BAB 29: Sizzling

26K 1.5K 18
                                    

HAIQAL mendengus kegeraman apabila panggilannya tidak diangkat. Mukanya sudah kemerahan apabila terkena pancaran matahari ditambah lagi hatinya sedang membara saat ini. Kalau dia tahu jadi macam ni lebih baik dia tak payah datang ke sini. Kalau dia jumpa Aira, hidung dan telinga gadis itu dia gigit sampai putus. Tak boleh, dia tu bukan mahram kau nak gigit sesuka hati. Takpe, tahulah aku nak sekolahkan dia.

Kalau orang perempuan, dia suka pergi tempat macam mana? Mummy dan Fie pantang tengok shopping complex. Bingo! Kakinya melangkah masuk ke dalam KB Mall. Then what? Kalau mummy dan Fie bila dah masuk mall ni tandas yang mereka tuju dulu. Okey, ikut arah tandas yang tertera. Sampai di tandas dia hanya tercegat di luar, menunggu gadis yang dicari. Kalau takde terpaksalah aku cari dorang. Nasib, nasib...

"Kau nak pergi mana?" tegur Haiqal apabila ternampak Aira dan kawan-kawannya yang baru keluar dari tandas. Firasatnya memang tepat.

"Tak boleh bagi salam ke?" balas Aira yang geram kerana terkejut dengan kehadiran Haiqal.

"Kenapa kau tinggalkan aku?"

Aira garu kepala. Takut melihat wajah Haiqal yang sedang marah itu. Sudah lama dia tak tengok wajah Haiqal yang macam harimau jadian bila marah.

"Err..."

Arifah dan Rania berpandangan antara satu sama lain kerana keliru dengan situasi tersebut. Lelaki kacak yang mereka jumpa di dalam bas tadi kenal Aira. Ini bermakna Aira pun kenal lelaki itu. Mereka saling mengenali antara satu sama lain. Patutlah muka Aira masam mencuka kerana mereka asyik memuji lelaki tersebut.

"Saya tak perasan pulak yang awak tak turun sekali dengan saya tadi. Lagipun awak tu khusyuk sangat tenung tablet awak." Aira sengih.

Tadi dia leka membaca laporan tentang masalah kapal yang berlabuh di Kuala Terengganu tempoh hari yang diemelkan oleh pekerjanya. Apabila berpaling ke belakang, Aira sudah tiada. Dia terus turun di depan stesen minyak Petronas. Nasib baik tak pergi jauh. Kalau tak mesti dah masuk dua kali dia sesat.

"Nah, kau pegang." Haiqal menyerahkan tabletnya kepada Aira.

"Nak bagi kat saya ke?"

"Aku suruh kau pegang bukan bagi free kat kau. Lagipun aku tak tahu nak letak kat celah mana."

Baru Aira perasan yang Haiqal hanya datang sehelai sepinggan di sini. Kesian pulak aku dengan dia ni.

"Apa hubungan kau dengan lelaki tu, hah?" tanya Arifah.

"Kita pergi makan dulu nak? Aku laparlah. Apa kata kita makan kat food court?" Lain yang ditanya, lain yang dijawabnya.

"Food court? Seoul Garden la. Dah lama aku teringin nak jadi ala-ala Korea sikit," cadang Rania.

"Sedar sikit kau tu Melayu. Dah kita makan kat food court. Aku teringin nak makan sizzling ni. Lagipun aku tak breakfast lagi. Nanti tengah hari kita makan kat Seoul Garden."

"Yelah." Arifah dan Rania menurut kehendak Aira.

"Aira."

"What?"

"Temankan aku beli baju jap."

"Tapi saya lapar nak makan. Awak pergi beli soranglah itu pun nak berteman."

"Kau lupa ke? Nak aku buat wayang kat sini macam mana aku se..."

"Okey, okey, dah jom. Korang pergi dulu kejap lagi aku datang," celah Aira.

Arifah dan Rania mengikut sahaja. Tapi hubungan Aira dan lelaki tadi menimbulkan pelbagai persoalan dalam fikiran mereka. Nak kata bercinta, tak nampak macam orang bercinta. Nak kata tak macam bercinta, boleh jadi mereka ni bercinta dalam diam. Mungkin?

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now