BAB 13: Shopping

34.8K 1.6K 41
                                    

ARINA menggeliat kecil. Dia bangun dari katilnya dan menujunya ke bilik air untuk membasuh muka dan memberus gigi. Mandi? Hari ini merupakan hari Sabtu. Selalunya hari minggu dia mandi lewat sikit daripada hari-hari biasa. Rambutnya diikat supaya tidak menggerbang macam rambut 'Hantu Kak Limah yang baru Balik Oversea'.

Jam menunjukkan pukul 9.15 minit. Awal dari yang dia jangka selalunya bila datang bulan lambat lagi dia bangun pada waktu macam ni. Dia keluar dari bilik kerana perut terasa lapar. Baru beberapa anak tangga dipijak dia menghidu sesuatu sehingga menusuk ke dalam lubang hidungnya. Sudah semestinya bau itu dari dapur. Dia mempercepatkan langkah menuruni tangga lalu menuju ke dapur.

Syaqila dan Aira terhenti menyuap makanan ke dalam mulut apabila melihat Arina yang termegah-megah menarik nafas. Baru lepas menang acara lumba lari ke?

"Kau ni baru lepas masuk acara lumba lari seratus meter ke?" tanya Aira kehairanan.

"Korang makan tak ajak aku pun," rajuk Arina.

"Tulah kau tidur tak ingat dunia. Putera raja kat sebelah pun tak sedar," sampuk Syaqila yang kembali menyuap makanan.

Arina mencedok nasi goreng tomyam yang dimasak oleh Aira ke dalam pinggan. Macam mana dia tahu yang Aira masak? Hanya Aira sahaja yang pandai masak nasi goreng tomyam ni. Aira boleh saja masak tapi tahap kemalasan kawannya itu mengatasi segala-galanya. Dia dan Syaqila memang dah ke laut dalam bab memasak. Dia menyuap nasi goreng tomyam dengan selera.

"Ish, buruk bebenor anak Pak Aji Dermawan makan."

"Nama ayah aku Deramanlah, Ira. Koff... koff..." Arina tersedak.

"Itulah kau gelojoh. Makanlah perlahan sikit. Kalau mak mentua kau tengok ni, mau sakit jantung orang tua tu," bebel Syaqila sambil menghulur segelas air kepada Arina.

Arina menyambut dan terus minum untuk menghilangkan rasa pedih di tekak. "Sedap la... Dah lama tak makan nasi goreng tomyam air tangan anak Pak Ahmad yang selalu sibuk. Kau mimpi jumpa nenek kebayan ke apa masak untuk kitorang ni?"

"Aku kesian kat korang je yang kebulur nak rasa air tangan Chef Aira. Aku mimpi jumpa 'prince on white horse' sebab tu aku rajin hari ni."

"Kau ni tak habis-habis dengan 'prince on white horse' sejak zaman belajar lagi aku dengar. Mana ada putera raja naik kuda putih. Kau ingat kau tu Cinderella ke? Jangan nak beranganlah, Ira. Kau ni dah terpengaruh dengan citer Barbie," ujar Syaqila.

Arina mengangguk setuju kerana dia sibuk makan.

"Bukan nak cari putera raja dengan kuda putih yang betul-betul pun. 'Prince on white horse' yang modenlah. Kau kutuk aku ye? Dah lain kali kau tak nak masak untuk korang," ugut Aira.

"Alah... Kitorang gurau jelah Ira." Mereka menafikannya kerana takut Aira tak nak memasak untuk mereka lagi.

"Tengah hari ni kau masak tomyam pulak ye?" pinta Arina.

"Amboi, demand lebih nampak!"

"Alah, Ira boleh la... Masak tomyam ke sup ayam ke. Kau kan terer masak semua tu," rayu Syaqila.

"Yang tu je aku boleh masak yang laut semua out."

"At least, kau boleh masak daripada kitorang ni," ujar Arina.

"Helo, Cik Arina! Kau je yang tak pandai masak. Aku pandai okey," sanggah Syaqila.

"Masak apa?" tanya Arina tak puas hati.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now