Bab 5 - Lipas Terbang

155K 2.4K 57
                                    

Rindu bie.

Bisik hati Saffiya. Hatinya hanya mampu membisik kata-kata tu saja kerana Haris sekarang semakin jauh darinya. Haris dah tak macam 2 bulan lepas. Suka senyum. Suka buat lawak. Suka mengusik. Bie...sayang rindu-

"Weh fiya! Kau fikir apa?" Sedikit meninggi suara Mira bila Saffiya tidak melayannya.

"Slow lah sikit Mira. Malulah orang pandang" apalah Mira ni malu aku.

"Malu? Aku lagi malu tau. Kau tengok aku siap dah beli makanan dekat kau. Kau masih tak layan aku lagi ni"balas Mira.

Betullah mira cakap. Dia siap beli lunch untuk aku lagi. Maksudnya aku berangankan Haris dari Mira beratur sampai pekerja serve makanan dan akhirnya dia bawak dekat aku. Boleh tahan lama juga aku berangankan Haris.

"Apa lagi kau fikir tu fiya? Kau ada masalah ke?" Tanya Mira lagi.

"Eh tak tak. Aku okey je" terus aku membalas. Tak mahu Mira fikir lain pasal aku pula.

"Weh jom teman aku. Petang ni Fatin nak masukkan barang dia pulak. Aku dah masukkan pagi tadi" ajak Mira.

"Ajak teman ke ajak kemas barang?"

"Hahaha kau ni berkira dengan member. Dahlah sem kali ni tak tidur dengan kau" kebiasaannya mereka berdua akan tinggal dalam bilik asrama yang sama tapi sem terakhir ini aku kena tinggal dengan Haris. Jadi Mira cari Fatin lah nak tinggal sekali. Fatin kawannya juga. Mereka bertiga dari sem pertama lagi berkawan.

"Erm boleh juga. Rindu juga aku nak tinggal dengan korang berdua"

"Habis tu asal kali ni tak tinggal asrama. Sedih aku dengar" sedih Mira membalas.

Aku isteri orang Mira. Aduh susah betul nak sorokkan benda ni.

"Ibu. Ibu nak aku tinggal dengan dia. Weh nak pergi sana pukul berapa?" Cepat aku mengubah topik.

"Lepas kita habis makan kita terus jela. Aku ada kunci" Mira membalas.

Fatin datang awal ke asrama apabila Mira memberi tahu aku turut mengikut mereka mengemas bilik asrama. Sampai di bilik asrama kami bertiga terus mengemas apa yang patut.

"Ahhhhhhhhh" suara fatin membuatkan aku dan Mira berenti mengemas barang.

"Asal Fat? Ada apa dalam almari tu?" Terus Mira bertanya apabila Fatin terkinjal kinjal di hadapan almari tadi.

"Lipas do. Aku geli la sial" terus Fatin manjawab.

Laa ingat apa  si Fatin ni jerit. Ceh Fiya bajet kau berani. Eh aku berani apa cuma kalau dah lipas tu terbang aku fuck sikit. Euuu geli weh.

"Lipas tu terbang dak Fat?" Tanyaku ingin kepastian.

"Ish kau ni duk tanya soalan celaka macam tu asal do? Aku tak ambek tahu asal benda tu lipas aku geli la" haa kan dah keluar habis makian si fatin ni. Mulut Fatin jenis takde insuran sikit tau. Tabahlah dengar.

"Kalau terbang celaka la sikit. Aku benci" serius aku paling tak gemar kalau lipas tu terbang.

Tapi kalau fikirkan balik lipas terbang? Sebab lipas terbang ni lah aku dengan Haris start tinggal sebilik. Tak adalah celaka sangat lipas terbang dalam hidup aku sebab ada kenangan manisnya juga. Oh god aku memang sayang terlebih dekat Haris ni.

--

Setelah selesai mandi aku macam biasalah berkembang dalam bilik. Serius aku suka sangat berkembang. Bebas. Itu aku rasa.

Aku terus menuju ke pintu almari dan mencari pakaian tidurku. Tiba-tiba terasa tangan aku ada benda yang merayap. Ish apa ni? Bisik hati aku.

Aku terus tarik tangan aku dari laci dan tak dijangkanya tersengeh seekor lipas. Aku dah start panic tapi bolehlah tahan lagi tapi tiba-tiba..

"Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"

Terus keluar suaraku. Bapak ah lipas ni terbang. Dia macam sesat do. Terbang pergi ke dinding lepas tu ke tingkap yang tertutup dan terus mendarat di tepi katil tidurku. Aku terus kaku. Aku hanya terfikir macam mana nak selamatkan diri aku eh. Okey pintu bilik jauh ni agak-agak kalau lari lepas dak ? Kalau masa aku lari tu lipas tu terbang balik macam mana ? Aishh macam mana ni? Tiba-tiba pintu bilikku terbuka.

Haris.

Aku tak fikir panjang terus aku menuju kearah Haris. Awak memang hero sayalah bie.

"Bie tolong. Saya takutlaaaaa" haa meleret aku cakap. Aku takut sangat ni.

"Takut apa? Ada pencuri ke? Ke perogol bersiri dekat rumah kita ni ?" Kepala Haris cuba mencari apa yang mencurigakan dalam bilik isterinya ini. Tapi satu benda pun tak ada yang menakutkan. Asal isteri aku ni?

"Ish yang teruk sangat kes ni apa? Rumah kita dah kunci kan?" Apalah si Haris ni merepek.

"Habis tu-"

"Tu ahhhh lipas terbang. Geli laaaaa" aku terus memintas katanya.

"Sayang are you serius? Oh god lipas tu buat awak menjerit sampai gegar rumah kita ni. Agak-agaklah. Malaslah bie layan awak-"

Belum sempat Haris keluar dari pintu, tangannya ditarik dan badannya dipelukku.

"Biee.. apa ni sayang takutlah. Bie ni jahatlah" terus aku mengadu. Orang takut boleh pula dia ingat aku buat kelakar. Ingat lawak?

"Okey bie jahat. Lepaskan bie" terus tangan aku dilepaskan. Okey dia betul-betul taknak layan aku.

"I hate you bie. Jahat. Sama macam lipas terbang yang suka merayap tu" terus aku lepaskan tangannya. Ah malas aku nak mintak simpati dia. Aku terus menarik tuala- eh jap tuala? Mampus..aku tak pakai baju lagi ke ? Aduh malunya aku. Aku terus tarik tualaku ke atas tapi tidak di jangka tualaku naik mendadak sehingga menampakkan punggung aku. Eh agak-agak dia nampak tak ? Tapi nasib baik aku membelakangkan dia kalau depan...eee malulah aku.

Tidak sampai selangkah aku berjalan tiba-tiba ada tangan melingkari pinggangku.

"Syuuu... sayang jangan gerak. Lipas tu macam nak terbang balik" bisik Haris betul di tepi telingaku. Terus aku kaku tak bergerak. Aduh lipas ni kenapa do. Duduk diam tak boleh ke?

"Lipas tu pergi mana bie?" Tanya aku balik.

"Bie pun tak tahu. Kejap bie tengok tapi still jangan gerak tau sayang" balas Haris. Pelukan di pinggang aku terus diketatkan. Haris kenapa pula ni?

"Bie asal makin peluk ketat-ketat ni" tanyaku. Dah ketat sangat dia peluk.

"Syuu.. bie tengah halang lipas tu nampak sayang lah" okey alasan Haris macam tak boleh diterima pulak. Belum sempat aku memaling mukaku ke arahnya dia terus bersuara.

"Sayang..i miss your neck. Can i..-" belum sempat ayatnya habis terus aku terasa mukanya membenan di leherku yang terdedah. Aku menyanggul rambutku tadi kerana aku hanya mahu basahkan badan sahaja. Malam ni terasa panas sikit sebab tu aku mandi lagi malam-malam ni. "bie rindu dengan bau sayang. Oh god you smell still want me kiss you again and again sayang" sambungnya lagi.

Kaku. Keadaanku hanya begitu sahaja. Aku tak tahu nak act macam mana sebenarnya. Aku sebenar benarnya suka dia buat macam ni. Sentuhan dia lebut je buat aku terbuai buai. Aku selalu menunggu sentuhannya. Biasakah dia buat begini dengan perempuan lain?

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now