Special Chapter

4.4K 297 4
                                    

Hyo Mi termenung. Fikirannya melayang mengingati kejadian pahit sebelum ini apabila Yoon Ha bertindak membalas dendam. Yoon Ha sepatutnya dibuang sekolah tapi oleh sebab Hyo Mi memaafkan, jadi Yoon Ha dan rakan-rakannya hanya digantung. Namun akhirnya mereka berpindah sekolah kerana tidak mahu menanggung malu.

Susah juga sebenarnya apabila rapat dengan Jimin. Seorang atlet memanah sekolah yang sangat popular. Menjadi masalah apabila ada sesetengah peminatnya tidak suka akan dirinya yang terlalu rapat dengan Jimin dan rakan-rakannya. Tapi Jimin pesan buat tidak endah sahaja. Sesetengah peminat Jimin lagi sangat suka dan setuju sekiranya mereka menjadi pasangan kekasih.

Hyo Mi mengukir senyum mengingatkan hal itu. " Hey! Termenung. " tegur satu suara. Hyo Mi berpaling. Jimin sedang tersenyum memandangnya. " Pergilah tangkap gambar dengan junior awak tu. " rajukku. " Aikkk??? Jeles ke sayang.." balas Jimin mengusik. Hyo Mi menjeling Jimin membuatkan Jimin ketawa.

" Ala sayang.. kita kan last tahun ni. Lagipun Chim tangkap gambar dengan geng Chim semua.." pujuk Jimin. " Pergilah sana. Hyo Mi nak cari junior lelaki yang comel pula. " balas Hyo Mi masih dengan rajuknya. Dia bangun dari kerusi untuk menunjukkan keseriusan kata-katanya.

Jimin mencapai tangan Hyo Mi membuatkan langkah Hyo Mi terhenti. " Alaaaa...jangan la macam ni. Merana Chim. Huaaaaaa...." Jimin mula meraung seperti kanak-kanak. " Chim! Tangkap gambar jom! " jerit Taehyung dari jauh. Jimin terdiam. Dia menarik tangan Hyo Mi berjalan ke arah mereka yang lain.

Hari ini mereka mendapat sijil berhenti sekolah dan jamuan diadakan buat mereka semua. Jadi, semua pelajar tahun akhir seperti mereka sibuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama kawan atau guru, mahupun 'junior'. Namjoon berada di hadapan sekali untuk mengambil gambar.

Jimin memeluk bahu Hyo Mi bersedia untuk mengambil gambar. Mereka yang lain juga berada di sisi dan belakang Jimin dan Hyo Mi. Masing-masing berebut ingin berada di dalam kamera. " 1....2....3..." sebut Namjoon lalu mengambil gambar secara 'wefie'. Jimin sempat mencium pipi Hyo Mi ketika Namjoon mengambil gambar.

Mata Hyo Mi membulat. Jimin tersengih. Taehyung, Hoseok, Jin, Yoongi, Namjoon dan Jungkook sudah membuat muka loya. " Euwwww..." ujar Jin dan Hoseok serentak. " Guys, sila pukul Jimin. " arah Hyo Mi lalu memberi laluan kepada mereka memukul Jimin. Pukul-pukul manja. " Sayang! Tolong Chim! Huaaaa " jerit Jimin lalu ketawa. Mereka yang lain turut ketawa.

[ 5 tahun kemudian ]

Hyo Mi menggosok tapak tangannya untuk menghasilkan sedikit haba. Penghawa dingin di kedai ini membuatkan Hyo Mi terasa sejuk apabila menunggu terlalu lama. " Mana ni? " rungut Hyo Mi perlahan. Hampir sejam Hyo Mi menanti. Airnya yang sudah sedikit disedut lagi. Hyo Mi menongkat dagu memandang ke luar kedai.

" Sayang. "

Hyo Mi berpaling apabila terasa pipinya dicium. Wajah cemberutnya ditayang. Hyo Mi berpeluk tubuh. " Sorry,sayang. Chim ikut Taehyung meeting tadi...jadi lambat sikit. Maafkan Chim? " pujuk Jimin lembut. " Baiklah. Kali ni Hyo Mi maafkan. " balas Hyo Mi lembut. Melihat Jimin termengah-mengah menunjukkan dia terkejar-kejar tadi.

" Chim nak air apa? Hyo Mi tolong orderkan. Chim nampak penat. " ujar Hyo Mi. Jimin tersenyum. " Takpe. Chim minum air sayang je. " balas Jimin lalu mencapai air Hyo Mi. 5 tahun sudah berlalu. Jimin bekerja dengan Taehyung memandangkan En. Park juga mempunyai share bersama En. Kim iaitu bapa Taehyung.

Hyo Mi pula masih menjadi penuntut di universiti kerana selepas tamat sekolah, Hyo Mi menemani Jimin belajar di luar negara. Jimin sahaja yang belajar sementara Hyo Mi bekerja sambilan dan kadang-kadang ke kelas kemahiran seperti memasak dan menjahit untuk mengisi masa lapang.

Jimin juga tidak kisah asalkan Hyo Mi bersamanya. Tambahan pula, Jimin tidaklah risau Hyo Mi diganggu oleh pelajar di universiti. Mahunya putih mata! Selepas mereka pulang ke Korea, Jimin terus bekerja dan Hyo Mi mula menyambung pelajaran di universiti. Sekurang-kurangnya Jimin boleh menanggung kos belajar Hyo Mi.

Tidak perlu mereka menyusahkan ibu bapa Jimin lagi. " Heyyy sayang. Chim dari tadi cerita. Termenung pula? " tegur Jimin berkerut dahi. Hyo Mi tersengih. " Mian, jagi. " balas Hyo Mi tanpa sedar. " Apa dia? Jagi? Sejuk telinga Chim dengar. Sebut lagi. " ujar Jimin mengusik. Hyo Mi menggeleng tidak mahu sambil menjelir lidah.

" Nakal ehhhh..." Jimin menarik lembut hidung Hyo Mi. Hyo Mi tersenyum. " Sayang bila nak bagi eomma appa cucu? Kesian dia orang sunyi je..." ujar Jimin membuka topik. " Eh jagi pakai baju ni ke pagi tadi? Macam lain je? Sekejap lagi Hyo Mi ada kelas tauu..." Hyo Mi menukar topik.

" Eeeee...sayang ni suka tukar topik. " rajuk Jimin memuncung. Hyo Mi tersenyum. Dia mencapai tangan Jimin. " Ada rezeki nanti, kita bagitahu eomma appa okay? " pujukku lembut. Jimin tersenyum lalu mengangguk.


The End

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now