Part 6

4.4K 428 1
                                    

Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan untuk hari ini . Jimin dan rakan-rakannya masih duduk santai di dalam kelas kerana mereka perlu berlatih pada petang ini . Namjoon mengambil peluang menyiapkan kerja sekolah diikuti rakan-rakannya.

" Chim. Kau dah bagitau Hyo Mi yang kau ada latihan hari ni ? " tanya Hoseok setelah sejam mereka melakukan kerja sekokah . " Dah . " balas Jimin menutup buku . Dia mengemas alat tulisnya . Begitu juga rakan-rakannya . Mereka bertujuh bergerak ke padang . " Kau orang berlatih pukul berapa ? " tanya Jimin .

" Kita orang gerak dulu la sebab masa latihannya sekarang . Pukul 4 nanti kita jumpa . " balas Yoongi . Jimin mengangguk faham . " Jin . Namjoon . Kau nak teman siapa ? " tanya Jimin kepada Jin dan Namjoon yang sememangnya tidak mengambil bahagian dalam sukan . " Aku dengan Namjoon teman kau la . " jawab Jin .

Hoseok pula mengambil keputusan untuk mengikut Yoongi . Jimin bergerak ke padang untuk berjumpa En. Kang selaku guru yang melatihnya memanah sementara Jin dan Namjoon duduk di bangku . Hyo Mi melihat Jimin yang sedang berlatih memanah dari jauh . Senyumannya terukir melihat raut wajah Jimin yang berkarisma apabila memanah .

" Jimin !!! " panggil Yoon Ha manja dari jauh dengan pakaian soraknya . Ra Hee dan Min Ha mengekori Yoon Ha dari belakang dengan wajah yang ceria kerana mereka ternampak Jin yang sedang duduk mengusik Namjoon yang sedang membaca buku.

Jimin yang memegang busur dan anak panah memandang Yoon Ha yang datang duduk di bangku sambil melambainya namun Jimin tidak mengendahkannya . Hyo Mi yang melihat Yoon Ha yang berada di situ tersenyum pahit dan mula bergerak untuk pulang . Ubat yang berada di tanggannya digenggam erat dan dimasukkan ke dalam poket .

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , Hyo Mi tidak berhenti berfikir bahawa perkahwinan ini mungkin telah mengikat Jimin. Dia tahu Jimin belum boleh menerima dirinya. Perkahwinan ini juga hanyalah untuk menjaga aib keluarga ketika dia tinggal bersama keluarga Jimin.

Namun sebaik sahaja keadaannya stabil dan dia mula menerima ketiadaan eomma dan appa, dia mula meminta izin untuk tinggal sendiri walaupun pada asalnya eomma dan appa Jimin tidak membenarkan. Disebabkan dia tahu Jimin tidak suka kehadirannya di dalam rumah itu dan mungkin akan membuatkan Jimin bertambah benci dengannya, dia terpaksa memujuk eomma dan appa Jimin sehingga mereka membenarkan. Itu pun dengan syarat Jimin akan sentiasa pergi dan pulang ke sekolah bersamanya tidak kira apa pun.

Sebaik sahaja Hyo Mi pulang, dia terus membersihkan diri dan kemudian duduk di ruang tamu sambil merenung gambar keluarganya iaitu appa , eomma dan dia. Ketika itu umurnya baru sahaja mencecah ke angka lima. Hyo Mi tersenyum hambar. Eomma dan appa kemalangan ketika ingin membelikan hadiah untuknya.

Hyo Mi mencapai sebuah kotak yang sentiasa ada bersamanya. Sehelai baju gown berwarna putih dan sebuah patung beruang. Ini ialah hadiah terakhir ketika dia berumur 10 tahun. Dia tinggal bersama ahjussinya selepas eomma dan appanya pergi. Ahjussinya banyak berhutang kerananya dan mati dibunuh.

Ketika umurnya menginjak ke angka 14, dia terpaksa tinggal dengan keluarga Jimin. Appa Jimin merupakan kawan baik kepada appanya. Apabila umurnya semakin meningkat, orang mula mengata dia mempunyai hubungan sulit dengan Jimin dan memaksa mereka berkahwin pada umur 17 tahun. Perkahwinan di atas kertas.

" Appa, eomma...Hyo Mi sayang dekat Jimin. Tapi Jimin macam terseksa. Dah dua hari berturut-turut Hyo Mi cederakan dia. Sebelum ni pun dah banyak kali. Hyo Mi macam bawa malang kat dia . " kata Hyo Mi lirih sambil memandang gambar keluarganya. Air matanya tumpah. Dia mula menangis.

Dia memang menyayangi Jimin sejak dulu. Sejak dia tinggal di rumah keluarga Jimin walaupun Jimin amat dingin dengannya. Telefonnya berdering kuat minta diangkat. Tertera nama eomma Jimin . Hyo Mi menarik nafas sedalam mungkin dan menekan punat hijau . Dia cuba mengawal suara seraknya selepas menangis.

" Yeoboseyo ? " sapa Hyo Mi . " Hyo Mi dah balik ke sayang ? " tanya Pn. Park . " Ermm...dah . " balas Hyo Mi. " Chim hantar? " tanya Pn. Park lagi. " Ermmm....Chim kat sekolah . Katanya ada latihan memanah. Jadi Hyo Mi balik sendiri . " balas Hyo Mi lembut. " Nanti malam makan rumah eomma ya ? " pelawa Pn. Park .

" Eomma...Hyo Mi ingat nak makan kat rumah je hari ni . " balas Hyo Mi. Pn. Park mengerutkan dahi pelik. " Cheonmaneyo....Nanti eomma suruh Chim hantar makanan eungg? " usul Pn. Park. " Ani...gwaenchana. Hyo Mi boleh masak sendiri. Hehe . " tolak Hyo Mi lembut . Setelah Hyo Mi berbual dengan Pn. Park , dia menamatkan panggilan dan telefon diletakkan di atas meja .

Hyo Mi merebahkan badan di atas sofa untuk melelapkan mata. Cuba menenangkan fikirannya yang bercelaru. Malam ini dia perlu siapkan kerja seninya. Baik dia tidur sebentar.

[ 5:00 petang ]

Jimin berjalan riang pulang ke rumah. Dia tersenyum sendiri apabila mengingati Hyo Mi. Entah kenapa dia terasa rindu dengan gadis itu setelah satu hari tidak bertemu. Sebaik sahaja tiba di rumah, dia segera menanggalkan kasutnya . " Chim dah pulang . " ucap Jimin berlalu mencari eommanya . " Chim dah makan ? " tanya eommanya yang sedang menyiram pokok bunga .

" Dah . Eomma . Malam ni Jimin nak pergi rumah Namjoon . Boleh kan eomma ? " tanya Jimin manja memujuk eommanya . Pn. Park tersenyum melihat anaknya . " Boleh . " kata Pn. Park sepatah . " Tapi jangan lupa tanya appa . Sekarang pergi tukar baju dan mandi . Nanti makan dulu sebelum pergi rumah Namjoon . " kata Pn. Park . Jimin tersenyum manis dan mengangguk mengerti .

Dia berlalu masuk ke rumah dan naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dia segera turun ke tingkat bawah semula. " Eomma, Hyo Mi ada datang rumah? " tanya Jimin. " Takde...tapi dia kata malam ni dia tak datang rumah sebab sibuk dengan kerja seni. Dan dia kata dia tak nak diganggu. Dia nak fokus. " balas Pn. Park sibuk mencabut rumput di pasu bunganya.

Jimin mengerut dahi. Pelik. Bahu dijongket. Mungkin betul dia nak fokus. Nanti nak ke rumah Namjoon, boleh singgah sekejap. Jimin segera mendaki tangga semula untuk membersihkan diri.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now