BAB 16: Tengku Izz Ilham

29.8K 1.4K 36
                                    

"YOU are late."

"Maaflah, bos. Saya tak sengaja lagipun ada discussion tadi. Lepas tu traffic jam lagi. Saya betul-betul minta maaf." Bersungguh-sungguh dia meminta maaf dari majikannya.

"Bos tak kesiankan saya ke? Inikan last semester. Saya kena fokus betul-betul. Target saya nak four flat." Rayunya apabila melihat wajah majikannya yang tidak beriak.

"Baiklah. Saya faham. I forgive you my sweetie."

Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Asyik-asyik panggil aku sweetie. Tak faham aku dengan bos ni.

"Dah jom kita ada meeting dengan Quarters Holding. Sebagai hukuman awak yang drive."

Wajahnya bertambah ceria apabila mendengar hukuman yang diberi. "No problem, boss. Bila lagi nak pandu Porsche." Kunci kereta bertukar tangan.

Mereka tiba di restoran yang dijanjikan tepat pada pukul 3.30 petang. Mereka masuk ke dalam restoran dengan dipandukan oleh pelayan restoran berkenaan.

"I'm sorry, Tengku. I'm late," ucap Rafiq sambil berjabat tangan yang dipanggil tengku.

"Never mind. Saya pun baru sampai. Please have a seat," pelawa Tengku Izz Ilham. Matanya melirik ke arah seorang gadis yang berdiri di belakang Rafiq. Not bad.

"May I know this sweet girl?" tanya Tengku Izz Ilham ingin tahu.

"Oh! Lupa nak kenalkan. Ini Aira, PA saya."

Aira melemparkan senyuman.

"A sweet name suit for a sweet girl like you. I'm Tengku Izz Ilham. It nice to meet you." Dia membalas senyuman Aira.

"Me too, Tengku." Tengku Izz Ilham, memang sesuai dengan orangnya yang kacak lagi bergaya. Senyumannya yang manis boleh buat semua gadis jatuh cinta. Aira, wake up. Kau datang sini nak kerja bukan nak menggatal.

Mereka memulakan perbincangan tentang projek yang akan mereka berkerjasama kelak. Aira pula mencatit perkara-perkara yang penting dibincangkan. Sekali-sekala dia mencuri pandang ke arah Tengku Izz Ilham. Orang kacak macam dia siapa yang tak nak tengok. Apabila pandangan mereka bertemu, Aira cepat-cepat mengalih pandangan matanya dam berpura-pura menulis sesuatu. Dia juga perasan Tengku Izz Ilham juga asyik menjeling ke arahnya.

Rafiq meminta diri untuk ke tandas maka tinggallah Aira dan Tengku Izz Ilham berdua. Aira rasa tak selesa sebab Tengku Izz Ilham asyik merenung wajahnya. Kenapalah Rafiq tinggalkan aku dengan dia? Dia ni pun satu takde benda lain ke nak tengok. Kau tengok pasu bunga tu ke. Seram sejuk tengkuk aku.

Aira panggung kepala apabila mendengar Tengku Izz Ilham ketawa. Apasal dengan anak raja ni? Sewel ke? Harap muka je hensem. Ish, ish, ish...

"Saya rasa kelakar pulak sebab dari tadi awak asyik menunduk je. Ada apa kat lantai tu? Lantai tu lebih hensem dari saya ke?"

Aira senyum. Haah kan?

"Buat macam kita ni dah lama kenal macam mana?"

Mana boleh sebab aku baru kenal kau. "Ya, Tengku."

"Tak payah nak tengku-tengku. Just call me Izz would be nice. Can I have your number?"

"Hah?" Baru hari ni kenal dah minta nombor. Gila daring mamat ni.

"Jangan terkejut. Saya memang macam ni. Saya akan berurusan dengan orang saya sendiri yang terus call PA mereka senang."
Aira akur. Dia memberi nombor telefonnya kepada Tengku Izz Ilham kerana memikirkan kerjasama Silver Holding dengan Quarters Holding.

Sejak itulah mereka mula berhubung antara satu sama lain. Mula-mula Tengku Izz Ilham menghubungi Aira atas alasan kerja tetapi lama-lama dia makin mengambil berat tentang Aira. Setiap hari Aira akan menerima mesej ringkas dari Tengku Izz Ilham yang selalu bertanya khabar tentang dirinya, pelajarannya dan kerjanya. Aira pula senang hati membalas mesej dari Tengku Izz Ilham kerana selesa berkawan dengan lelaki itu. Siapa yang tak suka apabila ada orang mengambil berat tentang diri kita?

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now