BAB 18: 'Ceramah' Datin Noriah

27.9K 1.6K 31
                                    

SENYUMAN manis Aira terukir. Dia menyalami tangan wanita yang sangat dia hormati. Pipinya dicium oleh wanita itu dan tubuhnya dipeluk untuk melepaskan rindu padanya. Rafiq yang menjadi pemerhati adegan tersebut tersenyum melihat keakraban mereka.

“Sudahlah tu buat drama sinetron. Tak nak duduk ke? Kita ni dah lenguh kaki berdiri. Kita datang sini nak makan.”

Mereka ketawa kecil apabila mendengar omelan Rafiq. Aira duduk bersebelahan dengan wanita itu manakala Rafiq duduk berhadapan wanita itu.

“Ira, apa khabar? Sihat?” tanya Datin Noriah. Rindu sungguh dia dengan gadis itu. Dia sayangkan Aira macam anak sendiri kerana dia tidak mempunyai anak perempuan. Dia kenal Aira semasa Aira berumur 19 tahun berkerja sebagai PA part time kepada anaknya Rafiq. Kerap jugalah mereka berjunpa kadang-kadang dia selalu mengajak Aira menemani pergi menghadiri persatuan, shopping dan spa.

Dia tertarik dengan Aira kerana peribadi gadis itu sendiri membuatkan dia jatuh sayang pada Aira. Pernah juga dia melamar Aira untuk jadi menantunya tetapi ditolak baik oleh Aira. Dia terkilan tetapi dia tak salahkan Aira sebab dia tahu Aira menolak disebabkan perangai anaknya itu. Playboy semestinya.

“Sihat malah makin cun, Datin.”

“Aduh!” Aira menggosok lengannya kerana dia dicubit oleh Datin Noriah. Dia bukan dicubit atas kata-katanya yang perasan  tetapi atas panggilan ‘datin’ yang dia panggil.

Rafiq ketawa apabila mendengar Aira mengaduh. Cubitan berbisa Datin Noriah sakit menusuk sampai ke tulang hitam. Dia boleh merasai kerana dia selalu kena cubit dengan mamanya yang tersayang.

“Dah beratus-ratus kali mama cakap panggil mama je.”

“Patik menurut perintah. Kalau kat depan orang ramai, Ira panggil Datin ye?”

“Tak boleh semua orang dah kenal Ira ni anak mama. Walaupun anak angkat mama dah sayang Ira macam anak mama sendiri.”

Sekali lagi Aira menerima cubitan kaasih sayang Datin Noriah. Datin Noriah dan Puan Salwa ni memang sesuai jadi geng. Selalu nak cubit aku. Dia tak tahu kenapa Dato’ Razlan dan Datin Noriah mengambilnya sebagai anak angkat. Mungkin aku terlalu cun kut. Hehehe. Apabila Dato’ Razlan dan Datin Noriah paksa dia panggil mama dan papa jadi automatik dia kena panggil Rafiq ‘abang’. Dia jarang panggil Rafiq abang tetapi bila perkara yang penting saja dia panggil Rafiq abang. Sikap Rafiq yang ada ciri-ciri seorang abang mithali membuatkan Aira rasa betul-betul mempunyai seorang abang sementelah dia anak sulung daripada dua orang adik-beradik.

“Mama sihat? Ira tengok makin cun mama ni.”

Datin Noriah memang cantik dan bergaya. Biasalah isteri kepada orang korporat kenalah jaga penampilan. Dato’ Razlan usah ditanya kerana dia selalu jumpa di pejabat.

“Yang cun tulah yang sihatnya.” Aira ketawa. Datin Noriah memang sporting orangnya.

“Mana Haiqal, Fiq?” tanya Datin Noriah.

“Ha, tu dia dah sampai. Panjang umur kau, Qal.”

Haiqal senyum. “Apa khabar, aunty?” tegur Haiqal.

Gila sopan budi bahasa budaya kita lanun ni. Tapi kalau dengan aku perangai mengalahkan Pirates of Carribean.

Haiqal duduk di sebelah Rafiq iaitu bertengan dengan Aira. Haiqal merenung Aira. Apa tenung-tenung? Aku korek jugak mata kau karang. Mata kau tu bertukar tuan. Aku dah lama berkenan dengan mata biru kau tu. Mata kau je bukan kau.

Selesai sahaja mereka memesan makanan mereka berbual kosong sambil menunggu makanan siap dihidangkan.

“Minggu depan anak kawan mama nak kahwin.” Datin Noriah membuka mulut. Muka Rafiq dan Haiqal sudah cuak apabila mendengar perkataan ‘kahwin’ yang sengaja ditekan oleh Datin Noriah.

“Kamu berdua ni bila pulak nak kahwin?” Sudah tentu soalan ditujukan kepada Rafiq dan Haiqal.
Aira menyimpan senyuman apabila melihat muka Rafiq dan Haiqal yang cuak itu. Dengan umur dua orang jejaka yang sudah menjangkau 30 yang masih bujang sudah tentu soalan popular yang ditanya ialah ‘bila nak kahwin?’.

“Kitorang busy banyak kerja.” Rafiq beralasan.

“Kerja sampai ke tua pun tak habis. Sudah-sudahlah pegang jawatan playboy tu.  Resign jelah jadi playboy bagi kat orang lain pulak. Fikir pasal kahwin pulak. Umur dah 30 tahun sepatutnya dah kahwin beranak-pinak dah kamu berdua ni,” bebel Datin Noriah.

“Papa dan mama teringin nak pegang cucu, Fiq. Mummy dan daddy Qal pun sama kan? Bila kami boleh merasa nak timang cucu.”

Rafiq dan Haiqal haya mendengar tanpa menyampuk walau hanya sepatah. Mereka hanya mendengar tetapi masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Aira pula duk menahan ketawa apabila mendengar bebelan Datin Noriah khas untuk dua orang jejaka yang digilai ramai gadis.

“Ira pun sama. Bila nak kahwin? Nak tunggu jadi anak dara tua baru nak kahwin? Mak dan abah Ira pun teringin nak timang cucu sulung mereka.”

Senyuman Aira mati. Apahal aku yang kena pulak. Rapat benar mak dengan mama ni. Tengok tu dua makhluk dah senyum jahat kat aku.
Keluarganya dan keluarga Aira memang rapat sejak Aira menjadi anak angkat kepada Dato’ Razlan dan Datin Noriah. Adik lelakinya pun rapat dengan Rafiq kerana mereka selalu berhubung antara satu sama lain. Mak dan abah dia pun dah wasiatkan kepada Rafiq kalau dia buat hal dia akan didenda. Huh! Macam budak-budak.

“Errr… Nanti sampai seru kahwinlah.” Jawapan klise yang selalu digunakan oleh retis.

“Banyak alasan betullah kamu bertiga ni.”

Aira, Rafiq dan Haiqal sengih apabila mendengar rungutan Datin Noriah.

“Ahad ni Ira datang rumah ye? Mama nak ajar Ira memasak.”

Oh, no! Memasak? Tak nak, tak nak. Tak best woo main masak-masak ni. Bab memasaklah yang aku paling malas sekali. Walaupun aku boleh belajar masak sendiri tanpa diajar oleh sesiapa aku tetap malas. Kalau suruh aku makan, okeylah jugak.

“Kalau tak belajar masak, tak apa kan?” Soalan yang tak sepatutnya ditanya diajukan jugak.

“Kamu tu nak jadi isteri orang kena belajar memasak. Kalau dah kahwin nanti, suami nak makan apa? Kalau isteri tak pandai masak?”

“Senang je beli kat kedai. Tak pun ambil je batu, pasir, daun pokok dan batang pokok kemudian rebus jadi lauk dan nasi.” Aira menggosok lengannya selepas dicubit oleh Datin Noriah kerana kata-katanya merapu. Kan dah cakap Datin Noriah memang sporting.  Dia tak marah cuma dapat cubitan kasih sayangnya sahaja.

“Ambil orang gaji senang cerita.” Aira rasa itu jawapan yang paling bijak yang dia bagi.

“Ha, eloklah tu ambil orang gaji nanti suami kahwin dengan orang gaji. Baru padan muka.”

“Okey apa. Semua kerja dia yang buat jadi Aira cuma goyang kaki je tak perlu buat apa-apa.”

“Auww.” Cubitan hinggap pada lengannya. Birulah lengan aku lepas ni.

Rafiq ketawa. Dia sudah agak yang Aira akan bagi beribu-ribu alasan sebab Aira memang juara dalam bab bagi alasan. Juara yang paling juara pun kalah. Siapa lagi kalau bukan dirinya.

Mereka berhenti bercakap apabila pelayan restoran datang menghidangkan makanan yang mereka pesan. Mereka menikmati makanan masing-masing.

“Oh, ya! Lupa nak ajak Haiqal. Qal hari Ahad ni datang rumah tau. Boleh tahu Ira ni pass ke tak jadi calon isteri Haiqal,” kata Datin Noriah sambil melirik ke arah Aira yang sedang menikmati makanan.

Rafiq tersenyum apabila mendengar kata-kata mamanya tadi.  Rasa-rasanya dia boleh agak apa yang mamanya fikirkan pada saat ni. Mama, Fiq sokong, desisnya dalam hati.

Aira yang hendak menyuap makanan tidak jadi kerana mendengar permintaan mama angkatnya. Please say no, please say no…

Haiqal memandang Aira yang sudah cuak. Dia mengukir senyuman.  Budak ni tak pandai masak? Ish, ish, ish… let’s see.

“My pleasure, aunty. Yes, I will.”

Waaa… Aira rasa macam nak melalak je apabila mendengar jawapan Haiqal. Tengok tu dia senyum jahat kalau senyum terlebih gula tak apa sejuk sikit hati aku. Ni mesti dia nak buat modal sakitkan hati aku.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now