Part 16

2.8K 260 0
                                    

" Haiii sayang. "

Hyo Mi mengukir senyuman sebaik sahaja melihat wajah Jimin di muka pintu. Jimin hanya tersengih. " Nak masuk ke? " pelawa Hyo Mi. Jimin menggeleng. " Kalau masuk, lain pula yang jadi. " usik Jimin sambil tersenyum nakal. Hyo Mi mencubit perut Jimin yang berlapik baju kemeja sekolah.

Jimin mengaduh sakit. " Betul la Chim kata. Nanti Chim ajak Hyo Mi ponteng sekolah. Tu je. Hyo Mi yang fikir bukan-bukan. " Jimin membela diri. Hyo Mi menggeleng kepala lalu mencapai beg sekolahnya. Pintu rumah dikunci. " Jom! " Jimin mencapai tangan Hyo Mi lalu menariknya untuk mula berjalan.

" Eh kejap kejap! " ujar Hyo Mi menghentikan langkah Jimin. " Wae? " tanya Jimin pelik. " Wear your blazer. " ujar Hyo Mi sambil jari menuding ke arah blazer yang tersidai di lengan Jimin. " Nanti kat sekolah la..." balas Jimin. " Nope. Pakai sekarang. " ujarku tegas lalu mencapai blazer Jimin. Jimin memuncung.

Jimin menanggalkan beg sandangnya. Blazer sekolah disarung ke tubuhnya. " Haaaa....baru la hensem. " pujiku tersenyum. Tapi Jimin masih memuncung. Dia berjalan terlebih dahulu meninggalkan Hyo Mi. Hyo Mi tergelak kecil melihat perangai Jimin yang seperti budak kecil.

Langkah Jimin cuba dikejar. Sebaik sahaja menghampiri Jimin, lengan Jimin dipeluk. " Aihhh...merajuk ke? " usik Hyo Mi. Jimin masih menayang muka merajuk. " Hyo Mi belanja ais krim lepas sekolah. Nak? " pujuk Hyo Mi. Jimin berpeluk tubuh dan menggeleng.

" Udon? Bulgogi? Tteokbokki? Ermmm...mochi? " Hyo Mi mencubit lembut pipi Jimin di akhir ayatnya. Geram! Macam mochi. Jimin masih mendiamkan diri. Hyo Mi mengembungkan pipi. Geram dengan sikap Jimin yang tidak mahu melayannya. Akhirnya dia mendapat satu idea.

Dia menjengket sedikit lalu pipi Jimin dicium pantas. Jimin segera berpaling memandang Hyo Mi. Terkejut. " Dah. Kalau merajuk lagi, Hyo Mi tak nak layan. " ujar Hyo Mi tidak sedikit pun memandang Jimin. Jimin tersenyum nakal melihat pipi Hyo Mi yang memerah. Mesti dia malu. Jimin tergelak dalam hati.

Sebaik sahaja masuk ke perkarangan sekolah, Hyo Mi melepaskan pelukan pada lengan Jimin. Tidak mahu orang memandangnya senget. Dia juga memperlahankan langkahnya supaya dia berjalan di belakang Jimin dan bukannya di sebelah Jimin. Namun Jimin tetap berdegil.

Dia juga memperlahankan langkahnya supaya beriringan dengan Hyo Mi. Hyo Mi memandangnya pelik. Jimin sekadar tersenyum. Bertambah pelik apabila Jimin mengekorinya sampai ke kelas. " Kenapa? " soal Hyo Mi sepatah. " Saja nak teman awak sampai kelas. " balas Jimin bersahaja.

Sampai sahaja di kelas, Hyo Mi segera masuk ke dalam kelas tanpa memandang Jimin. Tapi langkahnya terhenti apabila Jimin sempat menangkap beg sandangnya lalu ditahan. " Nanti rehat dengan kita orang ya. Kemudian, balik tunggu saya habis training dulu. Arasseo? " ujar Jimin.

Hyo Mi sekadar mengangguk. Kalau disoal kenapa, makin lama pula Jimin di hadapan kelasnya mengundang mata-mata yang tidak berpuas hati. Jimin tersenyum. " Good girl. " puji Jimin bersama senyuman manisnya. Jimin mendekatkan wajah ke telinga Hyo Mi membuatkan dia berganjak ke belakang. " Belajar rajin-rajin ya, sayang. " bisik Jimin.

Jimin berdiri tegak semula dan mengenyit matanya. Kemudian dia berlalu pergi bersama senyuman. Hyo Mi masih terkedu di hadapan pintu kelas.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt