ni lagi"

Habis tu mamat ini tension apa lagi? "Laa apa lagi masalah kau? Bini kau? Kau kata okey je kan?" Tanya Haikal sambil menghirup kuah maggienya.

"Melina..-"

"Puiiiiiiiiiii....weh" tersembur terus apabila nama itu di keluarkan oleh mulut Haris

"Kau kenapa sial? Eee gelilah aku dengan kau ni. Makan tersebur" marah Haris sambil bangun membasuh mukanya yang terkena kuah.. err maybe air liur euuu

"Asal dengan perempuan tu? Kau jangan cari masalah lagi weh. Cukuplah 5 tahun ni kau meroyan" Haikal tak mahu lagi bertemu dengan Haris yang dulu. Yang ego tu.

"Dia dah balik. Dia ada kat sini"

"Maksud kau rumah aku ke?"

"Eh benggong..aduhh sakitnya hati aku sembang dengan kau" sumpah Haris terasa nak lempang je Haikal. Fikir kawan je ni.

"Hahahahahahaha gurau jela gila. Perempuan tu nak apa?"

"Nak aku balik" satu nafas Haris menjawab. Sakit hatinya menahan pedih.

"Gila ah perempuan tu. 5 tahun lepas tak fikir bila dia suka suki pergi Amerika seminggu je lagi nak langsung akad nikah korang?" Kenyataan Haikal yang tak boleh diubah.

Ya 5 tahun lepas Melina membuat keputusan untuk pergi ke Amerika kerana mendapat tawaran modellin disana. Bukan Haris tidak tahu kegilaan Melina yang dari bangku sekolah ingin menjadi supermodel yang popular. Dengan kegilaannya itu juga dia sanggup tinggalkan majlis perkahwinan mereka yang berbaki seminggu lagi. Keluarganya menanggung malu yang teramat sangat. Jadi pada majlis itu hanya ditukar ke majlis kesyukuran sahaja.

"Sumpah aku tak tahu nak fikir apa sekarang" sambil merauk rambut, Haris membalas. Sungguh kusut hatinya sekarang.

"Tak payah duk fikirlah. Buat bodoh je dengan perempuan tu"

"Kau cakap senanglah. Hati aku yang menanggung. Kau tahukan aku dengan dia dari sekolah hingga uni"

"Ya aku tahu. Aku bukti cinta agung kau tu. Kau yang sanggup belajar dalam negara. Abang kakak kau dulu memang kena hantar belajar luar negara sebab peraturan papa kau tu. Tapi kau mudah-mudah bantah peraturan family kau hanya sebab nak..teman si Melina dekat sini" mengeluh Haikal mengingat semula cerita lama yang baru dibangkitnya tadi.

Haris hanya mampu meraup mukanya lagi sekali. Semua dikatakan Haikal tadi memang betul. Disebabkan kehendaknya semua diikut dari dulu lagi jadi dia terpaksa dan dipaksa berkahwin dengan Saffiya Aliya. Buka dia tidak bantah tapi hanya permintaan itu dia dapat meraih kembali kepercayaan keluarganya.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now