Part 14

2.8K 231 1
                                    

" Jangan!!! " jerit Jimin tiba-tiba membuatkan Hyo Mi terkejut. " Heyyy Chim. Kenapa ni? " soal Hyo Mi cemas lalu memegang lengan Jimin. Dahi Jimin berpeluh-peluh seperti mengalami mimpi yang amat buruk. Tiba-tiba Hyo Mi terasa dipeluk.

" Jangan tinggalkan saya. Please..." rayu Jimin. Hyo Mi dapat merasakan bajunya basah. " Kenapa ni? " soal Hyo Mi pelik. Jimin mula menangis membuatkan Hyo Mi bertambah panik. Diusap lembut kepala Jimin seperti memujuk. Lepas beberapa minit, Jimin melepaskan pelukan.

Masing-masing mendiamkan diri. Mereka terasa kekok dan janggal. " Chim nak makan? " soal Hyo Mi memecahkan kesunyian antara mereka. Jimin menggeleng. " Tapi Chim kena makan... " pujukku. " Hyo Mi suap? " balas Jimin menjongket kening. Dia cuba menyembunyikan senyuman nakalnya.

Akhirnya Hyo Mi mengangguk setuju. Dia mendekatkan meja yang berada di hujung katil dengan Jimin yang sedang cuba duduk bersandar. Hyo Mi membantu membetulkan bantal di belakang badan Jimin supaya dia selesa. Sesudu bubur yang hampir sejuk disua ke mulut Jimin.

Jimin menerima suapan itu walaupun dia terpaksa. Tekaknya terasa amat perit menerima bubur itu. Selepas beberapa suapan, Jimin menggeleng. Tanda tidak mahu makan lagi. " Sekejap lagi saya kena balik. " kata Hyo Mi sambil mengemas makanan Jimin. Jimin sekadar mengangguk faham.

Setelah Hyo Mi menghantar dulang makanan kepada jururawat, Hyo Mi masuk semula ke dalam wad Jimin untuk mengambil beg. " Saya balik dulu. " ujar Hyo Mi lalu berjalan ke arah pintu wad. " Hyo Mi...awak janji takkan tinggalkan saya. Kan? " tanya Jimin. Langkah Hyo Mi terhenti di hadapan pintu.

" Saya mimpi... Jonghyun buat confession. Dia pegang bahu awak. Kemudian, saya jatuh pengsan. Saya rasa macam benda tu nyata sangat. " luah Jimin. " Saya takut kalau itu nyata. " sambung Jimin muram. Hyo Mi berpaling dan melemparkan senyuman nipis buat Jimin. " Itu cuma mimpi. Saya takkan tinggalkan awak. " kata Hyo Mi membuatkan Jimin menarik nafas lega.

Jimin mengukir senyum. " Balik hati-hati tau. " pesan Jimin. Hyo Mi mengangguk lalu keluar dari bilik wad. Hyo Mi berjalan menyelusuri wad dengan air mata. Dia rasa bersalah. Sementara itu, Jimin memandang kosong pintu wad yang sudah tertutup rapat. Sebenarnya dia mengharapkan Hyo Mi menemaninya sehingga dia keluar dari hospital.

' Hospital? Macam mana aku boleh pengsan? '. Soalan yang sedang bermain di dalam fikirannya dibiarkan begitu sahaja. Masih dinginkah Hyo Mi dengannya? Walaupun Hyo Mi menyuapnya tadi, dia tetap berasa Hyo Mi tidak selesa dengannya. Ahhh mainan perasaan.

Pintu wad yang ditolak dari luar membuatkan raut wajahnya bertukar menjadi teruja. Namun hampa apabila bukan orang yang diharapkan berada di depan matanya ketika ini. Riak kosongnya dipamerkan. Dia rimas sebenarnya. " Kenapa Yoon Ha? " tanya Jimin tanpa riak.

" Saya minta maaf dengan awak kalau saya ada sakitkan hati awak sebelum ni. " ucap Yoon Ha dengan riak bersalahnya. Yang pastinya palsu kerana dia hanya ingin meraih simpati Jimin. Jimin menghela nafas. " Hmmm...it's okay. " balas Jimin. " Kalau dah takde apa-apa...awak keluarlah. Saya nak rehat. " sambung Jimin.

" Nanti la sekejap. Saya sanggup datang hospital sebab nak lawat awak je tau. " rajuk Yoon Ha. " Duduklah. " pelawa Jimin. Tidak sedap hati pula bila suruh orang yang ziarah dia pulang. " Macam mana awak boleh pengsan? Awak tak makan ke? " soal Yoon Ha.

" Dengar cerita...awak demam. Betul ke? " sambung Yoon Ha. Jimin mengangguk. " Sebab tu saya tak makan. Takde selera. " balas Jimin. " Awak tak boleh macam tu. Kan dah jatuh sakit? " kata Yoon Ha. " Ni saya ada bawakan makanan. Sedap tau! Makan ya. " ujar Yoon Ha meletakkan beg kertas di sisinya di atas meja.

Jimin sekadar mengangguk. " Awak demam sebab Hyo Mi kan? " tanya Yoon Ha serkap jarang. Jimin tersentak. " Saya dah cakap dah...dia tu bawa malang. Jauhkan diri awak daripada dia, Jimin. Cuba tengok. Sejak akhir-akhir ni awak asyik cedera je. Sekarang ni, demam pula? " luah Yoon Ha tanpa selindung.

Jimin sekadar mendiamkan diri. Hatinya panas membara mendengar setiap butir kata Yoon Ha. " Heyyy Chim! " Kami berdua berpaling memandang pintu wad. Rakan-rakannya berada di muka pintu. " Aikk??? Apa you buat kat sini, Yoon Ha? " soal Jin pelik.

" Mana geng you tu? " tanya Hoseok pula. " I datang sorang. Nak lawat Jimin. Dia lagi penting. " balas Yoon Ha tersenyum memandang Jimin. Mereka yang lain membuat muka meluat. " Okay la. I balik dulu. Nanti esok I datang lagi. Bye korang. " pinta Yoon Ha sebelum keluar dari bilik wad.

" Fuhhh lemas! " ujar Namjoon dan Yoongi serentak. " Nah! Aku bawa bubur special aku. " ujar Jin lalu meletakkan beg kertas di atas meja. " Alaaaa...bubur lagi ke...." rungut Jimin. " Heyyy bersyukur la okay..." balas Jin. Jimin mencebik bibir sedih. " Aku gurau je la. Aku bawa nasi dengan sup ikan. " pujuk Jin. Jimin sudah bertepuk tangan.

" Ni makanan siapa pula ni? " soal Jungkook pelik sambil melihat beg kertas yang berada di atas meja. " Wahhhh nampak sedap. " ujar Taehyung sudah mengecap bibir. " Makan la. Si Yoon Ha bagi. " balas Jimin. Taehyung dan Jungkook tidak tunggu lama. Mereka terus mengeluarkan bekas makanan untuk melahap.

Tidak ketinggalan juga Hoseok turut menyertai acara makan bersama Taehyung dan Jungkook. " Advance betul kau en? Kita baru je bincang nak buat kau masuk hospital, Hyo Mi risau dan nangis-nangis perlukan kau. Tak sangka kau mendahului. " usik Yoongi. " Hello...aku masuk hospital kali ni bukan main-main okay.

Aku tak tahu macam mana aku boleh kat sini? Aku pengsan ke? " soal Jimin pelik. Semua hanya menjongket bahu. " Tapi tadi sebenarnya kau kata nak jumpa Hyo Mi. Itu je yang aku tahu. " sampuk Taehyung dengan mulut penuh. Dahi Jimin berkerut. ' Aku pergi jumpa Hyo Mi ke? '

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Où les histoires vivent. Découvrez maintenant