Part 11

2.8K 252 1
                                    

Jimin berjalan masuk ke perkarangan sekolah dengan nafas yang berat. Dia rasa tidak sedap badan. Tapi dia perlu pastikan Hyo Mi okay. Dia pasti Hyo Mi tetap berdegil ingin datang ke sekolah. Sebaik sahaja sampai di kelas, beg diletakkan di kerusinya lalu keluar semula.

Rakan-rakannya tiada dalam kelas. Mungkin mereka berada di kantin atau lepak di kelas sebelah. Kaki melangkah ke tingkat atas yang menempatkan kelas Hyo Mi. Kepala dijengulkan mencari susuk Hyo Mi namun tiada. Mana pula dia pergi? Tidak datang sekolah ke?

" Hai Jimin~ cari siapa? "

Jimin memandang dua orang pelajar perempuan di hadapannya yang sedang tersenyum gedik. Jimin sekadar tersenyum nipis membalas senyuman itu. " Hyo Mi datang tak? " tanya Jimin. Berubah air muka pelajar perempuan yang tegur tadi. Tapi seorang lagi hanya tersenyum.

" Dia datang. Tadi dia keluar kelas pergi tandas rasanya. "

" Gomawo..." ucap Jimin lalu berjalan ke tandas perempuan. Jimin hanya bersandar di dinding koridor sebelah pintu tandas perempuan menunggu Hyo Mi keluar. Takkan la dia nak masuk pula kan? Habis kecoh satu sekolah nanti. Hahaha

Beberapa minit kemudian, seorang perempuan keluar sambil menekup mulut. " Hyo Mi! " panggil Jimin lalu berdiri di sisi Hyo Mi. " Awak okay? " soal Jimin risau melihat Hyo Mi seperti menahan mual. " Saya okay. Tak perlu risaukan saya. " balas Hyo Mi agak dingin.

Tangan Jimin menyentuh dahi Hyo Mi. Hyo Mi agak terkejut dan kaku. Jimin mengangguk-angguk seperti berpuas hati dengan suhu Hyo Mi ketika ini. " Kalau awak tak larat...rehat di bilik kesihatan eung? " pesan Jimin memegang kepala Hyo Mi lembut.

Hyo Mi menolak lembut tangan Jimin. Jimin tercengang. " Boleh tak buat masa ni awak jangan jumpa saya? Tak perlu ambil berat pasal saya lagi. Saya mampu jaga diri sendiri. " ujar Hyo Mi mendatar. Jimin terkejut mendengar kata-kata Hyo Mi. Buat pertama kalinya Hyo Mi dingin.

Seketika cuma, Jimin tersenyum nipis memahami kata-kata Hyo Mi. Pek pemanas di dalam poket kot sekolah dikeluarkan dan tangan Hyo Mi ditarik. Pek pemanas tersebut diletakkan di atas tapak tangan Hyo Mi. " Tangan awak sejuk. " ujar Jimin sambil tersenyum nipis.

Jimin perlahan-lahan berjalan meninggalkan Hyo Mi di situ. Hyo Mi hanya memandang Jimin melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Adakah dia rasa menyesal lepas cakap begitu? Tak. Itu yang terbaik buat mereka berdua. Hyo Mi mengeluh perlahan lalu menggenggam pek pemanas tersebut dan masuk ke kelas.

[ Rehat ]

" Yahooo!!! Boleh makan! " sorak Jungkook dan Taehyung sebaik sahaja loceng berbunyi dan guru mereka keluar. " Perut aku dari tadi berbunyi...laparrr..." rengek Hoseok sambil tangan lincah memasukkan pen dan pensel ke dalam pencil case. Masing-masing mengemas buku di atas meja.

" Mari makan! " sorak mereka senua. Yoongi hanya menggeleng melihat perangai kebudak-budakkan rakannya. Yoongi terpandangkan bekas makanan di tangan Jin. Dia berjalan di sisi Jin lalu bahu Jin dipeluk. " Kau bawa bekal eh? " soal Yoongi tersengih. Jin mengangguk sambil menjongket kening. Tahu maksud sengihan Yoongi tu.

" Wei Chim. Kau okay tak? " soal Namjoon. Jimin sekadar mengangguk sambil tersenyum hambar. Sebaik sahaja sampai di kantin, Jimin memilih port biasa mereka. Dia meminta rakannya belikan makanan. Malas mahu beratur. Apabila rakan-rakannya sudah duduk di meja makan dan bersedia untuk makan, dia teringat sesuatu.

" Aikk? Nak pergi mana pula si Chim tu? Kan dah belikan makanan ni..." bebel Jin sambil membuka penutup bekas makanan. Yoongi memandang bekas makanan Jin dengan tidak sabar. Jimin datang semula dengan seplastik donat bersama air susu di tangan.

" Kook. Tolong aku boleh? " pinta Jimin. Jungkook memandang Jimin dengan mulut yang penuh. " Bagi kat Hyo Mi dalam kelas boleh? " ujar Jimin. Jungkook mengangguk lalu ingin mengambil makanan tersebut dari tangan Jimin namun dirampas oleh Taehyung.

" Beres boss!! " kata Taehyung dengan mulut yang penuh membuatkan makanannya tersembur. " Yah yah! Makanan aku! " marah Yoongi dan Hoseok serentak. " Excuse me! That's mine okay! " balas Jin geram apabila melihat bekalnya dikerjakan dek dua orang rakannya itu.

Jimin mengambil tempat di sebelah Namjoon setelah Taehyung dan Jungkook berlalu ke kelas Hyo Mi. " kau dengan Hyo Mi...okay ke? " soal Namjoon. " Hyo Mi dah sihat ke? " soal Jin pula. " Panjang ceritanya...nanti lepas sekolah aku cerita. " balas Jimin lalu menjamah makanannya walaupun tidak berselera.

" Woi woi! Aku nak juga! " Namjoon mula berebut makanan dengan Yoongi dan Hoseok. Jin hanya mampu menepuk dahi. Jimin tergelak kecil.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now