BAB 22: He Save Her Life

32.6K 1.6K 70
                                    

AIRA khusyuk menatap laptop yang berada di hadapan mata. Akhir-akhir ni dia sangat sibuk dengan kerja yang bertimbun-timbun sehinggakan terpaksa membawa balik kerjanya ke rumah. Kadang-kala dia balik lambat ke rumah.

Sebentar lagi dia akan melawat tapak projek mega sebelum memulakn kerja-kerja pembinaan. Sebelum ni, Jay sudah melawat jadi giliran dia pula perlu memastikan dulu tapak tersebut sesuai atau tidak dengan konsep projek mega tersebut.

“Ira, bos kau nak jumpa,” bagitahu Elisya melalui intercom.

“Okey, kejap lagi aku pergi,” balas Aira tetapi matanya tetap tertancap pada skrin laptop.

Aira menekup mulutnya tetapi gelak tawanya tetap kedengaran. Barulah manis anak dara ketawa. Sakit perutnya ketawa apabila menerima berita siaran langsung yang tak pernah dia terfikir nak dengar selama dia berkerja di sini. Ini boleh jadi berita utama.

Wajah kacak Rafiq sudah berkerut apabila mendengar gelak tawa Aira yang tak berhenti. Lawak sangat ke berita yang baru saja disampaikan olehnya. Kenapa berbeza sangat reaksi Haiqal dan Aira apabila menerima berita darinya?

Sebelum dia memberitahu Aira, terlebih dahulu dia sudah memberitahu Haiqal. Dia sudah agak Haiqal akan menerima beritanya dengan senang hati malah menyokongnya tetapi Aira pula lain reaksi yang dia dapat.

Aira menarik nafas untuk menenangkan diri apabila melihat wajah Rafiq yang sudah berdekut seribu satu itu. Kalau tak berhenti merajuk pula abang angkat kesayangannya.

“Saya ingat lagi yang awak caka nak jadi pencinta wanita yang setia untuk selama-lamanya.”

“Itu dulu masa saya kurang berfikir sikit. Sekarang ni dah banyak berfikir. No more enjoy and no more fun. I want to change,” tekad Rafiq.
“Suddenly?” tanya Aira.

Bukan dia nak memperlekehkan niat Rafiq untuk berubah. Dia gembira dengan berita yang baru sahaja yang dia dengar tetapi dia mahu dengar sebab lelaki itu hendak berubah. Dia harap Rafiq berubah bukan sebab perempuan.

“I don’t kow why but one thing I know is I want to make mama and papa happy with new Rafiq. Mungkin dah tiba masanya saya berubah dan tinggalkan semuanya yang berkaitan dengan enjoy, perempuan and be matured.”

“I’m glad to hear that.”

Setahu Aira, Rafiq bukan seorang lelaki yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam kerana dia didik dengan penuh ilmu agama di dada. Mesti orang tak percaya ada jenis playboy macam ni tapi itulah kebenarannya.

Kalau Rafiq seperti playboy kat luar sana, sudah dia akan mengapa-apakan Aira tetapi tidak malah Aira dijaga seperti adik kandungnya sendiri. Mungkin sebab itulah Aira hormatkan Rafiq sebagai abang walaupun hanya sebagai abang angkat tetapi sudah seperti abang kandung sendiri.

“Saya nak resign jadi playboy. Lagipun sakit kepala nak melayan perempuan-perempuan gedik yang nak kikis duit je,” luah Rafiq.

Tahu takpe! Aku ni dah lama membebel bagi nasihat tapi buat dek je. Baru sekarang nak dengar.

“At last my pray are fulfil to see my bro change. Alhamdulillah.  Keep it up, okay?  I always support you.”
Rafiq senyum.

“Alamak! Saya dah lewat nak pergi lawat tapak projek.”

“Pergi dengan siapa?”

“Sorang, ajak Elisya tak nak takut terbakar kulit dia. Kenapa?”

“Haiqal ada jugak?”

“Ada kot since dia pun melabur dalam projek ni kan?”

Rafiq mengangguk. Dia berasa lega apabila mendengar kata-akat Aira. Dia boleh harapkan Haiqal untuk jaga Aira bagi pihaknya. Tengku Izz Ilham juga akan berada di sana kerana projek ni usaha sama Silver Holding dengan Quarters Holding.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now