BAB 14: Kawan Lama

31.8K 1.5K 58
                                    

AIRA memerhati replika bangunan yang telah disiapkan pada minggu lepas. Dia sudah tidak sabra untuk menuggu hari esok di mana dia akan bersaing dengan syarikat yang lain untuk mendapatkan projek mega ini. Firasatnya menyatakan yang dia akan dapat projek mega itu tetapi dia tak nak terlalu yakin kerana dia tak nak kecewa dan mengecewakan orang lain. 'Agi idup, agi ngelaban'. Selagi aku hidup selagi itu akan berjuang untuk tanah air tercinta kerana di sini lahirnya sebuah cinta.

"Are you okay, Aira?" tegur Lee apabila melihat Aira mengengam tangannya ke atas.

Aira tersedar dengan kelakuannya yang terlebih emosi. "I okey cuma rasa lenguh sikit sebab tu I angkat tangan macam ni." Aira menggerakkan tangannya berpura-pura bersenam. Terlebih semangat patriotisme aku ni sampai boleh beraksi bagai.

"You are so funny, Aira," ujar Lee.

"You baru kenal dia Lee tak tahu perangai Aira macam mana lagi. Bila dah lama kenal tahu sendiri macam mana the real Aira is," sampuk Jay.

"Terima kasih untuk pujian Encik Jay. Mana Encik Zam?" tanya Aira apabila menyedari Zamani tida di dalam bilik itu.

"Dia cakap nak jumpa someone," beritahu Lee.

"Oh, I nak pergi pantri siapa nak air I boleh buatkan untuk you berdua," pelawa Aira.

"No thanks, Aira."

Aira meninggalkan mereka berdua dan menuju ke pantri. Sampai sekarang dia masih kagum dengan syarikat ni. Sebab apa dia kagum? Sebab pertama pekerja di sini semua mesra dan ada juga yang menyombong. Di samping itu, staf-staf di sini semua cantik dan kacak. Dia masih tertanya-tanya sama ada kriteria cantik dan kacak merupakan syarat utama untuk bekerja di sini. Ketiga, setiap tingkat disediakan pantri dan surau. Yang ni dia tabik hormat pada Haiqal kerana tidak melupakan tanggungjawab kepada agama. Macam mana dia tahu? Sudah tentu pasal kakinya yang tidak boleh duduk diam.

Aira tercegat di muka pintu pantri. Dia toleh ke kanan daan ke kiri. Tak ada orang. Dia memandang ke hadapan. Sepanjang dia terpaksa berkerja di sini tak pernah lagi dia berjumpa dengannya. Dari mana datang dia ni ya? Aira mendekatinya. Dia rasa geram apabila melihat pipi tembam yang putih gebu itu rasa macam nak cubit saja. Tambahan pula, mata bulat dengan bulu mata yang lentik dan rambut ditoncang dua. Makin geram Aira melihatnya. Pipi tembam itu dicubit membuatkan dia ketawa.

"Comelnya," puji Aira tak henti apabila melihat kanak-kanak yang berusia setahun itu. Dia mengangkat tubuh kanak-kanak perempuan itu lalu diletakkan di atas meja manakala dia duduk di atas kerusi. Dia pantang tengok baby comel mula dia nak cubit. Dia pernah disindir oleh kawan-kawannya. "Kau nak anak, buat sendiri." Ada ke patut keluar ayat macam tu.

"Anak siapa la ni? Punyalah comel boleh tinggal kat sini sorang-sorang. Nasib baik aku yang jumpa. No worry sweetie aunty here can take care of you." Aira mengagah kanak-kanak itu terkekeh ketawa. Aira turut senyum dan bermain dengan kanak-kanak tersebut.

"Ehem!"

Deheman yang kuat membuatkan Aira berpaling dan terus wajahnya berubah. Tengok baby lagi best sejuk mata memandang.

"Apa kau buat ni?" Haiqal mendekati Aira yang sudah mendukung bayi perempuan.

"Saya tak buat apa-apa pun."

"Habis tu siapa budak ni?"

"Saya tak tahu. Masa saya masuk sini dia dah ada."

"Kau jangan nak tipu aku." Suara Haiqal yang agak kuat membuatkan bayi itu mencebikkan mulutnya kerana hendak menangis.

"Tengok awak dah takutkan baby ni. Sayang jangan nangis aunty ada. Pretty girl don't cry," pujuk Aira.

"Apa-apa jelah."

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now