BAB 21: Fake Confession

30.8K 1.7K 112
                                    

MEREKA berbual sambil duduk di meja yang dikhaskan kepada mereka. Masing-masing bertukar cerita. Aira sekali sekala menyampuk jika memerlukan pendapatnya selebihnya dia hanya menjadi pendengar dan melayan kerenah comel Lily yang tak mahu berenggan dengannya. Kenapa Aira tak banyak bercakap? Sebab dia duduk disebelah Haiqal dan dia masih malu dengan kejadian tadi jadi memilih untuk diam.

“Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir malam ni,” ucap Tan Sri Tengku Kamil selaku tuan punya majlis.

Lebih dari itu Aira sudah tidak mendengar ucapan Tan sri Tengku Kamil. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bab orang berucap dia paling tak suka mudah sangat matanya tertutup. Sejak masa dia sekolah lagi, apabila hari perhimpunan memang wajib dia akan tidur kerana bosan dengan ucapan pengetua. Apabila ada motivasi pun begitu juga. Kalau bagi motivasi yang tak ada lawak, memang dia boleh ‘setuju’ saja penceramah cakap. Jalan mudah nak hilangkan kantuknya dia melayan keletah Lily lagi best.

Ucapan Tan Sri Tengku Kamil akhirnya tamat dan majlis ditersukan lagi dengan acara yang telah diatur. Aira tidak kisah semua itu yang penting acara makan yang dia kisah kerana perutnya sudah berbunyi. Semua jenis makanan dia cuba kerana dia suka makan jadi dia makan apa yang dihidang. Makanan free rugi kalau tak makan.

“Awak, tolong ambilkan dessert tu boleh?” pinta Aira dengan nada yang paling lembut yang belum dia pernah guna. Rasa malu tu kita tolak tepi makanan lebih utama.

“Ambil sendiri.” Dua patah perkataan yang keluar dari Haiqal sudah mampu menyakitkan hati Aira.
Aku cakap baik-baik macam ni dia buat kat aku.

“Tolonglah ambilkan. Dessert tu dekat je dengan awak. Lily ni nak makan. Lily tengok uncle ni tak nak bagi chocolate dessert untuk Lily. Lily marah uncle ni.” Lily yang tak tahu apa-apa memandang Haiqal.

“Lily yang nak ke? Kau yang nak?”

“Dua-dua nak.”

Haiqal bangun apabila melihat wajah innocent Lily yang asyik memandangnya. Haiqal kembali dan meletakkannya di hadapan Aira. Dia kembali duduk ditempatnya disebelah gadis itu.

“Thanks,” ucap Aira bersama senyuman yang manis dihadiahkan kepada Haiqal.

Gulp! Kenapa budak ni senyum macam tu kat aku? Selalunya wajah yang mencuka yang dia selalu tengok tapi hari tak. Tapi cantik jugak dia senyum macam tu. Ish, apa aku merepek ni.

“Look Lily its so delicious. Say thank you to Uncle Haiqal.” Lily senyum kepada Haiqal sebagai tanda ucapan terima kasih yang mengerti kata-kata Aira. Aira menyuapkan Lily chocolate dessert dan juga untuknya.

Gelagat Aira, Lily dan Haiqal menjadi perhatian orang yang berada di meja itu. Macam keluarga bahagia! Kan best tengok dorang happy together daripada tengok argue together, bisik Rafiq dalam hati. Sejuk hatinya melihat kemesraan mereka. Puh! Mintak-mintak mereka ni ada jodoh.

Aira menyerahkan Lily kepada ibunya kerana hendak pergi ke tandas. Apabila keluar dari tandas, ada seseorang yang sedang berdiri membelakanginya. Aira terus berjalan tanpa menoleh apabila melintasi lelaki itu.

“Aira!”

Tangan Aira dipaut kemas. Matanya mencerun jatuh pada tangan sasa yang memaut tangannya.  Dia ingat aku ni Barbie doll ke?

“Tengku, hand off!” tutur Aira dengan tegas.

Tengku Izz Ilham melepaskan pegangannya. Dia tahu kelakuannya membawa kemarahan gadis itu.

“Awak masih tak dapat nak maafkan saya?”

“Saya dah cakap yang saya dah maafkan, Tengku,” kata Aira tanpa riak.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now