BAB 11: Workaholic

32.3K 1.7K 32
                                    

RAFIQ berjalan masuk ke dalam pejabat sekali-sekali dia membalas sapaan dan senyuman daripada stafnya. Lagipun senyuman itukan sedekah. Dia melangkah menuju ke biliknya tetapi berhenti di tengah jalan apabila melihat pintu bilik Project Manager terbuka. Ish, takkanlah Aira kut? Bukan sekarang ni dia kena berada di syarikat Haiqal ke untuk menyiapkan kerja untuk projek mega. PA dia kut tapi nampak macam Aira.

Langkahnya sudah beralih dan menuju ke arah bilik Project Manager untuk memastikan apa yang dilihat oleh matanya. Dia berdiri di depan muka pintu. Matanya tak pernah silap dengan apa yang dia nampak. Dia melihat Aira seakan-akan berada di dunianya sendiri apabila kehadirannya tidak dihiraukan oleh gadis itu. Ini mesti berangan.

"Ehem... Ehem..." Rafiq berpura-pura berdehem untuk menarik perhatian Aira tetapi usahanya dah sia-sia. Takkanlah dah angau dekat Haiqal kot. Tapi tak mungkin sebab Aira dan Haiqal macam kucing dan harimau yang asyik nak bergaduh sahaja.

"Ehem... Ehem..." Sekali lagi Rafiq berdehem tetapi lebih kuat dari yang tadi.

Aira mengangkat wajahnya apabila mendengar orang berdehem tetapi macam orang tengah terlekat tulang gajah di dalam tekak. "Ada apa?"

"I should ask you that question. Ada apa?"

Aira menarik muka masam apabila soalannya dibalas dengan soalan yang sama dengannya.

"Why you are here? You should be at Hd'A Shipping right now," kata Rafiq bagi menjelaskan maksud soalan ada apa tadi.

"Okay, fine. I get out from here. Nak buat macam mana orang dah halau kita," kata Aira dalam nada merajuk. Dia bangun dan mengemas mejanya.

"Tanya sikit pun dah merajuk. Saya belanja makan hari ni," kata Rafiq bagai memujuk Aira.

Aira memandang Rafiq dan senyuman terukir dibibirnya. Yes, menjadi juga lakonan aku. "Serius ni?" tanya Aira untuk memastikan Rafiq tak menipunya.

Rafiq mengangguk. "So,tell me why you are here?" tanya Rafiq sekali lagi.

"Cuma rindu kat ofis ni dah dua minggu tak jenguk," jawab Aira.

"Padahal rindu kat saya tapi malu nak mengaku," usik Rafiq.

"Perasan!" balas Aira yang mengundang ketawa Rafiq meletus. Dia memang rindu pada Rafiq. Rindu nak bergaduh dengan abang angkatnya yang sengal.

"So, macam mana progress untuk dapatkan projek mega tu? Due dah nak dekat ni."

"Almost done. Minggu depan siaplah tu," kata Aira memberitahu tentang projek mega itu. Aira bangun dan menyampai beg LV dan briefcasenya.

"Nak pergi ke mana pula tu?" tanya Rafiq kehairanan.

"Nak pergi kerjalah ni. Lupa ke kita ni dah kena posting ke Hd'A Shipping," sindir Aira selamba. Rafiq sengih apabila sindiran itu dituju kepadanya.

AIRA melangkah masuk ke dalam lif apabila terbuka. Butang 22 sudah ditekan jadi dia tak perlu untuk menekannya lagi. Sambil menunggu lif tiba di tingkat 22, dia membuka media sosial untuk mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan sekolah dan universiti. Kadang-kadang meletus ketawa kecil dari bibirnya apabila membaca status rakan-rakannya di Facebook yang kelakar dan mencuit hatinya. Tanpa disedari oleh Aira, gelagatnya diperhatikan oleh seseorang yang turut berada di dalam lif yang sama dengannya.

"Ehem... Ehem..."

Aira yang sedang asyik dengan Facebook tersentak apabila mendengar deheman seseorang yang datang dari belakangnya.Gulp! Hantu ke tadi? Pagi-pagi buta macam ni mana ada hantu. Nak pusing ke tak? Nak pusing ke tak? Aira sudah rasa seram sejuk.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now