Part 10

4.5K 429 22
                                    

" Cepat sedar ya sayang...I miss you..." bisik Jimin perlahan di telinga Hyo Mi smabil mengusap lembut kepala Hyo Mi. Jimin meletakkan kepala di birai katil sambil memejamkan mata. Dia ingin merehatkan minda sekejap.

Bunyi guruh yang berdentum membuatkan Hyo Mi terjaga. Dia segera bangkit daripada baring. ' Aku kat mana ni? ' soal hati Hyo Mi sendiri. " Eh? Chim? " Hyo Mi menyentuh tangan Jimin membuatkan Jimin terjaga. " Awak dah bangun? Lega saya..." ujar Jimin.

Dia melekapkan tangan di dahi Hyo Mi membuatkan Hyo Mi kaku. " panas dah kurang sikit...." bisik Jimin lebih kepada diri sendiri tapi masih didengari Hyo Mi. " Sayang lapar? Saya ambilkan bubur ya. " kata Jimin lalu keluar untuk mengambil bubur di dapur. Hyo Mi terkedu di situ mendengar perkataan ' sayang '.

Beberapa minit kemudian, Jimin datang bersama dulang di tangan. Jimin duduk di sisi katil sambil meniup lembut bubur yang masih panas. " Bubur ni Chim yang buat tapi jangan risau, sayang boleh makan. Takkan sakit perut. " beritahu Jimin lalu tergelak kecil.

" Aaaaaa..." Jimin menyua sesudu bubur ke mulutnya. " Makan la...lepas ni sayang boleh makan ubat. " pujuk Jimin. Hyo Mi akhirnya akur. Sepanjang Hyo Mi makan, suasana sepi antara mereka. Hyo Mi asyik memandang jari Jimin yang ditampal plaster.

" Kenapa dengan jari awak? " soal Hyo Mi. Jimin berhenti menyuap lalu memandang jarinya. Dia tersenyum. " Tadi saya cuai sikit masa potong sayur. " balas Jimin tersengih. Setelah bubur di dalam mangkuk habis, Jimin menghulurkan segelas air dan pil demam. " Okay...now awak rehat ya, sayang. " ujar Jimin mengusap lembut kepala Hyo Mi.

Hyo Mi hanya terkebil-kebil melihat sikap Jimin. Hyo Mi turun dari katil dan berjalan ke pintu. Dia terasa bosan pula. Kaki melangkah menuruni tangga untuk mencari Jimin. Kelihatan Jimin sedang menonton televisyen di ruang tamu. Hyo Mi mengambil tempat di hujung sofa yang diduduki Jimin.

" Aik? Awak tak tidur ke? " tanya Jimin. " Saya tak mengantuk. " balas Hyo Mi. " Tapi awak perlukan rehat..." tegur Jimin. Hyo Mi sekadar mendiamkan diri. " Esok awak tak perlu sekolah ya...saya dah bagitahu cikgu yang awak tak sihat. " kata Jimin. Hyo Mi berpaling memandang Jimin.

" Tapi saya nak sekolah! Kenapa awak pandai-pandai telefon cikgu bagitahu yang saya tak sekolah? " marah Hyo Mi. Jimin terdiam. " Tapi awak tak sihat...." balas Jimin tersenyum nipis. Hyo Mi mendengus perlahan. " By the way...awak sangat comel pakai baju saya. " puji Jimin tersengih.

Hyo Mi memandang baju yang dipakainya. Patutlah dia merasakan baju itu terlalu besar. Beberapa saat kemudian, mata Hyo Mi membulat. " Awak tukar baju saya!!! " jerit Hyo Mi terkejut. " Kenapa pun? " soal Jimin lurus. " Awak pervert!!! " jerit Hyo Mi lagi. Merah padam wajahnya menahan marah dan malu.

" Hey hey...saya pejam mata okay. " balas Jimin membela diri. " Saya benci awak!!! " ujar Hyo Mi mengawal suaranya. Air matanya mengalir membasahi pipi membuatkan Jimin terkaku. Hyo Mi segera berlari keluar dari rumah Jimin. " Yah! Hyo Mi! " panggil Jimin cuba mengejar Hyo Mi.

Tapi Hyo Mi sudah menjauh. Jimin meraup wajahnya. Pasti Hyo Mi pulang ke rumah. Jimin hanya mengeluh perlahan. Dia tukar pakaian Hyo Mi pun, dia tutup badan Hyo Mi dengan tuala dulu. Kemudian pakaikan baju sambil pejam mata. Apa salah dia?

Jimin menutup pintu rumah dan kemudian televisyen dimatikan. Dia naik ke tingkat atas lalu masuk ke biliknya. Pek pemanas yang berterabur atas katil dikutip. Dia tidak mahu demam Hyo Mi makin teruk dengan seluar yang basah. Jadi dia letakkan pek pemanas.

Jimin menukar cadar katilnya yang lembap dan basah. Cadar baru diambil dan diganti. Jimin terus merebahkan badan sebaik sahaja cadar ditukar. Badannya terasa lesu ketika ini. Matanya dipejamkan.

Sementara itu, Hyo Mi terus berlari sambil kepalanya tidak sudah menoleh ke belakang. Bimbang Jimin mengejarnya. Hyo Mi menarik nafas lega sebaik sahaja dia sampai di rumahnya. Jimin juga tidak mengejarnya. Dia segera memboloskan diri ke dalam rumah.

Dia seluk poket seluarnya untuk mencari telefon. Aikk? Dia pakai seluar yang sama? Baru dia perasan sesuatu. Baju sahaja yang bertukar. Singlet dan seluarnya masih sama. Tapi macam mana seluar ni boleh kering? Tak basah ke katil Jimin? ' Lantaklah! ' desis hati Hyo Mi lalu menukar pakaian.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | On viuen les histories. Descobreix ara