Bab 56 - Permintaan

89.8K 1.5K 215
                                    

Sudah sebulan aku dan Hadiff tinggal bersama Haris. Dan hampir nak masuk bulan kedua kandungan aku sekarang. Aku macam biasalah kacau je Haris tiap malam. Tapi iman dia kuat kut sampai tak pernah mintak yang lebih lebih dari aku tapi mungkin dia tak berani nak sentuh aku masa mengandung kut.

Pagi ni aku seperti biasa sediakan makan minum Haris dan Hadiff. Tapi tiap kali masuk dapur tiap kali tu lah Haris ingatkan aku supaya hati hati. Takut kandungan aku jadi apa apa.

Macam biasa anak dia di utamakan. Dah lali dah hati aku ni makan hati sorang sorang. Tapi Haris takde la sampai tak hiraukan aku langsung.

"Haris saya nak cakap sikit dengan awak ni" kataku semasa kami bertiga sarapan pagi bersama sama.

"Cakap jela" terus Haris menjawab.

Aku senyum dan mula pandang Hadiff. "Hadiff dah habis makan kan ? Hadiff pergi pakai kasut dulu. Lepas tu tunggu papa dalam kereta eh." Kataku pada Hadiff.

"Okey mama. Salam" terus Hadiff menghulurkan tangannya dan disambutku, lalu aku mencium kedua belah pipi Hadiff.

Aku hanya melihat Hadiff yang hilang dari pandangan. Cepat tinggilah Hadiff ni, ikut Haris kut. Muka pun nak hampir sama dengan Haris juga. Bisik hatiku. Mata tidak lepas memandang kelibat Hadiff yang dari tadi sudah hilang.

"Petang nanti baliklah Hadiff tu. Ni nak cakap apa sampai halau Hadiff bagai" suara Haris terus melenyapkan bayangan Hadiff dalam kepalaku. Aish Hadiff baru nak keluar rumah. Dah rindu.

"Saya nak buat permintaan sikit. Tak besar sangat pun" kataku pada Haris.

Haris angguk. Aku pun mula susun ayat yang aku dah bina dari minggu lepas lagi. Benda ni aku memang dah fikir lama dah.

"Saya nak mintak awak balik tiap tengah hari boleh?" Kataku pada Haris. Nasib baik lancar.

"Kenapa?" Soal Haris pelik sambil memandang tepat ke arah mataku.

"Nak suruh awak makan tengah hari dengan saya"

Haris memandangku berserta kerutan di dahinya. "Saya tak faham" balas Haris.

Aku tarik nafas. Hembus. "Macam ni saya nak sebelum kita pisah ni, saya nak spent time yang ada dengan awak" kataku senafas.

Lega.

"Nanti awak tak penat ke nak masak tiap hari untuk saya ?"

Aku gelengkan kepala. Ini kan permintaan aku. Mestilah aku dah fikiran risiko kena tanggung. "Memanglah awak dah bagi saya guna swift awak untuk ambil Hadiff. Tapi kalau awak ada masa awak ambil Hadiff, boleh tak awak jemput dia dan lepas tu kita makan tengah hari sama sama. Tu je permintaan saya."

"Oh kira awak nak tiap hari kita lunch sama samalah ni ?" Ulang Haris.

Aku angguk tanda mengiyakan soalannya. "Tapi kalau awak ada kerja ke apa, takpe. Ni kes kalau awak tak makan tengah hari dengan siapa siapa." Terangku lagi.

"Tapi awak kena masak. Larat ke awak nak masak tiap hari ? Makan malam pun awak masak juga. Kalau awak penat ?"

"Takpe saya okey. Saya masak perlahan-lahan. Saya ingat, saya kena jaga kesihatan. Yang tu jangan risau."

"Tapi saya risau. Kalau awak penat macam mana ? Doktor dah cakap awak jangan buat kerja berat"

"Masak jela. Tak berat pun. Jadi awak setuju eh balik tiap tengah hari makan dengan saya dan Hadiff" Tanyaku teruja.

Harap sangat Haris sudi. Aku nak Haris luangkan masa dengan aku sebelum kami sah bercerai nanti.

"Okey. Tapi kalau penat cakap dekat saya" aku tersenyum.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now