Bab 38 - Gedik

85.6K 1.4K 113
                                    

"Saffiya pergi mana?"

Satu suara mengejutkan aku yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Aish nasib baik takde sakit jatung kalau tak, dah go die dah aku ni.

"Bagi salam dulu boleh tak ? Terkejutlah"

"Awak yang masuk rumah, saya yang dalam rumah bagi salam. Asal terbalik pula"

Menjawab betullah laki aku ni. Nasib baik sayang.

"Okey, sorry encik suami tercinta" balasku saja menyindir.

"Oh mengaku ada suami. Lepas tu asal tak bagi tahu saya yang awak pergi mana?"

Seingat akulah, aku dah mesej dia tau. Aish cari gaduh ke apa ni ?

"Tak reti guna phone eh ? Ke tak reti buka mesej saya. Meh nak ajar"

Aku terus ambil iphone milik Haris dan membuka kekunci.

Terharu.

Wah Haris letak gambar aku tengah cium tangan dia masa akad nikah kami. Comelnya Haris.

"Awak rindu saya eh?"

Soal ku saja mengusik Haris. Rindulah nak tengok muka Haris merah-merah. Comel!

"Saya tak tahu nak letak wallpaper apa. Suka hati sayalah nak letak apa. Phone saya" balas Haris sambil menunduk saja tidak mahu memandangku.

Oh god i love him!

"Tapi tu gambar saya"

Haris hanya senyap. Dan aku terus membuka mesej yang aku hantar.

"Haa tengok saya dah bagi tahu saya nak pergi rumah ibu, ambil barang. Awak yang tak balas"

Kataku sambil menunjukkan mesej yang aku hantar kepadanya.

"Bukan pergi jumpa anak saudara jiran awak ke Saffiya ?"

Soal Haris sambil tersenyum sinis. Ceh ingat handsome la tu senyum macam tu.

"Tak habis habis Danial. Menyampahlah saya"

"Sweetnya awak sebut nama dia. I hate that"

"Bie.. dah laa tu. Saffiya dah takde apa-apa dengan dia. Tolongla percaya Saffiya"

Aku terus merayu. Takde guna tinggikan ego.

"Dahlah Saffiya. Awak memang gilakan dia balik kan ? Apa ada pada lelaki tu yang saya takde. Bagi tahu saya?"

Haris mula menarik bahuku menghadapnya. Riak wajahnya sedikit marah menahan geram.

"Mengarut apa pula ni. Haris, Saffiya takde apa-apa hubungan pun dengan Danial. Kami dah lama over. Awak faham tak"

"Boleh percaya ke?"

Aku angguk bangga. Mestilah boleh percaya. Ni Saffiya Aliya laa. Tak baik menipu.

Ee geramnya aku dengan bini aku ni. Aku tanya boleh pula main-main dengan aku. Bisik hati Haris.

"Kalau macam tu awak dengan Melina pula ?"

"Kenapa nak kaitkan Melina pula ni. Jangan main-main dengan saya boleh tak Saffiya"

Alaa aku tanya pasal Melina dia marah. Kalau dia tanya pasal Danial boleh pula. Banyak cantik.

"Awak ada jumpa dia lagi tak ?"Tanyaku kepada Haris semula.

"Mana ada saya jumpa dia. Takde motiflah nak jumpa dia. Sudahlah malas nak gaduh dengan awak"

Terus Haris melepaskan genggaman di bahuku. Alaaa rindu dengan sentuhan Haris..

"Haris lapar tak? Nak makan ?" Tanyaku sambil menarik Haris memandangku semula.

Masih Aku CintaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora