BAB 5: Third Meet

37.8K 1.8K 100
                                    

PAGI ini merupakan pagi yang indah buat Aira. Awal-awal pagi lagi selepas dia menunaikan solat subuh, dia terus bersiap-siap dan menyediakan sarapan untuk dirinya dan kawan-kawannya. Senyuman tak lekang terukir dibibirnya membuatkan wajahnya nampak berseri-seri pagi ini. Syaqila dan Arina yang sudah bersiap untuk pergi ke kerja turun untuk bersarapan berasa pelik dengan sikap Aira.

"Kenapa dengan Ira tu? Pelik semacam je aku tengok," tanya Syaqila.

"Haah, betul jugak cakap kau tu. Memang pelik betul si Ira pagi ni sebab dia kan tak pernah nak sediakan sarapan untuk kita. Kau tengok tu siap tersengih-sengih lagi," sokong Arina.

"Tu la pasal bila sampai turn dia macam-macam alasan yang dia bagi tapi rajin pulak dia pagi ni. Dia tertelan apa ye semalam?"

"Good morning my beloved friends," sapa Aira dengan ceria.

"Morning," jawab Syaqila dan Arina serentak.

"Jom kita breakfast sama-sama. Aku ada buat breakfast special untuk korang," ajak Aira.

"Nasi goreng ke?" tanya Arina dan Syaqila dengan teruja sebab kawannya itu hanya pandai masak nasi goreng je.

"Korang tengok la dulu," dalih Aira.

Syaqila dan Arina tak sabar nak makan menu istimewa yang disediakan oleh Aira untuk pagi ini. Apabila sampai di meja makan, mood keterujaan mereka jatuh menjunam hingga paras sifar. Menu yang terhidang itu menyeleweng terus daripada apa yang difikirkan oleh mereka berdua.

"Tada!" ujar Aira dengan ceria walaupun dia tahu yang kawan-kawannya itu sudah tiada mood.

"Ini je kau masak?" tanya Syaqila sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Haah, kenapa?" tanya Aira dengan selamba.

"Aku ingatkan kau masak nasi goreng rupa-rupanya cuma roti telur with scrambled egg," jawab Arina malas yang sudah duduk di atas kerusi.

"Korang patut bersyukur aku masak. Ini pun lebih baik daripada sarapan yang selalu kau buat. Asyik-asyik roti sapu jem atau jem disapu roti. Ikutkan hati aku ni nak je aku bagi korang makan biskut kering untuk breakfast hari ni. Tak payah nak banyak songeh makan je apa yang aku dah sediakan."

Syaqila dan Arina akur dengan menu yang dimasak oleh Aira untuk mereka pada pagi ini. Ini kira tahap kerajinan Aira yang dah maksimum ni. Kadang-kadang bila sampai giliran Aira memasak mereka berdua akan memujuk rayu kawannya untuk memasak makanan yang mereka ingin makan. Mereka tahu walau sedegil mana orang yang bernama Nur Aira binti Ahmad tetap kalah dengan pujuk rayu. Ini kerana kawannya itu mempunyai hati yang lembut.

"Kenapa kau rajin sangat hari ni?" tanya Syaqila ingin tahu.

"Hari ni buah hati pengarang jantung aku dah sembuh. Dia dah boleh balik. Hari ni aku nak pergi ambik dia. Tak sabarnya aku nak jumpa dia. Aku rindu sangat kat dia." Ceria Aira memberitahu kawan-kawannya.

"Over betul kau ni," ujar Arina.

"Hanya sebab itu kau sanggup mencemar duli masuk dapur," kata Syaqila yang agak terkejut.

Aira senyum dan mengangguk ceria.

"Itu sebabnya... Aku ingatkan kau dah sembuh dari penyakit alahan dapur kau tu," kutuk Arina.

"Amboi, Rina sodap mulut kau duk mengata den! Kau pon sama jugok dongan den ni hah. Ketigo-tigo samo-samo tok pandainok masak." Aira bercakap dalam loghat Negeri Sembilan yang tak berapa nak menjadi.

"Sejak bila mek Klate ni jadi orang Negori ni?" tanya Syaqila. Mereka bertiga ketawa serentak dengan loghat Negeri Sembila Aira yang tak menjadi itu.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now