Part 1

9.2K 598 18
                                    

Park Jimin berjalan menghala ke kelasnya dengan tenang . Tangannya dimasukkan ke dalam poket sambil berjalan dengan bergaya. Semua pelajar perempuan termasuk segelintir pelajar lelaki yang memandangnya tidak dihiraukan . " Oppa! Be my namchin! " jerit seorang pelajar perempuan.

Jimin sekadar tersenyum dan tidak mengendahkan jeritan itu. Beberapa saat kemudian , Jimin jatuh terlentang dan merasakan badannya terbeban oleh sesuatu . " Aduh ... " Jimin mengaduh kesakitan . Apabila dia membuka mata , pandangannya dipenuhi oleh seraut wajah yang turut memandangnya tanpa berkelip . " Sakit...." adu Jimin perlahan.

Rintihan kecil Jimin membuatkan Hyo Mi pantas mengangkat buku yang menghempap Jimin. " Mianhae..." ucap Hyo Mi perlahan dengan rasa cemasnya. Jimin bangun dari baringannya . Dia duduk seketika sambil mengurut dadanya . ' Aku fikir dia hempap aku . Nasib baik buku . ' kata hati Jimin .

Hyo Mi menghulurkan tangan untuk membantu Jimin bangun . Semua pelajar yang mula berbisik-bisik tidak dihiraukan. Huluran tangan Hyo Mi dibiar sepi. Dia perlahan-lahan bangun lalu membetulkan bajunya. Seluar dan bajunya ditepuk untuk membuang debu atau pasir yang melekat.

" J-Jimin okay??? " tanya Hyo Mi gagap. Jimin melemparkan pandangan tajam kepada Hyo Mi sebaik sahaja mendengar pertanyaan itu. Dia nampak macam okay ke?! Hyo Mi menundukkan kepala bagi mengelakkan renungan tajam itu dalam masa yang sama, hatinya berdebar.

Tanpa sepatah kata, Jimin berjalan pergi meninggalkan Hyo Mi terpinga-pinga. Hyo Mi sempat menangkap perbualan pelajar-pelajar yang berkata buruk tentangnya. Dia segera kembali ke kelas bersama bukunya. Dia tidak betah mendengar kata-kata buruk orang lain.

Sementara itu, Jimin masuk ke dalam kelas dengan wajah yang berkerut-kerut menahan sakit. " Chim...kau kenapa? Okay takk? " tanya Namjoon pelik. Jimin tidak membalas pertanyaan tersebut sebaliknya berjalan ke tempat duduknya. Dia cuba mengatur nafas dengan betul.

" Chim...kau sakit ke? " soal Jin pula. Dia menganggukkan kepala dengan wajah menahan sakit. Batuk yang mula kedengaran membuatkan rakan-rakannya mula risau. Yoongi bangun dari tempat duduknya dan mula memegang lengan kiri Jimin manakala Hoseok memegang lengan kanan Jimin.

Taehyung mengangguk bagai memberi isyarat kepada mereka untuk meneruskan rancangan. " Kau orang nak bawa aku ke mana? " tanya Jimin sambil termengah-mengah mengatur nafas. " Bawa kau ke bilik kesihatan...." balas Jungkook. Jimin menepis perlahan pegangan Hoseok dan Yoongi.

" Aku okay...jangan risau. " tipu Jimin diselangi batuk. " Kau asyik pegang dada kau...okay ke tu? " marah Taehyung risau. Baru sahaja mereka ingin memaksa Jimin bangun, guru mata pelajaran Kimia mereka sudah masuk ke dalam kelas. Mereka terpaksa duduk di tempat masing-masing meninggalkan Jimin yang sememangnya duduk seorang diri di belakang.

Mereka sempat memandang wajah Jimin yang berkerut-kerut. Adakah Jimin okay?

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now