Part 3

5K 485 14
                                    

Hyo Mi berjalan menuju ke farmasi untuk membeli ubat . " Ya cik? Ubat apa yang cik perlukan? " tanya pekerja farmasi. " Errrmmm...saya nak beli ubat untuk mengurangkan lebam. Ada tak? " tanya Hyo Mi sopan. Setelah selesai membuat pembayaran, dia keluar dari farmasi dan berjalan pulang sambil menggenggam botol ubat.

Sampai sahaja di hadapan rumah Jimin,Hyo Mi melihat Jimin sedang bersandar sambil menyilangkan kaki dengan kepala menunduk ke bawah . Apabila Hyo Mi betul-betul berdiri di hadapan Jimin , Jimin mengangkat kepala dan berdiri tegak . Mata Jimin mencerlung tajam pada Hyo Mi membuatkan Hyo Mi menunduk.

" Pergi mana tadi ? " tanya Jimin dingin. " Hyo Mi tahu kan saya kena hantar Hyo Mi pulang ke rumah ? " sambung Jimin. Hyo Mi mengangguk lalu menundukkan kepala kerana rasa bersalah. " Hyo Mi...Hyo Mi cuma ..." kata Hyo Mi tersekat-sekat . " Cuma apa ? " tanya Jimin menanti sambungan percakapan Hyo Mi yang tersekat-sekat . Tangannya disilangkan ke dada sambil bersandar tenang pada dinding tembok rumah.

Tiba-tiba Hyo Mi memintanya untuk menghulurkan tangan . " Kenapa? " soal Jimin pelik. " Tadah tangan awak, Jimin. " pinta Hyo Mi lagi. Sebotol ubat diletakkan di tangan Jimin . " Hyo Mi beli ini untuk Jimin . Hyo Mi balik dulu. Annyeong . " kata Hyo Mi dan berlalu pulang ke rumah . Jimin masih terpaku memegang botol ubat tersebut sambil melihat Hyo Mi yang berjalan pergi .

Jimin berjalan masuk ke rumah. Kasut dibuka dan diletak di atas rak. Ubat ditangannya direnung sedari tadi. " Dia beli ubat untuk aku? " monolog Jimin sendirian. Keluhan berat dilepaskan. Rasa bersalah pula memarahinya. Entah kenapa walaupun sudah hampir dua tahun mereka mempunyai status suami dan isteri, Jimin masih belum boleh menerima Hyo Mi.

Memang kahwin muda itu nampak seperti dongeng saja. Dia pun tidak sangka akan kahwin dalam usia yang muda. Tapi disebabkan masa Hyo Mi tinggal di dalam rumah ini, banyak orang mengata, maka mereka pun dikahwinkan. Oleh sebab itu Jimin benci orang mempermainkan statusnya. Kerana dia belum bersedia!

[ Malam ]

Jimin memakai topi dan membetulkan cermin matanya lalu berjalan ke rumah Hyo Mi yang berdekatan . Pintu rumah Hyo Mi diketuk . Jam di tangan menunjukkan pukul 7:50 malam . Hyo Mi keluar dengan baju yang comot dengan cat dan berus lukisan ditangan . " kenapa Jimin datang ? " tanya Hyo Mi sambil mengelap pipinya tapi menjadi makin comot kerana tangannya yang masih kotor dengan cat .

" Eomma dengan appa ajak Hyo Mi datang makan . " balas Jimin sambil mengeluarkan tisu dari poket seluarnya . " Jangan lupa cuci muka betul-betul . Saya tunggu kat luar . " sambung Jimin lalu menghulur tisu pada Hyo Mi . Hyo Mi menyambutnya dan mengangguk faham lalu masuk ke dalam untuk bersiap .

10 minit kemudian , Hyo Mi keluar sambil menggalas beg sekolahnya . Jimin yang perasan akan kehadiran Hyo Mi pantas berjalan terlebih dahulu menuju ke rumahnya meninggalkan Hyo Mi di belakang . Hyo Mi sekadar melepaskan keluhan lembut. Dia sedar siapa dirinya untuk berjalan bersama Jimin.

Sampai sahaja di rumah , Hyo Mi terus berlalu ke dapur manakala Jimin menyapa rakan-rakannya yang berada di ruang tamu . Hyo Mi memeluk lengan eomma Jimin yang sedang mengacau sup di dalam periuk . " Erm ...datang dah Hyo Mi . " kata eomma Jimin gembira . " Nak Hyo Mi tolong apa-apa ke ? " tanya Hyo Mi prihatin .

" Tak perlu . Duduk sini diam-diam . Teman eomma . " arah eomma Jimin . Sementara itu Jimin dan rakan-rakannya pula riuh menyiapkan kerja sekolah mereka . " Aigoo . Salah la, Tae . " tegur Namjoon . Taehyung menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal . " Rilek la, Joon . " kata Jimin .

Namjoon menarik nafas perlahan dan dia mula mengajar Taehyung semula . Jin dan Hoseok pula sedari tadi tidak berhenti mengunyah buah yang disediakan oleh Pn. Park . " Jimin . Kau punya lebam dah okay ke belum ? " tanya Yoongi sambil tekun melakukan kerja sekolahnya . " Belum " jawab Jimin sepatah . " Eomma kau tahu tak ? " tanya Jungkook pula . " Tak . Aku tak nak eomma tahu . " balas Jimin ringkas.

" Tadi Hyo Mi ke mana sampai dia tak balik dengan kau ? " tanya Jin yang masih menyumbat mulutnya dengan buah . Pertanyaan itu membuatkan Jimin berhenti menulis . Dia meletakkan pennya dan membuka cermin mata . Dia menghembuskan nafas perlahan dan lembut . " Dia pergi beli ubat untuk aku . " ucap Jimin membalas pertanyaan Jin .

Semua mata terarah pada Jimin . " Dah tu ? " tanya Namjoon . " Aku marah dia sebelum dia bagi ubat tu . " balas Jimin . " Dah tu kau minta maaf tak ? " tanya Taehyung . " Tak . " kata Jimin lalu menunduk . Rasa bersalah mula menghimpit dada. " Kau dah sapu ubat tu ke belum ? " tanya Hoseok pula .

" Belum lagi. " jawab Jimin sepatah . Mereka semua melepaskan keluhan . " Kau sapu ubat tu untuk tunjuk kau hargai usaha dia. Kemudian ucap terima kasih dan minta maaf pada dia . " cadang Jungkook sambil menjongket kening. Mereka yang lain mengangguk setuju . Jimin menganggukkan kepala faham .

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now