Part 2

5.8K 548 17
                                    

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula , Jin dan yang lain segera mengerumuni Jimin . Yoongi sudah bersedia memimpin Jimin dibantu oleh Hoseok . " kau orang nak buat apa ni ? " tanya Jimin terkejut . " Ikut jelah . " balas Taehyung.

Mereka keluar dari kelas dan menuju ke bilik kesihatan . Ramai pelajar yang bertanyakan keadaan Jimin memandangkan Jimin nampak lemah. Sesampainya di bilik kesihatan , Jimin dibaringkan di atas katil dan diperiksa oleh guru yang bertugas di situ sementara yang lain hanya menunggu .

" Macam mana cikgu dengan kawan kami ? " tanya Jungkook . " Dia baik sahaja. Tiada sakit yang serius." balas En. Han . Mereka semua menarik nafas lega. " Cuma dada dan perutnya lebam sikit . " sambung En. Han. Mereka semua mula mengerut dahi pelik . " Saya akan sapu ubat untuk kurangkan lebam. " ujar En. Han. Mereka hanya mengangguk faham.

Setelah En. Han keluar , mereka mula memandang serius pada Jimin . " Macam mana boleh lebam? " tanya Hoseok dengan wajah serius. " Kau kena tumbuk ke? " sampuk Taehyung. " Mana ada..." sorok Jimin menunduk untuk membutang bajunya semula. Dia tidak mahu mereka tahu dia menipu.

" Jangan tipu kami. Baik kau bagitahu.." ujar Yoongi serius. Jimin menghela nafas berat. " Tadi masa aku datang, Hyo Mi terlanggar aku dan buku dia jatuh atas badan aku . Aku fikir dia hempap aku. Nasib baik buku dia. " terang Jimin.

" Lah ...isteri kau tu ke ? Pesan la siang-siang. Kalau tak kami heret kau jumpa dia je. Biar dia yang rawat. Lagi cepat sembuh. " usik Namjoon . Yang lain menghamburkan tawa membuatkan Jimin geram . " Ahh ! Dah la . Aku nak pergi kantin. Aku lapar . " rajuk Jimin. Dia paling tak suka orang mempermainkan statusnya.

" Aigoo ya ~ Merajuk pulak dia . " usik Jin lalu memeluk leher Jimin dan diheret keluar untuk pergi ke kantin . Mereka yang lain mengekori Jin dan Jimin. Sampai sahaja di kantin , Jimin ditinggalkan di meja seorang diri kerana Taehyung yang menyuruhnya untuk duduk sahaja manakala yang lain akan membeli makanan . Jimin menongkat dagu sementara menunggu mereka .

Tiba-tiba seorang pelajar perempuan duduk bertentangan Jimin dengan riak bersalah . Jimin hanya memandang pelik pada Hyo Mi . " Hyo Mi nak apa ? " tanya Jimin dengan nada mendatar. " Hyo Mi dengar Jimin cedera . " kata Hyo Mi serba salah . " Hmmm..." gumam Jimin mengiakan.

" Hyo Mi minta maaf terlanggar Jimin tadi sampai buku tu jatuh atas Jimin dan kemudian badan Jimin lebam pula sebab Hyo Mi ...Hyo Mi min " belum sempat Hyo Mi menghabiskan ayatnya, Jimin terlebih dahulu meletakkan jari telunjuk dibibirnya . Hyo Mi terdiam apabila melihat Jimin sudah meletakkan jari di bibirnya .

" Kau dah kenapa ? Sakit bibir pula ke sampai letak jari kat bibir ? " tegur Namjoon sambil duduk di sebelah Jimin . " Hai Hyo Mi . " tegur Namjoon pada Hyo Mi pula . Hyo Mi hanya melemparkan senyuman . " kenapa kau diam pula ? Ouh . Bincang hal peribadi eh . " usik Namjoon apabila melihat Jimin yang mengetap bibirnya .

" Nothing . By the way , siapa yang bagitau Hyo Mi ? " tanya Jimin . " Kami . " kata Taehyung dan Jungkook serentak lalu tersengih menunjukkan giginya . Jimin memejamkan matanya . ' Aku dah agak dia orang bagi tahu . ' detik hati Jimin cuba bersabar . Jin dan Yoongi datang lalu duduk di sebelah Hyo Mi .

" Alaaa...lagipun satu sekolah dah tahu, Chim. Berita tentang bangtan memang cepat tersebar. " ujar Taehyung membela diri. Jimin melepaskan nafas berat. " Hai Hyo Mi . " tegur Yoongi sambil tersenyum lalu menjamah makanan yang dibelinya . " Hai . " jawab Hyo Mi juga turut membalas senyuman . " Hyo Mi tak makan ke ? " tanya Jin . Hyo Mi hanya menggeleng . Jin menghulurkan makanan Jimin yang dipesan olehnya .

" Terima kasih . " ucap Jimin seraya bangun dari duduknya dan berlalu ke tempat menjual makanan . " Eh nak ke mana pula tu..." tegur Jin pelik melihat Jimin pergi tanpa sepatah kata. " Hoseok ke mana ? " tanya Namjoon sambil memandang rakan-rakannya . " Tandas . Sakit perut . " jawab Jungkook yang baru melabuhkan duduknya bersama Taehyung di kerusi dan mula menjamah makanan yang baru dibeli .

Beberapa saat kemudian Hoseok datang sambil tersenyum ceria . " Lega dah ? " tanya Taehyung menahan gelak . " Perghhh ! Lega gila ! " balas Hoseok sambil ketawa riang . Mereka menghamburkan ketawa kerana geli hati dengan reaksi Hoseok . Hyo Mi tersenyum melihat mereka. Seronok melihat hubungan akrab mereka.

Jimin datang semula bersama seplastik roti dan sekotak air susu strawberi . Semua mata terarah pada Jimin yang menghulurkan makanan dan air tersebut kepada Hyo Mi . " Aku gerak masuk kelas dulu. Aku nak rehat dalam kelas . " kata Jimin lalu bergerak ke kelas . Namjoon , Hoseok , Jin , Yoongi , Taehyung dan Jungkook mengangguk serentak dan mereka masih terpinga-pinga melihat Jimin yang agak prihatin terhadap Hyo Mi dalam diam .

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now