Part 7

4.5K 428 19
                                    

Jimin berjalan tenang menuju ke kantin dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya sambil berfikir . Rakan-rakannya yang lain sudah berada di kantin sementara dia pergi ke tandas sebentar. ' Semalam Hyo Mi tak datang makan kat rumah . Pagi tadi dia dah pergi sekolah dulu . Tak tunggu aku .

Aku lupa nak jenguk dia kejap masa nak pergi rumah Namjoon semalam.' kata hati Jimin lalu mengetuk kepalanya kerana lupa . ' Kenapa dengan Hyo Mi eh? Dia okay ke? Dia ada masalah ke? Dia sihat ke? Atau dia sakit? Dia tertekan sebab kerja seni ke? Atau tertekan sebab benda lain? Serabut pula aku risaukan dia. '

Ketika itu Jimin ternampak Hyo Mi sedang jalan menunduk menghala ke pondok di luar bangunan sekolah. Kaki pantas mengejar Hyo Mi dan nama Hyo Mi dipanggil . " Hyo Mi !!! " panggil Jimin sambil berlari cuba mengejar langkah Hyo Mi. Hyo Mi yang terdengar suara Jimin memanggilnya pantas berlari untuk mengelakkan diri daripada bertemu Jimin.

Yoon Ha bersama rakan-rakannya yang  sedang berjalan ke kantin terlihat adegan Jimin cuba mengejar Hyo Mi memberhentikan langkahnya. Yoon Ha menyumpah Hyo Mi kerana sengaja membuat Jimin mengejarnya. Lakonan murahan! Sengaja jual mahal! Padahal terhegeh-hegeh mahukan Jimin!

Wajah Yoon Ha kelat menahan marah. Tangannya digenggam geram. Sementara itu, Jimin masih tidak berputus asa cuba mengejar Hyo Mi yang turut berlari . Entah di mana silapnya , Jimin tersadung kakinya sendiri menyebabkan dia terjatuh dan terhantuk kuat pada seketul batu yang agak besar .

Yoon Ha dan rakan - rakannya terkejut  melihat kejadian itu dan pantas berlari mendapatkan Jimin yang sudah tidak sedarkan diri . Hyo Mi berhenti berlari apabila menyedari Jimin tidak lagi mengejarnya . Badannya dipusingkan dan dia terkejut apabila melihat Jimin yang tidak sedarkan diri dikelilingi Yoon Ha dan rakan-rakannya namun dia hanya berdiri kaku tidak berniat untuk mendekati Jimin .

[ Bilik Kesihatan ]

Jimin membuka mata perlahan-lahan untuk melawan cahaya yang mencucuk-cucuk mata . " Jiminie...Awak okay ? " tanya Yoon Ha risau . Jimin menolak tangan Yoon Ha yang menyentuh tangannya . Dia cuba bangun perlahan-lahan dari baringan dan tangannya menyentuh dahinya yang berbalut .

Ketika itu pintu bilik kesihatan ditolak kasar oleh Jin dan tersembul wajah rakan-rakannya yang risau di muka pintu . " Weyh !!! Chim-ah ! Kau okay tak ?! " jerit Taehyung . " kau jangan la jerit-jerit . Aku kat sebelah je ni . " marah Jimin menutup telinganya . Taehyung tersengih. Sengaja cari pasal.

Yang lain hanya serius memandang Jimin . Jimin meneguk air liur kesat . " Macam mana kau boleh jatuh ? " tanya Yoongi dan Hoseok serentak . " Wo wo wo . Cool down . " kata Jimin cuba menenangkan rakan-rakannya. " Jimin jatuh masa kejar Hyo Mi . " kata Yoon Ha menjawab soalan tersebut .

Mereka mula memandang tepat pada Yoon Ha untuk mengetahui cerita yang selanjutnya . " Hyo Mi tu saja nak buat Jimin jatuh sebab dia tak berhenti lari pun . " sambung Ra Hee . " Hyo Mi memang bawa malang kat awak Jimin . " kata Min Ha menjadi batu api . " Kalau tak kenapa dia biarkan awak kejar dia? " tambah Yoon Ha.

Ketika itu Namjoon dan Jungkook yang berdekatan dengan pintu terdengar buku jatuh di luar bilik kesihatan . Jungkook dan Namjoon mengambil keputusan untuk keluar melihat keadaan di luar bilik kesihatan. Pintu ditolak lalu mereka keluar dari bilik kesihatan.

" Aissy ...kenapa buku ni jatuh pula... " keluh Hyo Mi sambil mengutip bukunya yang jatuh di hadapan bilik kesihatan . Mukanya terasa panas dan dia sedaya upaya menahan air matanya dari jatuh membasahi pipi . Apabila Hyo Mi bangun selepas mengutip bukunya , pandangannya tertumpu pada dua lelaki yang berada di hadapannya .

Buku di tangan dipeluk resah . " Hyo Mi dari tadi kat sini ke ? " tanya Jungkook . " Eh tak . Hyo Mi baru je lalu sini . Tetiba buku jatuh . Hehe . " tipu Hyo Mi sambil tersengih . " Ouh . Macam tu rupanya . " balas Namjoon. Namjoon memandang Jungkook seperti meminta persetujuan untuk memberitahu bahawa Jimin ada di dalam bilik kesihatan .

Jungkook menggelengkan kepala . " Takpelah . Saya gerak dulu . Saya kena masuk kelas . Dah lambat . Annyeong . " kata Hyo Mi dan berlalu masuk ke kelas . Namjoon dan Jungkook hanya memandang langkah Hyo Mi yang makin menjauh . " Kau rasa dia dengar tak tadi ? " tanya Jungkook pada Namjoon . " Aku rasa dia dengar . " sampuk Taehyung tiba-tiba .

Serta-merta Namjoon dan Jungkook berpaling pada Taehyung yang tersengih di belakang mereka . " Aku rasa macam tak . " jawab Hoseok pula . Mereka bertiga berpaling pada Hoseok yang tersengih kerana mencelah . " Tapi kan ...kenapa eh muka Hyo Mi merah je tadi ? " soal Jungkook pelik sambil mengetuk dagunya dengan jari telunjuk . " Kau orang...jom masuk kelas . " ajak Yoongi dan Jin kepada mereka berempat yang ligat berfikir masalah negara. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk masuk ke kelas.

[ Waktu balik ]

Jimin membuka lockernya untuk meninggalkan buku . Rakan-rakannya riuh bergurau senda dan bergelak ketawa . Sedang asyik Jimin mengemas bukunya di locker , dia terpandangkan seplastik ubat . " Ni mesti Yoon Ha bagi . " kata Jimin perlahan kerana dia terpandangkan kad tertulis nama Yoon Ha yang terselit bersama ubat.

Tanpa berfikir panjang, dia mengambil ubat tersebut untuk dibawa pulang . Hari ini mereka bertujuh berjanji untuk melepak di kafe berdekatan . Jimin dan Jin memilih tempat duduk sementara yang lain pergi membuat pesanan di kaunter . Setelah itu , mereka mula bersembang rancak diselangi gelak ketawa .

" Jimin . Kau jumpa Hyo Mi tak tadi ? " tanya Namjoon tiba-tiba . Jimin hanya menggeleng lemah . " Dia tahu tak kepala kau macam ni ? " tanya Suga . Jimin menggeleng sekali lagi . " Betul ke apa yang Yoon Ha cakap tadi ? " tanya Jin meminta kepastian . " Memang aku kejar dia ...sebab aku pelik dia macam mengelak jumpa aku. " balas Jimin .

" Satu hari kut aku tak jumpa dia semalam...datang rumah aku pun tak nak..." luah Jimin. " Salah aku sebab aku tersadung kaki sendiri rasanya. " sambung Jimin. Mereka mendiamkan diri mendengar luahan Jimin. Ketika itu mata Taehyung ternampak Hyo Mi yang baru sahaja masuk ke dalam kafe .

" Hyo Mi ! " panggil Taehyung tanpa berfikir panjang . Hyo Mi memandang gerangan yang memanggilnya . Serta merta jantungnya berdegup pantas . Hoseok dan Jin bangun mendapatkan Hyo Mi dan ditarik lengan baju Hyo Mi untuk duduk bersama mereka . Hyo Mi terkaku apabila dia terpaksa duduk di sebelah Jimin yang tidak memandangnya langsung .

" Biar aku beli air untuk Hyo Mi . " kata Namjoon seraya bangun diikuti Hoseok dan Yoongi . " Weyh . Aku pun nak ikut . Aku nak beli kek tu . " kata Taehyung tiba-tiba bangun dari duduknya . " Taehyung ! Belanja aku biskut ! " kata Jungkook pula mengikut Taehyung . " I need to go to toilet. " ujar Jin dan berlalu pergi meninggalkan Hyo Mi dan Jimin.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now